Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Saham

Semakin ramai yang berminat dengan pelaburan saham tetapi tak tahu bagaimana nak mula. Di sinilah pentingnya ilmu pengetahuan untuk membolehkan seseorang itu berjaya.

Informasi adalah lebih penting berbanding timing. Jika anda menjumpai syarikat yang baik dan kukuh, anda tidak perlu terus membelinya hari ini dan minggu ini, sebaliknya lakukan kajian sebelum anda melabur, kerana saham yang baik akan terus berkembang dengan baik.

Mungkin cara paling bijak untuk berjaya dalam pasaran saham adalah untuk melabur kepada saham yang mempunyai pertumbuhan baik dan mempunyai nilai yang bagus. Ini bermakna, anda sepatutnya menumpukan sebahagian besar portfolio anda untuk jangka masa yang panjang iaitu tiga tahun, lima tahun bahkan sepuluh tahun atau lebih untuk memaksimakan keuntungan anda.

Bagi mereka yang ingin menjadikan pelaburan saham sebagai pendapatan sepenuh masa, ianya perkara yang sangat berisiko. Tapi bila dah cukup ilmu dan pengalaman, tiada masalah untuk menjadi seorang full-time trader.

Oleh itu, mulakan dengan mencari saham-saham yang berkualiti. Dalam erti kata lain, kenalah buat Analisis Fundamental. Kena rajin cari saham-saham yang di bawah nilai, saham bluechip dan sebagainya.

Di antara kajian Fundamental yang popular adalah CANSLIM dan 5 Magic Numbers.

Dividend Yield (DY)

Bagi pelaburan jangka masa panjang, lihat kepada pendapatan daripada segi dividen untuk menjana keuntungan yang lebih banyak melalui cara melabur semula ke dalam saham syarikat tersebut. Kebiasaannya dividen yang tinggi akan disokong oleh keuntungan syarikat yang tinggi.

Jika setiap saham dijual pada harga RM5, kemudian syarikat membayar RM0.20 dividen setahun bersamaan dengan 4% setahun. Ia ibarat seperti pendapatan tambahan kepada pemegang saham.

Peningkatan nilai dividen adalah bukti syarikat tersebut kukuh. Sekiranya syarikat dapat mengekalkan pembayaran dividen ketika pasaran saham naik atau turun lebih baik. Apabila syarikat semakin berkembang maju, pendapatan dan keuntungan semakin meningkat, dividen juga akan meningkat naik.

Book Value (BV)

This image has an empty alt attribute; its file name is books-knowledge-education-office-700x467.jpg

Salah satu cara untuk mencari nilai jangka masa panjang untuk mana-mana saham adalah dengan melihat kepada Book Value. Ianya nilai yang diperolehi setelah aset ditolak liabiliti.

Secara ringkasnya, sekiranya harga saham sesebuah syarikat adalah murah berbanding dengan Book Value yang tinggi, ianya dianggap berada di bawah nilai. Harga saham berkemungkinan besar akan meningkat naik pada masa akan datang.

Sebelum nak melabur saham, pastikan anda ada ilmu terlebih dahulu.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.