Nak Beli Rumah Lelong? Ini 10 Perkara Penting Yang Perlu Kita Tahu

Kalau anda nak tahu, prosedur untuk membeli rumah adalah berbeza-beza mengikut jenis rumah tersebut. Rumah under construction berbeza dengan rumah subsale berbeza dengan rumah lelong.

Kali ini kami akan berkongsi dengan anda apa yang perlu anda tahu tentang rumah lelong.

1. Jangan Tunggu Harga Terlalu Rendah

Yang best tentang rumah lelong adalah, harga rumah tersebut akan menurun sebanyak 10% jika tidak ada pembida pada lelongan tersebut. Tapi takkan anda nak tunggu sehingga harganya terlalu rendah?

Kalau rumah tersebut memang berbaloi untuk dimiliki kerana faktor seperti lokasi strategiknya, rebut sahaja peluang yang ada. Ini kerana mungkin bukan anda seorang sahaja yang berminat dengan rumah tersebut.

2. Pilih Lokasi Bukan Tumpuan

Kalau anda bida rumah yang terletak diluar lokasi tumpuan, anda mungkin akan menang pada harga 30-40% berbanding harga pasaran! Untung bukan?

3. Jangan Mudah Putus Asa

Cabaran untuk mendapatkan rumah lelong adalah anda perlu bersaing dengan pembeli lain. Jadi anda mungkin tak dapat memiliki hartanah yang anda idamkan setiap kali lelongan. Jangan mudah berputus asa dan terus masuk ke acara lelongan sekiranya anda berminat dengan mana-mana hartanah.

4. Persaingan Sengit

Kalau harga hartanah yang anda inginkan itu sangat murah, pasti ramai pembida yang ingin bersaing untuk mendapatkannya. Jadi anda perlu bijak untuk menawarkan harga tertinggi yang anda mampu. Tetapi pastikan ianya berbaloi.

5. Semak Harga Pasaran

Ini merupakan perkara yang paling penting yang anda perlu buat. Tanyakan pada pihak bank ataupun penilai untuk mengetahui harga pasaran sebenar hartanah yang anda idamkan itu.

6. Jangan Terkejut Dengan Keadaan Rumah

Rumah lelong dijual dalam kondisi ‘as it is’. Jadi anda perlu bersedia dengan sebarang keadaan rumah tersebut. Kalau setakat tingkap, pintu tercabut itu perkara biasa. Ada rumah yang kondisinya lebih teruk seperti tempat longgokan sampah.

7. Semak Kaveat

Kalau anda ingin membeli rumah tersebut dengan pinjaman bank, anda perlu memastikan status rumah tersebut. Kalau rumah tersebut mempunyai kaveat persendirian, anda tidak akan mendapat pembiayaan.

Tetapi kalau anda beli secara tunai ia tidak akan memberi masalah. Dapatkan maklumat ini dari Pejabat Tanah yang berhampiran.

8. Elak Ejen Cekik Darah

Ada sesetengah ejen yang mengambil kesempatan untuk meletakkan harga yang mahal untuk kerja yang tak seberapa. Jadi, sebelum melantik mana-mana ejen, buat rundingan dan ketahui skop kerja mereka. Jika anda berpuas hati barulah buat bayaran.

Tetapi ingat! Bayar separuh sahaja dulu dan selebihnya setelah urusan selesai untuk mengelakkan sebarang perkara buruk di kemudian hari.

9. Pastikan Diri Layak Meminjam

Pastikan anda tidak tersangkut hutang PTPTN jika nak masuk acara lelongan itu nanti. Sebelum itu, anda perlu ke bank berhampiran dan bawa bersama slip gaji untuk berapa harga rumah yang anda layak untuk meminjam?

Selalunya anda akan diberi tempoh 90-120 hari dari tarikh lelongan untuk membayar baki harga jualan.

10. Belajar Dengan Pakar

Akhir sekali anda perlulah menuntut ilmu dengan sifu-sifu hartanah yang pakar dalam bidang ini. Baca cerita-cerita pengalaman mereka di blog atau pergi ke seminar yang dianjurkan.

Dengan ini anda akan dapat gambaran jelas tentang cabaran yang perlu dihadapi untuk memiliki hartanah lelong.

Sumber Rujukan: Gila Hartanah

Previous ArticleNext Article

Sime Darby Property Perkenal Logo Baharu, Mengukuhkan Legasi 50 Tahun Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.

Pengerusi, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata pembaharuan jenamanya merupakan evolusi strategik untuk memastikan kumpulan terus memberikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

Setiap langkah kumpulan dipandu dengan pertimbangan yang teliti agar kekal relevan, untuk mewujudkan impak yang bermakna dan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dengan kaedah, dari kemampanan serta biodiversiti kepada perkongsian dan pengalaman pelanggan.

“Sebagai sebuah syarikat di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), mandat kami sentiasa melangkaui prestasi perniagaan. Kami berkongsi visi PNB untuk pembangunan negara dan kemajuan sosial.

“Pembaharuan jenama ini mengasah tumpuan kami terhadap tanggungjawab itu, memperkuat peranan kami dalam membangunkan komuniti yang mampan, menyokong perniagaan tempatan serta mewujudkan peluang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis pelancaran pembaharuan jenama itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Azmir Merican berkata jenama Sime Darby Property adalah janji yang dibina melalui penyampaian yang sudah sedekad sambil menonjolkan evolusi ini akan memantapkan bertapa relevannya penawaran kumpulan itu.

Beliau berkata dari Sime UEP Properties Bhd ke Sime Darby Property hari ini, legasi kumpulan itu sentiasa tertumpu kepada mewujudkan perbandaran yang berdaya tahan dan komuniti yang berkembang maju.

“Kami tidak cuba melupakan sejarah lampau kami dan kami tidak pinggirkan apa yang telah membawa kami sejauh ini.

“Pembaharuan jenama ini datang pada masa yang penting dalam perjalanan kami. Ia mencerminkan bukan hanya siapa kami pada hari ini tetapi arah strategik yang dicarta untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pembangunan perindustrian dan logistik kumpulan seperti Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja, bukan sekadar bangunan sahaja memandangkan perkembangan ini juga membentuk koridor ekonomi dan menarik perniagaan global melalui perkongsian strategik.

“Seiringan itu, platform pengurusan pelaburan aset dan pelaburan kami sedang berkembang, dengan aset runcit, komersial termasuk perindustrian yang menyediakan pendapatan berulang serta kestabilan jangka panjang bagi melengkapkan perniagaan teras kami dan menyediakan kestabilan masa depan,” katanya.

Menurut Sime Darby Property, pembaharuan jenama itu juga mencerminkan keutamaan strategik kumpulan di bawah strategi SHIFT25, yang telah memasuki fasa terakhirnya.

“Ini termasuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang dan meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian perbandaran. Hala tuju ini ini sudah dapat dilihat dalam portfolio perindustrian dan logistik serta kemasukannya ke segmen pusat data di Elmina Business Park,” katanya.

Dengan legasi yang merangkumi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah serta lebih daripada 200 tahun melalui warisan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby, kumpulan itu telah lama memainkan peranan penentu dalam membentuk perbandaran dan komuniti Malaysia.

Bermula dengan projek perintis seperti Taman Melawati dan Subang Jaya ke perbandaran yang memenangi anugerah seperti Bukit Jelutong dan Bandar Elmina, Sime Darby Property telah menyampaikan lebih daripada 100,000 kediaman di 26 perbandaran aktif, hari ini berkhidmat kepada lebih dari 300,000 rakyat Malaysia.
— BERNAMA