Kita Kena Bayar Kos Yuran Guaman Yang Lebih Mahal Pada Tahun 2017

Pastinya ramai yang belum sedar kan? Yuran guaman sebenarnya baru sahaja meningkat naik dan kepada mereka yang sedang bercita-cita nak beli rumah, cepat-cepat lah beli rumah dan jangan bertangguh lagi.

Bermula tahun 2017, kita perlu menanggung yuran guaman yang lebih tinggi kerana struktur nilai dan skala fi kos guaman telah digubal semula oleh Majlis Peguam pada tahun lepas dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kos Peguamcara (Solicitors Cost Committee) pada 28 Febuari lalu.

Yuran Guaman Pun Kena Tempias Inflasi

Menurut pengerusi bersama Bar Council Conveyancing Committee, Datuk Roger Tan menjelaskan bahawa semakan semula ini dibuat atas sebab inflasi yang terkumpul dalam masa sedekad yang lalu. Pada masa kini sukar untuk mendapatkan rumah berharga RM150,000 ke bawah, kebanyakannya mencapai angka setengah juta ringgit.

Rumah mampu milik pun mencecah harga RM300,000. Oleh itu, perubahan ini adalah munasabah memandangkan harga hartanah yang semakin meningkat

Fi guaman yang bakal ditanggung selepas ini dijangka akan meningkat di antara 8.1% sehingga 26.6%, bergantung kepada nilai transaksi sesebuah hartanah yang dibeli. Berita ini pasti mencetus kebimbangan pelabur-pelabur hartanah yang sedang bergiat aktif menjalankan urusan pelaburan. Selain itu, berita ini juga akan menjadi kegusaran utama kepada bakal-bakal pembeli rumah pertama.

Sumber: http://www.thestar.com.my

Jadi, bagi sesiapa yang ada perancangan untuk beli rumah tahun ni, jom kita fahamkan maklumat di bawah melalui dua situasi berikut.

Yuran Guaman (berkuatkuasa 15 Mac 2017)

Harga rumah (RM)Skala Fi Guaman
RM 500,000.00 Pertama1 % (tertakluk kepada Fi Minimum RM 500)
RM 500,000.00 Yang berikutnya0.8%
RM 2,000,000.00 Yang berikutnya0.7%
RM 2,000,000.00 Yang berikutnya0.6%
RM 2,500,000.00 Yang berikutnya0.5%
Nilai melebihi RM 7,500,000.001 % (tertakluk kepada Fi Minimum RM 500)

Situasi 1 

Ahmad ingin membeli sebuah rumah bernilai RM750,000. Berapakah yuran guaman yang Ahmad perlu bayar.

 

Situasi 2

Ahmad sebenarnya ingin membeli rumah daripada pemaju (undercon). Jumlah  yuran guaman yang patut Ahmad bayar ialah RM9,500. Berapakah yuran guaman untuk projek rumah yang sedang dalam pembinaan?

Berdasarkan pengiraan di atas, Ahmad hanya perlu bayar RM6,175 untuk kos guaman apabila membeli rumah undercon yang berharga RM750,000.

# Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan terdapat garis panduan supaya peguam memberikan diskaun bagi rumah undercon daripada pemaju berlesen seperti berikut:

  • Diskaun sebanyak RM300 kalau rumah berharga RM50,000 atau kurang.
  • Diskaun sebanyak 75% daripada skala fi yang dinyatakan dalam garis panduan, jika rumah berharga lebih RM50,000, tapi tak lebih RM250,000.
  • Diskaun sebanyak 70% daripada skala fi yang dinyatakan dalam garis panduan, jika harga rumah lebih daripada RM250,000 dan tak lebih RM500,000.
  • Diskaun sebanyak 65% daripada skala fi yang dinyatakan dalam garis panduan, jika harga rumah lebih RM500,000.

Harap semua faham yedengan penerangan di atas. Jangan kata abang tak payung pulak. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pelabur-pelabur baru. #satuhartanahtahunini

Sumber: https://themalaysianlawyerdotcom.files.wordpress.com

Cepat-cepatlah Beli Rumah Pertama

Apa lagi yang boleh diperkatakan, selain daripada segera membeli rumah bagi yang belum lagi memiliki rumah. Walaupun desas-desus mengatakan harga rumah bakal crash, tapi kita telah pun dengar khabar angin ini sejak beberapa tahun yang lalu. Pasaran hartanah masih kekal steady, cuma pasaran hartanah jutaan ringgit yang sedikit terjejas. Tapi kalau rumah ratusan ribu pun tak mampu beli, tak perlu lah nak bayangkan duduk rumah berjuta ringgit. Ya tak?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Belanjawan 2026: Membina Pasaran Perumahan Masa Depan untuk Malaysia

Ketika rakyat menantikan Belanjawan 2026, pasaran hartanah berada di persimpangan yang penting. Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menetapkan sasaran reformasi perumahan bercita-cita tinggi, termasuk penyediaan sejuta rumah mampu milik menjelang 2035. Namun, ujian sebenar adalah memastikan aspirasi ini diterjemahkan kepada langkah-langkah yang menangani keadaan pasaran semasa. Data pasaran terkini menunjukkan wujud cabaran dan juga peluang. Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jumlah transaksi hartanah Malaysia menurun 1.3% pada separuh pertama 2025 kepada 196,232 transaksi, manakala nilai transaksi meningkat 1.9% kepada RM107.68 bilion. Angka ini menunjukkan sebuah pasaran bercampur, dengan jumlah transaksi lebih rendah tetapi nilai keseluruhan lebih tinggi, mencerminkan sentimen pembeli yang berhati-hati tetapi harga kekal berdaya tahan. Ini menandakan pasaran menunggu kejelasan dan sokongan yang lebih kukuh.

Kami mendapati permintaan terhadap rumah mampu milik kekal kukuh, khususnya untuk kediaman berharga bawah RM300,000. Sehingga September 2025, lebih 20,500 hartanah di seluruh negara disenaraikan di PropertyGuru di bawah paras harga ini, dengan kira-kira 2,500 di Kuala Lumpur sahaja. Namun, kebanyakan rumah ini adalah stok sedia ada, terletak jauh daripada kemudahan pengangkutan awam, atau memerlukan renovasi besar — menekankan bahawa kemampuan bukan sekadar tentang harga.

Kemampuan Perumahan

Perumahan mampu milik bukan sekadar mencapai sasaran angka, tetapi memastikan rumah benar-benar berada dalam jangkauan isi rumah. NAPIC melaporkan harga rumah purata di Malaysia pada separuh pertama 2025 adalah RM486,070, jauh melebihi tahap mampu milik untuk ramai keluarga B40 dan M40 bawahan. Berdasarkan paras pendapatan, rumah di bawah RM300,000 dianggap mampu milik, namun penawarannya di lokasi strategik masih terhad.

Data platform kami menunjukkan ketahanan positif dalam tingkah laku pembeli. Carian untuk rumah bawah RM300,000 melonjak 27.3% dari April hingga Jun 2025 dan kekal stabil sepanjang Julai, mencerminkan kesan positif sokongan dasar dan kestabilan sentimen. Walaupun terdapat penurunan antara Disember 2024 hingga September 2025, di mana carian untuk rumah bawah RM300,000 susut 8.7% akibat ketidaktentuan ekonomi, lonjakan semula ini membuktikan rakyat Malaysia cepat kembali apabila mereka melihat peluang dan kestabilan di pasaran.

Lokasi tetap menjadi faktor kritikal. Permintaan tertinggi bagi rumah mampu milik adalah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang — negeri-negeri dengan tumpuan pekerjaan, infrastruktur dan kemudahan. Belanjawan 2026 boleh memberi impak besar dengan menggalakkan pembangunan rumah berharga sederhana yang berhubung dengan pengangkutan awam di koridor berpermintaan tinggi. Sementara itu, skim Sewa-untuk-Milik (RTO) boleh menjadi jambatan praktikal untuk banyak keluarga. Bagi isi rumah B40, di mana tahap mampu sewa sekitar RM1,500, skim RTO yang berstruktur baik boleh membuka laluan ke arah pemilikan rumah sambil menangani keperluan perumahan mendesak.

Menyelaraskan Penawaran Dengan Permintaan Sebenar

Cabaran perumahan di Malaysia adalah memastikan penawaran mencukupi dan seiring dengan keperluan pembeli rumah. Sebahagian projek masih menyasarkan harga lebih tinggi, menyebabkan jurang dalam segmen pertengahan di mana majoriti pembeli berpotensi sedang mencari. Menurut NAPIC, pelancaran perumahan baharu menurun sebanyak 46% pada separuh pertama 2025 kepada 23,380 unit, berbanding 43,167 unit pada separuh pertama 2024. Pada masa yang sama, jumlah rumah siap yang tidak terjual meningkat 16.3% kepada 26,911 unit bernilai RM18.6 bilion.

Belanjawan 2026 berpeluang merapatkan jurang ini. Menyokong projek berharga sederhana di koridor bandar berpermintaan tinggi, menggalakkan pembangunan semula kawasan terbiar, serta mempercepatkan kelulusan melalui digitalisasi dan garis masa yang lebih jelas akan memastikan penawaran baharu lebih mencerminkan realiti isi rumah Malaysia.

Perumahan Mampan dan ESG

Kemampuan sahaja tidak akan menjamin masa depan sektor perumahan Malaysia. Semakin ramai rakyat Malaysia mahukan rumah yang bukan sahaja mampu milik, tetapi juga lestari, cekap tenaga dan bertanggungjawab secara sosial. Projek di pasaran kebelakangan ini menunjukkan pemaju mula mengintegrasikan prinsip tersebut ke dalam projek mereka, daripada mengekalkan kawasan hijau yang luas dalam pelan induk perbandaran kepada menggabungkan ciri bandar rendah karbon dan pintar yang meningkatkan kebolehdiaman sambil mengurangkan impak alam sekitar.

Pada masa yang sama, bangunan baharu mencapai pensijilan hijau tertinggi, menampilkan kemajuan dalam reka bentuk yang memberikan manfaat nyata dari segi kecekapan tenaga, air dan sumber. Perkembangan ini membuktikan bahawa kelestarian bukan sekadar ideal, tetapi piawaian yang boleh dicapai dan ditingkatkan dalam sektor ini. Ini sejajar dengan keutamaan ESG global serta boleh mengurangkan kos jangka panjang isi rumah sambil melindungi nilai aset.

Belanjawan 2026 boleh mempercepatkan peralihan ini dengan memberi insentif terhadap penggunaan teknologi binaan hijau, daripada panel solar di bumbung dan sistem penjimatan air kepada Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang mengurangkan pembaziran dan mempercepatkan pembinaan. Pada masa yang sama, dasar yang menggalakkan pengubahsuaian stok rumah sedia ada dengan penambahbaikan penjimatan tenaga dapat mengurangkan kos utiliti bulanan untuk keluarga dan memanjangkan jangka hayat hartanah lama.

Aspek sosial ESG juga penting. Membentuk kerangka komuniti campuran yang layak didiami dengan sokongan pengangkutan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan akan memastikan dasar perumahan menyumbang kepada matlamat nasional yang lebih inklusif dan mobiliti sosial. Pendedahan lebih telus tentang piawaian prestasi bangunan, termasuk penarafan tenaga dan kesihatan dana penyelenggaraan, juga akan meningkatkan keyakinan pembeli serta menggalakkan pengurusan aset yang lebih baik.

Dengan mengintegrasikan pertimbangan ESG dalam dasar perumahan, Malaysia boleh membina bukan sahaja lebih banyak rumah, tetapi rumah yang lebih baik — cekap, berdaya tahan dan seiring dengan trajektori pembangunan jangka panjang negara di bawah RMK13.

Memperkasakan Ekosistem Perumahan

Belanjawan 2026 bukan sekadar dokumen fiskal. Ia adalah peluang untuk mencerminkan realiti pasaran dan aspirasi rakyat Malaysia. Dengan memberi tumpuan kepada kemampuan, menyelaraskan penawaran dengan permintaan sebenar, dan menempatkan kelestarian dalam perumahan, kerajaan dapat memastikan visi RMK13 diterjemahkan kepada hasil yang nyata.

Di PropertyGuru dan iProperty, kami kekal komited untuk bekerjasama dengan pembuat dasar, pemaju, dan institusi kewangan bagi menyediakan pandangan serta alatan digital yang membantu rakyat Malaysia membuat keputusan pemilikan rumah dengan yakin. Belanjawan 2026 boleh menjadi asas kepada ekosistem perumahan yang telus, inklusif, dan berdaya tahan — di mana setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan sebenar, dan peluang yang adil, untuk memiliki rumah.