Nak Tambah Ilmu Berdagang Futures?

Berita baik untuk pembaca setia MajalahLabur!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, pihak CGSI nak buat enam sesi webinar PERCUMA untuk mereka yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Sebelum itu, baca juga: Ada Ke Produk Futures Global Yang Patuh Syariah?

Cepat rebut peluang berharga ini, slot untuk setiap sesi juga terhad. Daftar sekarang supaya tak terlepas sesi khas ini!

(Siri 1)

(Siri 2)

(Siri 3)

(Siri 4)

(Siri 5-6)

Sertai juga Seminar Percuma Shariah Compliant Futures for Future

Previous ArticleNext Article

Ada Ke Produk Futures Global Yang Patuh Syariah?

Makanan asas merupakan satu keperluan yang sangat penting dalam hidup manusia. Barang asas ini telah mula didagangkan sejak dulu kala lagi. Apabila kita masuk ke era moden, barang asas ini mula didagang dalam sistem supaya lebih sistematik. Manusia telah mencipta platform dan cara untuk berdagang barang-barang ini demi menguruskan kelangsungan ekonomi dalam dunia.

Permulaan Dagangan Komoditi Dunia

Syarikat peneraju dalam dunia Futures adalah CME Group. Mereka bertanggungjawab dalam memperkenalkan dagangan komoditi dalam dunia. Bermula pada tahun 1848, Chicago Board of Trade (CBOT) memperkenalkan Futures Exchanges yang pertama dalam dunia. CBOT memperkenalkan perdagangan bijirin (grain trading) pada tahun 1865 dengan sistem kontrak seperti mana sekarang. Semua sistem dan standard dalam Futures Trading berasal dari CME Group.

Tahun demi tahun, makin banyak porduk barangan asas yang diperkenalkan seperti daging sejukbeku, kacang soya, jagung dan sebagainya. Menjelang tahun 1987, perdagangan atas talian secara menyeluruh diperkenal di bawah nama Globex Platform.

Pada awal 2000-an, syarikat CME Group merupakan exchange yang pertama disenaraikan dalam pasaran saham New York.

Foreign Futures Exchange

Dalam Foreign Futures, terdapat beberapa exchanges yang perlu anda tahu.

  • Chicago Board of Trade (CBOT) fokus kepada produk-produk pertanian.
  • New York Merchantile Exchange (NYMEX) fokus kepada komoditi seperti minyak mentah.
  • Comodity Exchange (COMEX) fokus produk seperti Gold Futures, Silver Futures, dan Aluminium Futures.

Berminat nak belajar mengenai berdagang Futures secara PERCUMA?? Baca sini!

Kategori Produk Foreign Futures

Secara ringkasnya, produk Foreign Futures boleh dibahagikan dalam lima kategori seperti berikut:

  • Bijirin, makanan & serat, haiwan hidup, tenaga dan besi.

Namun begitu, tidak semua produk Futures ini patuh syariah. Kali ini kami akan kongsikan beberapa produk Foreign Futures global yang patuh syariah

Kategori: Bijirin

  • Gandum – ZW
  • Jagung – ZC
  • Kacang soya – ZL

Kategori: Makanan dan Serat

  • Koko – CJ
  • Kopi – KT
  • Kapas – TT

Kategori: Tenaga

  • Minyak Mentah – CL (light crude)
  • Natural Gas – NG (henry hub natural gas)

Futures Global Yang Patuh Syariah

Untuk mereka yang berminat dengan produk Futures luar negara pula, kini CGS International Futures (CGS MYF) (dulu dikenali sebagai CGS-CIMB Futures) menyediakan platform penuh patuh syariah untuk berdagang 16 produk Futures globalyang telah dikategorikan sebagai PATUH SYARIAH daripada tiga bursa luar iaitu NYMEX, CBOT dan SGX.

CGS MYF merupakan peneraju di dalam industri dagangan niaga hadapan yang melancarkan akaun Niaga Hadapan Patuh Syariah Global. Menariknya, CGS MYF menyediakan platform penuh yang patuh syariah dengan penggunaan akaun Islamik dan tanpa riba.

Produk Futures yang patuh syariah mestilah berdasarkan kepada aset-aset yang diiktiraf sebagai halal (bukan barang ribawi) menurut hukum Islam, contohnya seperti komoditi pertanian yang halal.  Penasihat Syariah CGSI Futures Malaysia telah bersepakat bahawa beberapa produk Foreign Futures di bursa tertentu mempunyai spesifikasi yang serupa seperti kemungkinan penghantaran fizikal dan komoditi yang diiktiraf sebagai patuh Syariah dan oleh itu boleh didagangkan sebagai futures yang patuh Syariah.

Baca lanjut: CGSI Lancar Akaun Niaga Hadapan Patuh Syariah Global Pertama Malaysia

Pasaran Futures Malaysia

Dalam pasaran Futures Malaysia kita juga ada beberapa produk yang boleh didagangkan. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memutuskan bahawa kontrak yang ditawarkan di Bursa Malaysia Derivatif seperti niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO), niaga hadapan minyak sawit mentah Malaysia Timur (FEPO), niaga hadapan minyak isirung sawit mentah (FPKO) adalah selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.

Nak tahu apa yang menarik bila berdagang FCPO? Dengan FCPO tidak kira harga naik dan turun para pedagang masih boleh buat duit. Lebih kurang macam Forex Trading, cuma FCPO ini patuh syariah. Kalau dah ada asas dalam pasaran saham maka lebih mudah nak faham selok belok FCPO.

Setiap Produk Futures Yang Didagangkan Mempunyai Perkara Yang Akan Mempengaruhinya

Misalnya, FCPO adalah cerminan kepada harga sawit dunia. Selain itu, harga minyak mentah dunia dipengaruhi oleh pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh Kesatuan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Dalam kesatuan ini, dianggotai negara contohnya Arab Saudi, Rusia dan Venezuela. Pengumuman seperti meningkatkan dan mengurangkan pengeluaran akan memberi kesan pada harga minyak mentah dunia.

Modal untuk mula berdagang dalam produk-produk Foreign Futures adalah berbeza. Margin yang ditetapkan untuk mula berdagang perlu dirujuk pada broker masing-masing.

Sebagai pelabur dan pedagang, ilmu tentang sesuatu produk sangat penting. Hal ini dapat mengurangkan risiko kerugian dalam masa melabur dan berdagang.

Nak Tambah Ilmu Berdagang Futures?

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, pihak CGSI nak buat enam sesi webinar PERCUMA untuk mereka yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Cepat rebut peluang berharga ini, slot untuk setiap sesi juga terhad. Daftar sekarang supaya tak terlepas sesi khas ini!

(Siri 1)

(Siri 2)

(Siri 3)

(Siri 4)

(Siri 5-6)

Sertai juga Seminar Percuma Shariah Compliant Futures for Future