- Kualiti Bimbingan: Pilih mutawif senior yang pakar fiqh ibadah, bukan sekadar tour guide
- Transaksi Selamat : Deposit wajib ke akaun syarikat (SSM/MOTAC), bukan akaun peribadi ejen
- Verifikasi Lesen : Semak status LKU (MOTAC) & PJH (Tabung Haji) secara berkala setiap tahun
- Audit Digital : Analisis Google Review 60 hari terkini untuk nilai prestasi semasa (bukan prestasi lama)
- Kontrak Logistik : Pastikan agensi memiliki Block Seats penerbangan & kontrak Allotment hotel (bukan ad-hoc)
Bagi pembaca Majalah Labur, anda faham nilai wang. Namun dalam industri umrah, “pelaburan” anda bukan sekadar ringgit, tapi harapan akhirat. Isu scammer umrah bukan sekadar khabar angin. Laporan Astro Awani dan Bernama secara konsisten mendedahkan modus operandi “pakej murah” yang akhirnya membawa kerugian jutaan ringgit.
“Tahukah anda, scam dan penipuan umrah telah mencapai angka kerugian RM3.6 juta setakat tahun 2024 hingga Ogos 2025.”
Kes melibatkan Emraz Travel dan El Quds Travel yang disenaraihitamkan baru-baru ini di portal bertia semasa adalah wake-up call. Ia membuktikan saiz syarikat bukan jaminan jika pengurusan aliran tunai (cash flow) mereka pincang.
Sebagai edukasi, kegagalan mereka sering berpunca daripada model perniagaan “gali lubang tutup lubang”, menggunakan duit jemaah baru untuk menampung kos jemaah lama.
Disebabkan itu, MOTAC telah membatalkan lesen kedua-dua agensi umrah ini pada tahun 2025 yang lalu.
Berikut adalah deep dive mengenai tips elak kena scam untuk pakej umrah agar simpanan anda tidak hangus begitu sahaja.
1. Bedah Siasat Aliran Wang: Deposit & Resit
Scammer paling suka jika anda membayar secara tunai atau pindahan ke akaun peribadi. Ini adalah “red flag” pertama.
- Pecahan Bayaran: Mengikut peraturan MOTAC, deposit biasanya tidak melebihi RM2,000-RM3,000 (bergantung pakej). Jika ejen mendesak bayaran penuh 6 bulan sebelum tarikh, anda patut curiga.
- Entiti Sah: Pastikan nama akaun penerima adalah nama syarikat yang tertera dalam lesen MOTAC. Jangan sesekali terpedaya dengan alasan “akaun syarikat tengah under maintenance“. Tanpa resit rasmi syarikat, anda tiada bukti kukuh untuk membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia jika berlaku masalah.
2. Audit Prestasi Semasa (60 Hari Terakhir)
Syarikat yang hebat 5 tahun lepas, belum tentu hebat tahun ini. Masalah kewangan agensi biasanya bermula secara senyap dan menjadi barah selepas beberapa tahun.
- Teknik Semakan: Jangan hanya baca testimoni di website mereka (yang boleh dimanipulasi). Pergi ke Google Business Profile atau Facebook Page agensi. Lihat komen 2 bulan (60 hari) ke belakang. Jika ada desas-desus “penerbangan tunda tanpa tarikh” atau “hotel bertukar saat akhir”, itu adalah petanda awal agensi sedang mengalami masalah kecairan tunai atau kehilangan kontrak dengan syarikat penerbangan atau pembekal di Arab Saudi.
3. Kebenaran Logistik: “Block Seats” vs “Ad-Hoc”
Ini adalah rahsia industri yang ramai jemaah tak tahu. Agensi umrah yang stabil mempunyai kontrak Block Seats (tempat duduk yang sudah dibayar depositnya kepada syarikat penerbangan seperti MAS atau Saudia).
- Risiko Agensi Kecil: Agensi yang tiada kontrak tetap akan mencari tiket ad-hoc di pasaran terbuka. Apabila harga tiket naik mendadak (terutama musim cuti sekolah), mereka tidak mampu menampung kos tersebut dengan harga pakej yang mereka janjikan kepada anda. Kesannya? Mereka akan batalkan umrah anda secara mengejut. Pastikan agensi anda mempunyai rakan strategik penerbangan yang jelas dan tetap.
4. Kepastian Hotel: Kontrak “Allotment” Musim
Jangan terima jawapan “Hotel A atau setaraf”. Istilah “setaraf” adalah ‘red flag’ yang sering digunakan untuk menukar hotel jemaah ke lokasi yang lebih murah dan jauh.
- Deep Dive: Agensi yang berwibawa mempunyai kontrak Allotment (peruntukan bilik tetap) dengan rangkaian hotel seperti Safwah Orchid atau Olayan Ajyad. Tanya ejen: “Adakah hotel ini sudah confirmed dalam sistem atau baru cadangan?”. Agensi yang memegang lesen PJH (Pengelola Jemaah Haji) biasanya mempunyai hubungan lebih stabil dengan pembekal penginapan di Makkah dan Madinah.
5. Integriti Mutawif: Pakar Fiqh atau Sekadar Pemandu?
Banyak agensi “scam” dari segi pengisian ibadah. Mereka ambil pelajar di sana yang tidak terlatih sebagai mutawif untuk jimat kos. Bayangkan anda dapat ‘mutawif part time’ berbanding mutawif sebenar.
- Kesan Hukum: Umrah mempunyai rukun yang jika tertinggal, boleh menyebabkan ibadah tidak sah dan wajib membayar dam. Pastikan agensi anda menyediakan mutawif senior yang mampu menjawab isu-isu kompleks (contohnya: hukum haid di Tanah Suci atau niat ihram di atas pesawat). Jika agensi gagal menamakan siapa mutawif yang akan mengiringi kumpulan anda, itu adalah tanda pengurusan mereka lemah dengan masalah pengurusan manusia.
6. Verifikasi Lesen: MOTAC & Tabung Haji
Jangan malas untuk menyemak. Ini adalah benteng terakhir anda.
- MOTAC (Lesen LKU): Semak di portal rasmi Kementerian Pelancongan. Pastikan lesen mereka aktif dan tidak digantung.
- Tabung Haji (Lesen PJH): Agensi yang memiliki lesen PJH adalah “krim” dalam industri. Mereka dipantau ketat oleh Tabung Haji dari segi nisbah kewangan dan kualiti perkhidmatan. Mengambil pakej daripada agensi PJH mengurangkan risiko scam sehingga 90%.
Kesimpulan: Jadilah Jemaah Yang Bijak Menilai
Sebagai penutup, saya nasihatkan anda: Jangan beli harga, beli reputasi. Pergi ke cawangan agensi yang terdekat. Lihat operasi mereka. Agensi yang telus akan menunjukkan jadual penerbangan, kontrak hotel dan senarai mutawif mereka dengan bangga seperti Rayhar Travels.
Jangan mudah tertipu dengan lambakan billboard dan iklan di radio dan sosial media oleh agensi umrah yang anda tidak kenali.
Elakkan mengambil risiko dengan agensi yang terlalu baru atau yang menawarkan harga di bawah kos logistik munasabah (biasanya di bawah RM5,000 untuk musim cuti sekolah & musim Ramadan).
Ingat, syarikat yang berpengalaman luas biasanya mempunyai rantaian bekalan (supply chain) yang lebih konsisten, dari tiket pesawat hingga ke sajian bufet antarabangsa di hotel. Mereka tidak akan mempertaruhkan reputasi berpuluh tahun demi keuntungan jangka pendek.
Asalnya, agensi umrah bukanlah bergerak dengan motivasi untuk menipu orang awam. Akan tetapi, kesilapan pengurusan kewangan, kontrak dan pengurusan manusia yang lemah menyebabkan mereka terpaksa menggadaikan pelaburan akhirat jemaah mereka.
Semoga tips elak kena scam untuk pakej umrah ini memberi pencerahan kepada anda. Ibadah yang tenang bermula daripada pemilihan agensi yang jujur. Moga kita semua dijemput sebagai jemaah yang mabrur.