KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam usaha menubuhkan Bursa Sosial Islam bagi mengukuhkan program tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG), terutamanya untuk menyokong golongan miskin dan yang memerlukan.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata dengan senarai produk kewangan Syariah yang meluas dan komprehensif yang tersedia hari ini, tumpuan harus beralih ke arah menilai sejauh mana kesan dan keberkesanan saluran itu dalam merealisasikan matlamat kewangan Islam.
“Matlamat sedemikian termasuk membina ekonomi pemegang kepentingan yang menyokong keadilan dan menangani isu seperti kemiskinan dan keterangkuman kewangan.
“Dengan menilai kesan inisiatif kami, bukan sahaja kami dapat mengenal pasti jurang dan kawasan untuk penambahbaikan tetapi yang lebih penting, kami akan lebih sejajar dengan objektif Maqasid al-Syariah,” katanya dalam ucapan alu-aluannya pada persidangan Meja Bulat 2023 Pusat Pengajian Islam SC-Oxford ke-14 (OCIS) 2023 yang bertemakan “Melabur Ke Arah Kebaikan Bersama: Kesan, Pengawasan dan Pertimbangan Etika” di sini hari ini.
Awang Adek berkata SC merancang untuk melancarkan panduan berasaskan prinsip Maqasid al-Syariah sebelum akhir tahun untuk menyelaraskan inisiatif pasaran modal Islam mengikut piawaian Syariah.
Beliau berkata SC juga akan mengeluarkan Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat 2021-2023 (CG Keutamaan Strategik) untuk mempromosikan ESG dan kepimpinan lembaga pengarah dalam syarikat yang tersenarai.
“Ia (CG Keutamaan Strategik) menggariskan 11 inisiatif termasuk menggalakkan kesedaran, pembinaan kapasiti dan penglibatan, menyasarkan pengarah, pelabur dan belia,” katanya.
Awang Adek berkata SC juga telah mengemas kini Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCGG) untuk memasukkan amalan terbaik baharu dalam syarikat tersenarai apabila menangani risiko dan peluang ESG.
“Ini adalah untuk mewujudkan impak positif melalui kewangan Islam,” katanya.
Ramai orang bekerja keras sepanjang hidup untuk membina harta, duit simpanan, emas, rumah, saham, tanah. Tapi ironinya, sebahagian besar harta itu hanya benar-benar ‘bergerak’ selepas mereka meninggal dunia. Sedangkan masa keluarga benar-benar perlukan bantuan… adalah semasa kita masih hidup.
Ini bukan soal menggantikan faraid, jauh sekali mempertikaikannya. Artikel ini hanya mengajak pembaca melihat satu sudut lain: realiti moden dan keperluan generasi muda hari ini.
Anak Anda Perlukan Bantuan Sekarang, Bukan 30 Tahun Lagi
Cuba fikir fasa hidup anak-anak:
✔ Umur 20–30 tahun
Realitinya, anak-anak memerlukan sokongan paling kritikal semasa mereka berada pada fasa membina hidup iaitu pada umur 20 hingga 30 tahun.
Mereka sedang membayar hutang pendidikan.
Mereka baru nak membeli rumah pertama.
Mereka sedang mengurus kos anak kecil.
Mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan.
Sedang melalui fasa paling mencabar dari sudut kewangan.
Ini fasa paling ‘mahal’ dalam hidup. Cash flow ketat, komitmen tinggi dan tanggungan kewangan yang besar.
✔ Umur 40–60 tahun
Kebanyakan orang sudah stabil, hutang makin rendah, anak dah besar, malah ada yang menghampiri umur persaraan. Jadi logiknya bila agihan harta memberi impak paling besar? Jawapan mudah: sekarang, bukan selepas kita tiada.
Ramai bimbang: “Kalau bagi harta awal, nanti tak ikut faraid.”
Ini salah faham biasa.
Agihan awal (hibah, hadiah, sokongan kewangan) ialah transaksi semasa hidup dan bukan warisan kematian. Ia tidak menjejaskan hak faraid yang akan berjalan kemudian. Bahkan lebih baik jika dibuat secara:
telus,
direkod,
dimaklumkan kepada ahli keluarga, dan
selari dengan nasihat syariah & undang-undang.
Agihan awal ini bukan pengganti faraid. Ia adalah pelengkap kepada perancangan keluarga.
Pindahkan Sebahagian Harta, Bina Kekuatan Keluarga
Bila ibu bapa membantu anak semasa hidup, kita sebenarnya sedang mencari harta untuk manfaat bersama, bukan sekadar mengumpul harta untuk diri sendiri.
Manfaatnya besar:
generasi muda kurang terjerat hutang,
peluang ekonomi keluarga meningkat,
tekanan hidup berkurang,
anak-anak lebih fokus bina kerjaya dan masa depan,
legasi keluarga bertambah kukuh.
Kaya bukan bila angka kosong banyak dalam akaun bank. Lebih bermakna bila harta itu dapat mengubah nasib keluarga semasa kita masih hidup.
Contoh Agihan Awal Yang Praktikal & Realistik
Bantu bayar deposit rumah anak
Modal permulaan bisnes kecil RM5,000–RM20,000 cukup untuk memulakan langkah pertama.
Sokong kos pendidikan / sijil professional Pelaburan dalam ilmu memberi pulangan paling tinggi.
Bantu kos anak kecil (daycare, pampers, sekolah) Ini bukan memanjakan — ini membantu generasi seterusnya.
Hibah kecil setiap tahun Tak perlu tunggu kumpul ratus ribu. Konsisten lebih berkesan.
Akhirnya, untuk menjadi mak ayah yang benar-benar ‘berharta’, kita sendiri kena melabur dan bukan sekadar menyimpan.
Melabur dalam ilmu, melabur dalam aset yang berkembang dan melabur dalam peluang yang boleh memperkukuh kewangan keluarga.
Kesimpulan
Sebab itu, jika benar sayang anak jangan simpan harta sampai mati. Pindahkan sebahagiannya sekarang, ketika mereka paling memerlukannya.
Harta yang kita kumpulkan sepanjang hidup bukan sekadar angka. Ia alat untuk membina masa depan keluarga. Jika manfaatnya paling besar ketika kita masih ada, kenapa kita tangguhkan?
BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.
Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!