Cara Buka MetaMask Untuk Beli NFT

Non-Fungible Token atau NFT merupakan satu lagi benda yang sangat hype buat ketika ini. Ditambah dengan penyertaan artis antarabangsa dan artis tempatan, NFT dilihat seperti lubuk untuk buat duit. 

Seperti saham yang dijual beli di pasaran saham, NFT ini juga dijual beli di pasarannya tersendiri. Jika pasaran global, kita ada marketplace seperti OpenSea.io sementara di Malaysia kita ada marketplace NFT seperti Pentas.io.

Semua orang boleh menjual atau membeli NFT ini di mana-mana marketplace yang mereka kehendaki, tetapi untuk menjayakan transaksi jual beli ini, anda perlukan wallet kripto. Antara yang popular adalah MetaMask. 

Artikel kali ini kami akan ajarkan kepada pembaca semua cara untuk anda miliki MetaMask anda sendiri. Jom ikuti tutorial ini. 

1. Muat Turun Extension MetaMask Di Desktop Anda

Langkah pertama yang perlu anda buat adalah dengan memuat turun extension Metamask ini dalam peranti anda. Sama ada komputer anda atau telefon bimbit anda.

Untuk komputer, anda perlu pergi ke laman sesawang MetaMask pada metamask.io dan pastikan anda memuat turun pada alamat yang betul. 

Kemudian pilih pilihan Chrome seperti di atas jika anda menggunakan Google Chrome untuk meneruskan muat turun extension ini ke dalam komputer anda. 

Teruskan memuat turun dengan menekan Install MetaMask for Chrome seperti gambar di atas. 

Kemudian, anda akan dibawa ke laman seterusnya seperti gambar di atas. Seterusnya anda perlu menekan Add to Chrome pada kotak merah diatas untuk meneruskan proses muat turun tersebut. 

Selepas itu, anda perlu menekan Add extension seperti gambar diatas dan menunggu proses memuat turun berlaku. 

Proses memuat turun akan lengkap bila ikon seperti dalam kotak merah tersebut telah menyempurnakan bulatannya. 

Selepas selesai semua proses diatas, komputer ada sudah pun mempunyai extension MetaMask ini. Seterusnya anda perlu daftar akaun MetaMask anda. 

2. Daftar Akaun MetaMask Anda

Selepas selesai memuat turun extension tersebut, anda akan terus dibawakan ke laman seperti gambar diatas untuk anda mulakan pendaftaran akaun MetaMask anda dengan menekan Get Started.

Kemudian, kepada anda yang baru nak membuat akaun ini, pilih pilihan Create a Wallet seperti yang dipetak merah diatas. 

Kemudian, baca maklumat di atas dan tekan I Agree untuk teruskan proses pendaftaran akaun anda. 

Cipta kata kunci anda dengan mempunyai sekurang-kurangnya 8 karakter dan tuliskan sekali lagi kata kunci anda tadi untuk tujuan kepastian. 

3. Ingat Dan Simpan Secret Recovery Phrase Anda

Selepas siap mencipta kata laluan tadi, anda akan dibawa ke laman seterusnya. Pada laman ini anda akan ditunjukkan satu video penerangan tentang apa itu MetaMask.

Kami amat sarakan untuk anda menonton video tersebut sehingga habis kerana terdapat maklumat penting untuk anda ketahui. 

Anda akan diberikan Secret Recovery Phrase yang unik dan hanya anda sahaja yang tahu secret phrase tersebut. Anda perlu tulis secret phrase tersebut dan simpan dengan selamat untuk membuka semula akaun MetaMask anda pada peranti lain. 

Anda perlu ingat dan simpan Secret Recovery Phrase anda ini ya. Tiada siapa yang dapat membantu anda jika anda terlupa dan hilangkannya. 

Selepas itu, anda akan diminta untuk susun semula Secret Recovery Phrase anda untuk tujuan kepastian. 

Anda diberikan perkataan yang berterabur seperti di atas, anda perlu susunnya semula seperti yang tertulis pada Secret Recovery Phrase anda. 

Selepas selesai susun semula Secret Recovery Phrase anda, anda telah berjaya mempunyai akaun atau wallet MetaMask anda. 

Jadi sekarang tinggal topup ETH je dalam wallet MetaMask anda. Jika anda sudah mempunyai ETH pada wallet kripto yang lain, ada caranya juga untuk pindahkan ke wallet Metamask ini. Yang ini kami akan kongsikan pada artikel seterusnya. 

4. Pin Extension Anda Pada Chrome

Langkah terakhir ini, jangan lupa pin extension MetaMask anda pada Chrome anda untuk kemudahan anda membuka wallet MetaMask ini nanti. 

Caranya tekan gambar puzzle pada belah atas kanan chrome anda dan tekan ikon pin pada extension MetaMask anda. 

Bukan semua pasaran NFT yang menggunakan MetaMask untuk melakukan transaksi pembelian dan jualan ini ya. Mungkin pasaran NFT lain, lain wallet yang anda perlukan. 

Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menceburi pelaburan NFT ini. 

Nak Belajar Buat Duit Dengan NFT?

Tak tahu apa itu NFT? Selalu dengar orang senang je buat duit dengan NFT.

Senang ke benda ni?

Ada yang buat duit melalui NFT dengan hanya memuat naik selfie!

Ada yang flipping NFT yang dimiliki. Wah!
Dah macam pelaburan hartanah ni ada flipping bagai….

Jadi, adakah anda :-

  • Nak tahu tentang NFT?
  • Berminat nak tambah pendapatan melalui NFT?
  • Nak tahu cara buit duit dengan mudah melalui NFT?
  • Ingin ketahui cara jual beli NFT?
  • Nak dapatkan tips untuk transfer fee yang rendah?

Segalanya akan terjawab dalam Webinar NFT tidak lama lagi

Jangan lepaskan peluang ini. Pra-Daftar SEKARANG di thekapital.my/jomNFT

Previous ArticleNext Article

Public Gold syarikat Malaysia pertama jadi ahli antarabangsa Shanghai Gold Exchange

KUALA LUMPUR: Syarikat logam berharga bersepadu, Public Gold Group berjaya menjadi ahli antarabangsa dalam Shanghai Gold Exchange (SGE) iaitu satu platform perdagangan emas yang paling berpengaruh di dunia.

Ini menjadikan Public Gold sebagai syarikat Malaysia pertama yang memperoleh pencapaian berkenaan.

Pencapaian bersejarah ini meletakkan kedudukan Public Gold di barisan hadapan dalam industri logam berharga ASEAN sekali gus memberikan akses langsung kepada rangkaian perdagangan global SGE, infrastruktur penghantaran fizikal dan kontrak emas yang dinilai dalam yuan Renminbi.

Syarikat itu berkata, penyertaan ini juga membolehkannya memperoleh serta menghantar emas melalui rangkaian peti simpanan antarabangsa SGE dengan lokasi strategik di Shanghai, Shenzhen dan Hong Kong.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng, berkata menyertai SGE bukan sekadar pencapaian perniagaan tetapi ia juga merupakan langkah strategik bagi menghubungkan Malaysia secara langsung dengan pasaran emas terpenting di dunia.

“Dengan kehadiran yang semakin berkembang di Dubai, India, London dan seterusnya, Public Gold bersedia untuk membina rangkaian global yang benar-benar memberi manfaat kepada pelanggan kami serta industri emas Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada keanggotaan SGE, Public Gold kini berada di peringkat akhir untuk memperoleh keahlian dengan India International Bullion Exchange (IIBX) dan akan memasuki pasaran London, seterusnya memperluas jangkauannya ke satu daripada pusat perdagangan emas terbesar dan paling kukuh di dunia.

“Dengan kehadirannya di Dubai iaitu pusat perdagangan emas utama di Asia Barat, Public Gold kini dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan kerjasamanya di seluruh Asia, Timur Tengah dan tidak lama lagi, Eropah,” kata Public Gold.

Sebagai ahli Persatuan Emas Malaysia dan Singapore Bullion Market Association, Public Gold berhasrat memperkukuhkan peranan Malaysia dalam perdagangan logam berharga global sebagai sebuah syarikat yang bersepadu sepenuhnya.

Ia juga disasarkan beroperasi merentasi seluruh rantaian nilai emas iaitu daripada perdagangan emas borong hingga produk simpanan runcit, penyelesaian penyimpanan dan tawaran emas yang mematuhi prinsip Syariah.

Syarikat itu berkata, peluasan ke dalam SGE, IIBX, dan London mencerminkan komitmennya untuk meningkatkan kecekapan sumber melalui penyertaan langsung dalam pasaran emas utama dunia sambil memperluas peluang eksport produk emas Malaysia ke China, India, Asia Barat dan Eropah.

-BERNAMA

Baca lagi Perbandingan Simpan Emas dalam MIGA-i dan Public Gold