Perubahan Iklim Dunia Menyebabkan Komoditi Kopi Bakal Berdepan Krisis Yang Buruk

Kopi merupakan minuman yang sangat popular di serata dunia. Di Malaysia, minuman kopi ini telah terpahat di negara kita dengan menggelar kedai makan sebagai “kedai kopi”; walaupun kadangkala kedai tersebut tidak menjual minuman berasaskan kopi.

Secara purata, minuman kopi ini diminum oleh hampir setiap orang. Sebanyak 500 billion cawan kopi diminum oleh penduduk dunia setiap tahun yang menjadikan industri ini bernilai sebanyak $70 billion.

Ahli sejarah percaya bahawa minuman kopi ini berasal dari negara Yaman pada kurun ke-15 sebelum dipopularkan oleh Empayar Turki Uthmaniyah, yang pada ketika itu merupakan salah sebuah kerajaan yang terkuat di dunia.

Malangnya minuman yang popular di serata dunia ini bakal berdepan dengan masalah yang serius yang mana akan meningkatkan harga komoditi ini di masa hadapan.

Mungkin ramai yang menyangka harga kopi ini bakal menjadi mahal disebabkan krisis pandemik yang berlaku sekarang. Tanggapan tersebut tidak tepat sepenuhnya kerana faktor utama yang akan menyebabkan harga kopi bakal menjadi mahal adalah kesan perubahan cuaca yang berlaku di dunia.

Bagaimana kesan perubahan cuaca ini bakal mempengaruhi harga kopi pada masa akan datang?

Pokok kopi ini sebenarnya merupakan tumbuhan yang sangat sensitif dengan persekitaran tempat ianya ditanam. Hanya sebahagian tempat sahaja di muka bumi ini yang sesuai ditanam dengan pokok kopi.

Negara yang sesuai untuk penanaman kopi terletak di antara 25°N hingga 30°S pada latitud bumi. Di antara kawasan yang popular untuk menanam biji kopi adalah di Colombia yang mana menghasilkan biji kopi yang terbaik di dunia.

Kopi di kawasan Colombia ini dipetik menggunakan tangan dan diproses secara manual yang menyebabkan kualiti kopi dari negara ini terjamin.

Di antara biji kopi yang mendapat permintaan yang sangat tinggi di pasaran adalah biji kopi jenis Arabica dan Robusta. Dua jenis biji kopi ini mendapat permintaan yang meluas di dalam pasaran kerana keenakan dan keunikan rasanya.

Biji kopi Liberica juga popular tetapi penggunaanya tidak meluas seperti dua jenis kopi tersebut.

Kopi Arabica ini mendapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya untuk syarikat kopi yang terkenal di dunia seperti Starbucks. Apa yang unik mengenai kopi ini, ia hanya boleh ditanam di beberapa buah negara kerana memerlukan kawasan yang mempunyai kedudukan altitud yang tinggi.

Selain ditanam di tempat yang tinggi, biji kopi ini perlu mendapat hujan yang mencukupi bagi menghasilkan kopi yang bermutu tinggi.

Oleh kerana kesan perubahan iklim yang semakin mendadak sejak beberapa dekad yang lepas, kawasan penanam kopi juga turut terjejas dengan teruk. Kawasan penanaman yang semakin panas menyebabkan tanaman kopi tidak boleh hidup dengan subur dan menjejaskan kualiti kopi itu sendiri.

Kesan ini memberi impak yang sangat besar kepada petani yang menanam kopi yang mana lebih 80% terdiri daripada petani kecil yang menanam hanya untuk menyara hidup.

Dengan perubahan cuaca yang semakin tidak menentu, para saintis percaya pada tahun 2050, pengeluaran biji kopi akan menjadi berkurangan sebanyak 50%. Petani semakin sukar untuk menanam kopi yang berkualiti manakala pedagang akan mendapati harga komoditi semakin mahal seterusnya menjadikan harga minuman berasaskan kopi di kedai-kedai juga semakin meningkat.

Sekiranya anda pengemar kopi premium, adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi kenaikan harga kopi pada masa akan datang?

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA