Belanjawan 2019 – Saham Mana Yang Bakal Terkesan?

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Begitu jugalah setiap tahun, apabila Belanjawan 2019 diumumkan, pastinya ramai yang terlibat dalam saham ingin tahu kesannya kepada pasaran saham. Lebih-lebih lagi kesannya kepada syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Secara ringkasnya, kita akan tengok saham mana yang akan menerima kesan positf, dan saham mana yang akan menerima kesan negatif.

Impak Positif

1. Sarung Tangan Getah

Gaji minimum RM1,100 yang akan diperkenalkan pada 1 Januari 2019 nanti, tidak akan menjejaskan sektor pembuatan sarung tangan getah di Malaysia. Maka saham-saham yang dijangka akan naik adalah Top Glove Corporation Berhad, Hartalega Holdings, Supermax Corporation dan Kossan.

2. Tiada Kenaikan Cukai Rokok

Dan tindakan tegas yang akan diambil kerajaan terhadap rokok seludup yang semakin berleluasa, sudah pastinya syarikat British American Tobacco (BAT) yang akan untung. Jangan lupa, saham ini tidak patuh syariah.

3. Tiada Kenaikan Cukai Arak

Seterusnya, syarikat pengilang arak seperti Carlsberg dan Heineken tidak terjejas.

4. Subsidi Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

Dengan adanya bantuan bersasar untuk golongan B40 ni, syarikat-syarikat fesyen dan runcit seperti Padini, Aeon dan Apollo bakal menerima kesan positif daripada pengumuman ini.

5. Subsidi Minyak

Katanya MyEG dan Datasonic adalah syarikat yang bakal menjadi pelaksana sekiranya subsidi minyak ini diperkenalkan kepada orang ramai bermula tahun depan. Atau adakah syarikat lain yang bakal diberi tanggungjawab tersebut?

Impak Negatif

1. Kenaikan Cukai Perjudian

Dengan peningkatan cukai terhadap perjudian, siapa lagi kalau bukan Genting Malaysia dan Genting Berhad yang akan rugi.

2. Pengurangan ‘Lucky Draw’

Juga melibatkan perjudian, dengan pengurangan ‘Lucky Draw’ oleh pihak kerajaan, syarikat Magnum dan Sports Toto dijangka bakal berdepan dengan pengurangan pendapatan.

3. Cukai Soda

Dengan peningkatan kes diabetes dan obesiti di Malaysia, cukai soda akan diperkenalkan. Syarikat-syarikat yang selama ini memang terkenal dengan ‘kemanisan’ produk mereka seperti F&N, Nestle dan Berjaya Food, MSM Malaysia bakal menyaksikan harga produk menjadi lebih mahal. Pengguna pastinya akan lebih memilih selepas ini. Adakah ini akan memberi kesan kepada jualan syarikat?

4. Peningkatan Kos Disebabkan Pengapungan Semula Harga Petrol & Subsidi Minyak

Pos Malaysia dan GD Express Carrier (GDEX) bakal terkesan dengan peningkatan kos, kerana subsidi hanya akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40).

5. Levi Untuk Pelancong Luar Negara

Kadar yang dicadangkan membabitkan dua peringkat kategori iaitu masing-masing sebanyak RM20 bagi penumpang ke negara-negara ASEAN manakala RM40 bagi destinasi negara lain.

Bagi mereka yang suka melancong, pastinya ini merupakan berita buruk bagi anda. Apabila levi ini diperkenalkan, jumlah pelancong ke luar negara dijangka berkurangan, sekaligus menyebabkan pendapatan syarikat AirAsia Group dan AirAsia X akan terjejas.

Sumber: The Edge Malaysia

 

 

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.