ASM 2 Wawasan Isytihar Pengagihan Pendapatan Sebanyak RM1.13 Bilion

Pengagihan pendapatan sebanyak 4.75 sen memanfaatkan lebih daripada 939,000 pemegang unit

  • Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024.
  • ASM 2 Wawasan mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah
    RM1.13 bilion yang memanfaatkan 939,200 pemegang unit. Sehingga 26 Ogos 2024,
    ASM 2 Wawasan mencatatkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM1.27 bilion.
  • Pengagihan pendapatan sebanyak 4.75 sen seunit berada pada 204 mata asas
    mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank iaitu sebanyak
    2.71% bagi tempoh yang sama.

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2024: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024.

ASM 2 Wawasan mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM1.13 bilion, yang akan memanfaatkan 939,200 pemegang unit. Agihan pendapatan ASM 2 Wawasan adalah bersamaan dengan jumlah pulangan sebanyak 4.75%, mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang berada pada paras 2.71% sebanyak 204 mata asas.

Sehingga 26 Ogos 2024, dana tersebut memperoleh jumlah pendapatan kasar sebanyak RM1.54 bilion dan mencatatkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM1.27 bilion. Pendapatan untuk ASM 2 Wawasan diperoleh daripada keuntungan modal, pendapatan dividen serta pendapatan-pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa. Pendapatan daripada ekuiti kekal sebagai penyumbang utama dengan pelaburan antarabangsa dan domestik masingmasing menyumbang 48.0% dan 40.6% kepada pendapatan kasar dana. Dana tersebut juga telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian portfolio dalam kelas-kelas aset lain, terutamanya Hartanah dan Ekuiti Persendirian yang
mewakili 8.6% daripada jumlah Net Aset Bersih (NAB).

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 2 Wawasan adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana tersebut. Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun
pemegang unit pada 1 September 2024.

Urus niaga ASM 2 Wawasan di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk semua platfom digital dan perbankan internet telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 30 hingga 31 Ogos 2024. Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 September 2024, manakala di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di
seluruh negara bermula 2 September 2024.
-Tamat-

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Belum Rancang Masa Depan Anak? Ini Senarai Akaun Simpanan Dan Pelaburan Terbaik Untuk Anak Bawah 18 Tahun

Merancang simpanan dan pelaburan untuk anak sejak mereka kecil adalah langkah bijak bagi memastikan masa depan kewangan yang kukuh. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun simpanan dan pelaburan yang boleh dibuka untuk kanak-kanak, termasuk bagi bayi yang baru lahir, remaja, dan juga mereka yang telah mula bekerja separuh masa.

Berikut adalah senarai akaun simpanan dan pelaburan yang sesuai, beserta had umur pembukaan, syarat, modal minimum, ciri utama, kelebihan dan kekurangan.

1. Tabung Haji (Akaun Kanak-kanak)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Patuh Syariah, dividen tahunan sekitar 2.5 hingga 3 peratus, tiada caj bulanan, pendaftaran haji awal boleh dibuat.

Kelebihan: Stabil, risiko rendah, sesuai untuk simpanan jangka panjang dan tujuan ibadah haji.

Kekurangan: Pulangan lebih rendah berbanding instrumen pelaburan lain.

2. Akaun Simpanan Junior Bank

Contoh: Maybank Yippie-i Savings, CIMB Junior Savers, RHB Junior, Bank Islam Young Savers

Had umur pembukaan: Sejak lahir (kad ATM biasanya diberi pada umur 12 tahun ke atas)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM1 hingga RM20 bergantung kepada bank

Ciri utama: Kadar keuntungan/faedah rendah antara 0.25 hingga 1 peratus setahun, mempunyai buku simpanan dan kad ATM pada umur tertentu.

Kelebihan: Mudah diakses, sesuai untuk mengajar anak mengurus wang sejak kecil.

Kekurangan: Pulangan rendah dan tidak sesuai sebagai instrumen pelaburan utama.

3. Amanah Saham Bumiputera (ASB / ASB 2)

Had umur pembukaan: Sejak lahir (Bumiputera sahaja)

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit tetap, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun dan bebas cukai.

Kelebihan: Risiko rendah, pulangan stabil, sesuai untuk simpanan jangka panjang.

Kekurangan: Terhad kepada Bumiputera sahaja.

Baca juga Sejarah Pulangan Dividen ASB Dari Tahun 2014 – 2024 [KEMASKINI]

4. Unit Amanah ASNB (ASN Imbang, ASN Sara dan lain-lain)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

Ciri utama: Harga unit berubah mengikut prestasi pasaran, potensi pulangan lebih tinggi berbanding ASB.

Kelebihan: Sesuai untuk pelaburan jangka panjang, berpotensi memberi pulangan besar.

Kekurangan: Ada risiko kerugian jika harga unit jatuh.

5. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime)

Had umur pembukaan: Sejak lahir

Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah

Modal minimum: RM20

Ciri utama: Dividen tahunan sekitar 3 hingga 4 peratus, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma.

Kelebihan: Sesuai untuk pendidikan anak, memberi manfaat cukai kepada ibu bapa.

Kekurangan: Kurang fleksibel untuk tujuan selain pendidikan.

6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Had umur pembukaan: Minimum 14 tahun

Syarat: Mempunyai pekerjaan dan gaji, majikan perlu mendaftar caruman

Modal minimum: Tiada, caruman dibuat melalui potongan gaji

Ciri utama: Simpanan persaraan rasmi, dibahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2, dividen sekitar 4 hingga 6 peratus setahun, termasuk perlindungan sosial.

Kelebihan: Modal terkumpul besar dengan caruman majikan, pulangan konsisten.

Kekurangan: Wang simpanan hanya boleh dikeluarkan mengikut syarat tertentu.

Sejarah Pulangan Dividen KWSP Dari Tahun 2014 – 2024

Bagi anak bawah 18 tahun, pilihan akaun simpanan dan pelaburan bergantung pada tujuan utama simpanan. Jika matlamat adalah demi kestabilan, Tabung Haji, SSPN Prime dan ASB adalah pilihan utama. Bagi tujuan pelaburan jangka panjang dengan potensi pulangan lebih tinggi, Unit Amanah ASNB, robo-advisor dan pelaburan emas boleh dipertimbangkan. Untuk anak yang sudah mula bekerja, KWSP adalah simpanan wajib yang memberi manfaat besar dalam jangka panjang.