Flashback – Kesan Krisis Politik Itali Ke Atas Pasaran Bursa Malaysia

Walaupun Itali tidak tergolong dalam senarai top 5 ekonomi negara terbesar didunia, tetapi krisis politik mereka turut menggugat pasaran saham tempatan. Pada 30 Mei 2018, KLCI ditutup pada 1719.28 menyaksikan penurunan sebanyak 56.56 mata. Sebanyak 995 kaunter rugi berbanding 148 kaunter untung.

Pernahkah anda terfikir apakah kaitan krisis politik Itali terhadap Malaysia?

2 Masalah Utama Negara Itali

Itali mempunyai 2 masalah utama. Masalah pertama ialah kadar pengangguran yang tinggi yang mana di sesetengah negeri mencapai sehingga 25%! Puncanya ialah krisis kewangan 2008 sehingga menyebabkan 3 juta orang di Itali hidup dalam kemiskinan.

Masalah kedua ialah hutang yang besar. Hutang Itali mencecah sehingga 2.3 trilion Euro iaitu sebanyak 132% GDP. Malaysia masih lagi bernasib baik kerana hutang Malaysia baru RM1 trilion iaitu baru 53% GDP.

Rakyat Itali menyalahkan penggunaan matawang Euro yang menggantikan Lira sebagai punca kenapa Itali terjebak dengan keadaan sekarang. Mereka mahu ikut jejak langkah Britain untuk keluar daripada EU.

Ketika indeks market Malaysia jatuh sebanyak 2.2% pada 30/5/2018, Itali pada hari itu membuat jualan lelong bond nya. Hasil daripada jualan lelong tersebut, sebanyak 5.6 juta Euro berjaya diperolehi.

Bagi anda yang tak tahu apa itu bond. Bond ialah sijil hutang.

Apabila Itali jual bond, apa yang berlaku ialah Itali sebenarnya nak pinjam duit dari investor melalui cara investor beli bond dia. Sebagai balasan, Itali akan pulangkan semula duit yang investor pinjamkan kepadanya dalam tempoh yang dijanjikan dan pada masa sama, Itali juga akan membayar keuntungan kepada investor sepanjang tempoh Itali memegang duit investor.

Keuntungan yang dibayar kepada investor ni dikenali sebagai bond yield. Ia ibarat interest kepada pinjaman yang diambil daripada investor.

Dalam keadaan risiko yang rendah, bond yield juga rendah. Namun, apabila risiko menjadi semakin tinggi, bond yield juga semakin tinggi supaya ia menarik minat investor utk membeli bond.

Short term bond adalah bond yang berisiko rendah kerana kebarangkalian utk membayar semula yang tinggi. Oleh itu, bond yield juga rendah. Long term bond pula adalah bond yang berisiko lebih tinggi kerana kebarangkalian membayar semula yang lebih rendah. Oleh itu bond yield menjadi lebih tinggi.

Selain daripada tenure bond, risiko juga ditentukan oleh keadaan semasa market. Apabila market dalam ketidaktentuan yang tinggi, risiko menjadi tinggi. Oleh itu, bond yield terpaksa dinaikkan lebih tinggi.

Inilah apa yang berlaku kepada Itali. Disebabkan keadaan Itali yang berisiko tinggi pada ketika ini, Itali terpaksa menaikkan 5-tahun bond yield sebanyak 2.3% berbanding 0.6%, 7-tahun bond yield sebanyak 2% berbanding 1.7% dan 10-tahun bond yield sebanyak 3% berbanding 0.3%.

Disebabkan hubungan bond yield dengan risiko, bond yield digunakan oleh investor utk melihat risiko market dunia. Apabila foreign investor melihat bond yield yang lebih tinggi di dalam jualan langsung bond Itali, mereka menjadi bearish. Antara perkara yang dikhuatiri foreign investor ialah kemungkinan Itali juga akan keluar dari EU seperti Britain. Ini menyebabkan foreign investor menarik keluar modal mereka dan kembali ke US untuk bersedia dengan keadaan tersebut.

Akibatnya, indeks market Malaysia jatuh teruk pada hari tersebut.

Sekarang kita tahu yang perkara tersebut tidak terjadi buat masa ini. Kerajaan baru Itali telah mengangkat sumpah pada Jumaat lepas. Kerajaan tersebut dibentuk hasil daripada kerjasama Five Start Movement dan The League. Kemudian, kedua-dua parti ini juga tidak bercadang untuk keluar dari EU. Sebaliknya, mereka mahu memberikan tumpuan kepada reformasi ekonomi dari dalam EU.

Perkembangan ini melegakan market dan dari sini baru kita dapati FBMKLCI naik kembali juga sebanyak 2.2% pada hari terakhir 1/6/2018.

Berbalik Kepada Anda Pelabur Jenis Apa

Jika anda seorang investor, kejatuhan indeks market Malaysia ini tidak akan mengganggu anda kerana anda berpegang pada fundamental syarikat. Namun, jika anda seorang trader, kejatuhan indeks market Malaysia ini akan mengganggu anda kerana anda berpegang pada sentimen.

Oleh itu, sebagai seorang trader, anda kena faham sentimen market, walaupun sehingga sejauh sehingga Itali. Risiko anda lebih tinggi.

Kredit: Empayar Saham

Kalau Market Teruk, Selamatkan Modal Anda

Di kala pasaran saham tengah tidak menentu, elok juga sekiranya anda berehat seketika daripada terlibat secara langsung dalam pelaburan saham. Sementara itu, eloklah pergi berguru dan menuntut ilmu.

Boleh juga baca berkenaan Kenali Mahaguru Pelaburan Saham Benjamin Graham yang mempopularkan The Intelligent Investor dan cari saham di bawah nilai, dan juga 8 Tips Pelaburan Saham Daripada Warren Buffett. Kedua-dua mereka menekankan betapa pentingkan kita melabur untuk jangka masa panjang.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.