Lee Seru Usaha Bersepadu Untuk Rangsang Belia Mencari Kerjaya Dalam STEM

GEORGE TOWN, 19 Okt (Bernama) — Usaha bersepadu daripada ekosistem yang menyeluruh adalah penting untuk menggalakkan generasi muda mencari kerjaya dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). 

Penasihat Khas Pelaburan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Seri Lee Kah Choon berkata ramai yang masih belum menyedari potensi dalam bidang STEM untuk generasi muda meneroka dan cemerlang.

“Sains dan teknologi akan membuka peluang besar kepada individu terutamanya ketika kita sedang berada di ambang transformasi teknologi yang disokong oleh revolusi perindustrian keempat.

“Keseluruhan ekosistem perlu memainkan peranan mereka dalam mengatur masa depan yang cerah kepada generasi akan datang, khususnya penggubal dasar, agensi kerajaan, pendidik dan ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Peningkatan ekonomi gig, yang dipacu akibat pandemik, menerima respons positif daripada tenaga kerja golongan belia.

Bagaimanapun, beliau berkata ganjaran segera dan fleksibiliti gaya hidup yang ditawarkan telah menyebabkan ramai orang beralih meninggalkan pekerjaan tradisional, yang secara tidak langsung menjejaskan pengambilan pendidikan STEM dalam kalangan pelajar.

Sehubungan itu, Lee berkata ekonomi gig hanya bersifat sementara sebagai pekerjaan biasa yang akhirnya akan digantikan dengan automasi, ini merupakan isu yang agak membimbangkan dalam membuka laluan kerjaya yang mampan bagi generasi akan datang.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/lee-seru-usaha-bersepadu-untuk-rangsang-belia-mencari-kerjaya-dalam-stem/

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pos Malaysia Laksana Pelan Transformasi Kurangkan Kerugian

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) di bawah DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) akan melaksanakan pelan transformasi bagi mengurangkan kerugiannya, antaranya dengan memberi tumpuan kepada rasionalisasi rangkaian, pengembangan saluran digital dan pengurusan berhemat.

Menurut Kementerian Komunikasi, setakat ini Pos Malaysia telah mencatatkan peningkatan prestasi kewangan apabila merekodkan pengurangan kerugian bersih sebanyak RM19.5 juta bagi suku pertama 2026 berbanding RM41.5 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

“Pengurangan ini merupakan kerugian suku tahunan terendah dalam tempoh empat tahun, disokong oleh peningkatan hasil daripada perkhidmatan sijil digital dan percetakan, prestasi segmen penerbangan yang lebih kukuh serta pengurangan kerugian dalam segmen perkhidmatan pos,” jelasnya dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian Komunikasi berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew mengenai sama ada kerajaan akan memberikan bantuan kewangan kepada Pos Malaysia memandangkan rekod kerugian syarikat tersebut di bawah DRB-HICOM.

Pada masa sama, kementerian berkata kerajaan amat menggalakkan usaha transformasi dan pemodenan operasi yang dilaksanakan oleh Pos Malaysia.

“Sebarang bentuk sokongan kerajaan akan dipertimbangkan berdasarkan dasar semasa, kedudukan kewangan kerajaan, keperluan penyediaan perkhidmatan sejagat dan kerangka kawal selia yang berkuat kuasa,” katanya.

Selain itu, tambahnya, kerajaan menganggap bantuan kewangan secara langsung kepada Pos Malaysia bukan satu langkah utama, sebaliknya akan mewujudkan mekanisme pembiayaan yang lebih mampan bagi menampung kos penyediaan perkhidmatan.

Sehubungan itu, jelasnya, kerajaan sedang meneliti penubuhan Kumpulan Wang Perkhidmatan Pos sebagai mekanisme jangka panjang bagi menyokong penyediaan perkhidmatan pos di kawasan yang kurang berdaya maju secara komersial, tanpa menjejaskan kemampanan industri secara keseluruhan.

–BERNAMA