10 Bangunan Tertinggi Di Dunia

Bangunan tertinggi di dunia semestinya menjadi mercu kebanggaan dan kemegahan serta kemodenan sesebuah negara. Ia juga menjadi salah sebuah tarikan pelancong untuk bertandang dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Secara tidak langsung, ekonomi dan sektor pelancongan sesebuah negara tersebut pasti akan meningkat dengan adanya bangunan tinggi ini.

Jom kita tengok 10 bangunan tertinggi di dunia yang menjadi tarikan pelancong. Mungkin lepas habis pandemik ini, boleh kita pergi ke sana pula.

1. Menara CITIC, China

Kredit Gambar: Beijing Zulou

Menara CITIC ini mempunyai 109 tingkat dan berketinggian 1,731 kaki. Ia terletak di Beijing dan telah siap dibina pada tahun 2018. Menara CITIC ini juga dikenali dengan nama ‘China Zun’ kerana berkonsepkan seni bina kuno China.

2. Guangzhou CTF Finance Centre, China

Kredit Gambar: China Highlights

Bangunan Guangzhou CTF Finance Centre ini siap dibina pada tahun 2016.  Ia juga dinobatkan sebagai bangunan yang mempunyai lif yang paling pantas di dunia.

Bangunan ini berketinggian 1,739 kaki dan mempunyai 112 tingkat, ia terletak di selatan bandar Guangzhou. Lokasinya yang dihiasi dengan permandangan sungai dan langit yang indah, akan menambahkan lagi kemegahan bangunan ini.

3. Lotte World Tower, Korea Selatan

Kredit Gambar: Arch Daily

Diinspirasikan daripada seni bina tradisional Korea, bangunan tertinggi di dunia ini sememangnya telah menjadi tarikan utama bagi pencinta hiburan dan kaki shopping. Ia terletak di Seoul, Korea dan berketinggian 1,821 kaki.

Menarik lagi, bangunan ini sering menjadi tempat pertunjukan bunga api yang sangat dramatik. Pasti ramai pasangan suami isteri atau kekasih yang memilih tempat ini untuk bersantai.

4. Menara Jam Mekah, Arab Saudi

Kredit Gambar: M Star

Pasti ramai umat Islam yang sangat teruja untuk menunaikan umrah di Mekah! Anda juga takkan lepaskan peluang melihat Menara Jam Mekah yang tertinggi ini.

Menara Jam Makkah ini berketinggian 1,972 kaki dan dikenali sebagai salah sebuah bangunan tertinggi di dunia. Dibina pada tahun 2012, ia menelan kos hampir USD15 bilion dalam pembinaannya yang turut diusahakan oleh anak jati Malaysia.

5. Burj Khalifa, Dubai

Kredit Gambar: Turner Construction

Burj Khalifa di Dubai telah kekal sebagai bangunan tertinggi di dunia selama satu dekad yang lalu berketinggian 2,717 kaki. Pembinaan bermula pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2010 yang lalu.

Ia mempunyai 163 tingkat.

6. Menara Shanghai, China

Kredit Gambar: Bolong

Menara Shanghai China yang dibina pada tahun 2015 ini mempunyai 128 tingkat. Ia menempatkan pejabat, pusat membeli-belah dan tempat beriadah.

7. Ping An Finance Center, China

Kredit Gambar: The Tower Info

Bangunan yang terletak di China ini menempatkan pejabat, hotel, pusat persidangan dan pusat membeli-belah yang mewah. Ping An Finance Center ini terletak di Shenzhen, China.

Ianya siap pada tahun 2017 dan mempunyai ketinggian 1,965 kaki.

8. One World Trade Center, Amerika Syarikat

Kredit Gambar: Archinect

One World Trade Center adalah bangunan utama kompleks Pusat Dagangan Dunia yang dibina semula dan kekal sebagai struktur tertinggi di Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan anda, bangunan ini siap dibina pada tahun 2014 yang lalu.

9. Tiangjin CTF Finance Centre, China

Kredit Gambar: Archello

Tiangjin CTF Finance Centre yang berketinggian 1,739 kaki ini terletak di Tianjin, China dan mula dibina pada tahun 2013. Ianya siap sepenuhnya pada tahun 2019. 

Bangunan ini menempatkan hotel, pangsapuri dan pejabat.

10. Taipei 101, Taiwan

Kredit Gambar: China Highlights

Dengan ketinggian 1.667 kaki persegi, bangunan Taipei 101 ini dibangunkan pada tahun 2004 dan dianggap sebagai bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2009.

Ia mempunyai 101 tingkat dan strukturnya seakan-akan seperti pagoda.

Malaysia Pun Ada Bangunan Tertinggi

Kesimpulannya, 10 bangunan tertinggi di dunia ini dibina oleh arkitek yang hebat. Pasti anda tahu, Malaysia juga turut mempunyai salah sebuah bangunan tertinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dan apabila Menara Merdeka 118 siap pada tahun 2022 pula, ianya akan mencapai ketinggian 644 meter dan bakal dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara. Baca kisah selanjutnya di Menara Merdeka 118 Capai Tingkat 118, Kini Bangunan Tertinggi Di Malaysia.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

ShopeePay Memperluas Akses Perlindungan Penipuan Kewangan Dalam Talian Bersama Zurich

ShopeePay hari ini mengumumkan bahawa ia akan menawarkan ‘Zurich Wallet Protection’ oleh Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich) di aplikasi ShopeePay dan Shopee, yang kini boleh diakses jutaan pengguna di seluruh negara. Bermula dari serendah RM1.40 sebulan, pengguna dilindungi bukan sahaja untuk transaksi melalui ShopeePay, malah merangkumi semua akaun bank, e-dompet dan pembayaran kad lain, termasuk risiko dalam talian seperti pemindahan wang tidak sah, transaksi tanpa kebenaran, kerugian akibat phishing, penyamaran, penyalahgunaan kad, dan penipuan beli-belah dalam talian.

Selaras dengan misi ShopeePay, ‘Kewangan Mudah, Khas Untuk Anda’, pelancaran Zurich Wallet Protection di platform ini menunjukkan komitmen ShopeePay untuk menyediakan perlindungan asas yang mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pelancaran ini berlaku pada waktu yang kritikal, memandangkan kes jenayah penipuan terus meningkat. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 47,854 kes penipuan telah direkodkan sehingga September 2025, dengan jumlah kerugian mencecah RM1.92 bilion. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 12,486 kes berbanding 2024.

Zurich Wallet Protection ditawarkan dalam dua pelan: Pelan Asas dan Pelan VIP.

 Pelan AsasPelan VIP
Premium (termasuk SST 8%)RM1.40 sebulan (Percuma untuk bulan pertama)RM4.90 sebulan
KelayakanWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atasWarganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
FaedahHad Tuntutan Bulanan (RM)
Pemindahan Wang Tanpa Kebenaran3,000 (6,000 setahun)10,000 (20,000 setahun)
Transaksi Tanpa Kebenaran (Kad Dicuri)2001,000
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian2001,000

Alain Yee, Ketua Pegawai Eksekutif ShopeePay Malaysia berkata, “Kes penipuan dalam talian kini semakin canggih, selari dengan taktik penipu yang sentiasa berubah untuk memperdaya orang ramai. Walaupun kami giat mendidik pengguna dan masyarakat umum mengenai keselamatan dalam talian, kami percaya penyediaan lapisan perlindungan tambahan yang mampu milik dan mudah diakses juga amat penting. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan, dan kebiasaannya ia hanya disedari apabila sudah terlambat.”

Beliau menambah, “Kami percaya bahawa penawaran Zurich Wallet Protection di aplikasi ShopeePay dan Shopee adalah satu langkah penting ke arah memperkukuh keselamatan digital, khususnya bagi rakyat Malaysia yang lebih terdedah kepada risiko” Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mencuba perlindungan dalam talian, Pelan Asas ditawarkan dengan bulan pertama percuma, membolehkan pengguna menikmati Zurich Wallet Protection tanpa sebarang kos.

Seiring dengan kenyataan Alain, Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Zurich Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance Malaysia Berhad, berkata, “Kami berbangga bekerjasama dengan ShopeePay bagi melancarkan Zurich Wallet Protection, menyediakan perlindungan digital yang mampu milik dan mudah diakses untuk rakyat Malaysia. Dipandu oleh janji kami, ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’, dan diperkuatkan dengan keupayaan Zurich Edge, pelanggan kini boleh mendapatkan dan mengurus perlindungan ini terus melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee, memberi mereka keyakinan lebih tinggi semasa bertransaksi dalam talian serta melindungi semua saluran kewangan mereka daripada penipuan.”

Berikut adalah kategori perlindungan beserta contoh untuk membantu pengguna memahami apa yang dilindungi oleh Zurich Wallet Protection:

Jenis PerlindunganContoh Situasi
Pemindahan Wang Tidak Sah (Unauthorised Transfer)Pemegang kad kredit menyedari terdapat transaksi tidak sah walaupun kad mereka tidak pernah dikongsi atau hilang.
Penipuan Pancingan Data (Phishing Scam)Anda menerima e-mel palsu yang kelihatan sama seperti komunikasi rasmi bank, yang mengarahkan anda klik pautan dan memasukkan OTP, mengakibatkan kerugian RM2,000.
Penyalahgunaan Kad Dicuri (Stolen Card Misuse)Selepas dompet dicuri, anda mendapati kad anda telah digunakan untuk pembelian dalam talian tanpa kebenaran.
Penipuan Beli-Belah Dalam Talian (Online Shopping Fraud)Anda membeli sebuah gajet dalam talian, tetapi barangan tidak dihantar dan penjual tidak memberi respons. Perlindungan ini merangkumi pembelian dalam talian di semua platform*, bukan hanya Shopee.
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)Seorang penipu menyamar sebagai pegawai bank dan menghubungi anda untuk mendapatkan OTP, mengakibatkan pemindahan wang tanpa kebenaran daripada e-dompet anda.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Tidak termasuk kejadian berkaitan media sosial. Tanggungjawab wajar mesti diamalkan.

Pelan ini ditanggung oleh Zurich, dan boleh diakses dengan mudah melalui platform ShopeePay.

Anda boleh mengakses ‘Zurich Wallet Protection’ di halaman utama aplikasi ShopeePay, atau melalui aplikasi Shopee di ‘Saya’ > ‘Insurans’. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.