Kenapa Pelaburan Patuh Syariah (syariah compliant) Penting?

“Pelaburan patuh syariah biasanya tak untung”, ungkapan yang sering kita dengar. Betul ke?

Dewasa ini, terlalu banyak pelaburan yang ada di Malaysia. Tetapi kita sebagai seseorang yang beragama Islam, amatlah penting untuk kita melabur di tempat yang patut syariah.

Tapi apa sebenarnya patuh syariah ni?

Secara umumnya, patuh syariah di dalam konteks pelaburan di Malaysia bermaksud produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang memenuhi keperluan perundangan Islam dari 3 aspek:

Apa Maksud Pelaburan Patuh Syariah?

Secara ringkas, pelaburan itu tidak boleh terlibat dengan:

  1. Riba (faedah)

  2. Kontrak yang tidak jelas (gharar)

  3. Perjudian, arak, hiburan melampau, rokok dan aktiviti tidak bermoral

Di Malaysia, kita mempunyai Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memainkan peranan yang penting dalam pembangunan pasaran modal Islam (Islamic Capital Market) di Malaysia. Majlis inilah yang memainkan peranan bagi menentukan sesebuah pelaburan itu patuh syariah atau pun tidak.

Bukan calang-calang orang tau yang menjadi anggota MPS ni. Mereka semua mempunyai tauliah dan berpengalaman dalam merungkai isu syariah. Boleh lihat senarai ahli Majlis Penasihat Syariah itu di sini.

Tetapi berbalik semula kepada persoalan tadi, adakah pelaburan patuh syariah ini tidak menguntungkan?

Jadi, Betul Ke Pelaburan Patuh Syariah Tak Untung?

Jawapannya bergantung. Sama macam pelaburan konvensional:
Ada yang untung, ada yang rugi. 

“Saham patuh syariah kurang syarikat besar. Susah nak grow.”

Itu dulu.

Sekarang? Saham syarikat gergasi yang tersenarai di Bursa Malaysia seperti:

  • Petronas Gas (*5% setahun)

  • Gamuda (*16% setahun)

  • KPJ (*27% setahun)

  • Telekom Malaysia (*12% setahun)

semua patuh syariah.

*
Tetapi kena ingat yang prestasi saham boleh berubah dari semasa ke semasa. Pelaburan syariah tidak bermakna tiada risiko sebab masih terdedah kepada turun naik pasaran.

Bahkan dalam pasaran global pun ada:

  • Dow Jones Islamic Market Index

  • MSCI World Islamic

  • ETF Shariah global (contoh: TradePlus Shariah China A50, MyETF MSCI SEA Islamic)

Prestasi ETF Patuh Syariah juga tidak ketinggalan. Contohnya:

  • MyETF Dow Jones US Titans 50 (Patuh Syariah) pernah mencatat kenaikan lebih 20% dalam beberapa fasa pasaran bull.

Cuba dulu melabur dalam satu produk yang patuh syariah. Tunggu setahun. Lihat berapa pulangan/dividen yang anda dapat. Lepas itu baru lah buat perbandingan.

Apa-apa pun, kita sebagai umat Islam; adalah menjadi perkara wajib bagi kita mencari pelaburan patuh syariah. Hasil daripada pelaburan itu jugalah nanti kita hendak menyara keluarga kita, jadi berilah mereka makan minum dan tempat tinggal daripada sumber yang halal dan diredhai Allah.

Jom kita tukar daripada “Pelaburan patuh syariah biasanya tak untung” kepada “Pelaburan patuh syariah menguntungkan kita dunia dan akhirat”.

Penafian: Maklumat ini hanya perkongsian untuk tujuan pendidikan & informasi pasaran. Ia bukan nasihat pelaburan. Setiap pelaburan ada risiko, jadi buat kajian sendiri sebelum buat keputusan.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.