Harga Minyak Mentah Dunia Menjunam 10% Selepas OPEC Gagal Dapatkan Persetujuan Rusia

Harga minyak mentah menjunam sebanyak 10% pada hari Jumaat (6 Mac 2020) sehingga ditutup pada paras US$41.28 setong (WTI) berikutan keengganan Rusia untuk mempersetujui cadangan Organization of The Petroleum Exporting Countries (OPEC) untuk menambah pemotongan bekalan minyak mentah.

Terkini : Selepas jatuh sebanyak 10% ke $41 setong (WTI) pada Jumaat lepas, pagi ini ia jatuh lagi 31% ke $28 setong!

Penanda aras minyak mentah dunia Brent-oil ditutup di sekitar US$45.27 setong pada minggu lalu berbanding US$58 setong pada bulan Februari. Manakala West Texas Intermediate (WTI) didagangkan di sekitar US$46 setong pada minggu lalu berbanding US$52 setong pada bulan lalu.

Situasi Covid-19 yang semakin menular sejak bulan Januari telah menyebabkan permintaan minyak mentah terutamanya dari China merosot dengan ketara. Permintaan di beberapa negara lain juga diunjurkan merosot di masa akan datang.

Harga minyak mentah kini telah merekodkan penurunan sebanyak 30% sejak permulaan Januari berikutan kebimbangan impak Covid-19 terhadap permintaan dunia.

Perlanjutan pemotongan bekalan yang dicadangkan OPEC bertujuan untuk mengimbangi permintaan dan penawaran minyak mentah dunia untuk mengekalkan harga komoditi hitam itu di tahap yang optimum.

Rusia Enggan Menyertai Pakatan Baru Selepas 31 Mac

Wakil-wakil OPEC dan OPEC+ (Negara bukan ahli OPEC) telah bermesyuarat pada 5 dan 6 Mac di Vienna bagi membincangkan sama ada meneruskan pemotongan bekalan 2.1 juta tong sehari yang akan berakhir pada 31 Mac.

Walaubagaimanapun, fokus mesyuarat tersebut telah berubah untuk menambah jumlah pemotongan bekalan sedia kala dengan jangkitan Covid-19 yang semakin merebak telah menyebabkan kejatuhan harga komoditi hitam dengan mendadak.

Dalam perkembangan terbaru pada Jumaat (6 Mac 2020), Rusia dilaporkan tidak akan menyertai OPEC untuk tambahan pemotongan bekalan kali ini sekaligus menghumban harga minyak mentah ke paras lebih rendah. Namun, negara itu akan terus menyokong jumlah pemotongan asal.

OPEC pada Jumaat mencadangkan pemotongan sebanyak 1.5 juta tong sehari sehingga penghujung Disember tahun ini di mana negara bukan ahli OPEC dijangka menyumbang 500,000 tong pemotongan. Namun, Rusia masih belum bersetuju dan hal ini dikhuatiri membawa risiko kepada terkuburnya pakatan kerjasama mereka bersama OPEC sejak tahun 2016.

Sejak bekerjasama dengan OPEC pada tahun 2016, pasaran tertanya-tanya sebab Rusia tidak menyokong dan menyertai OPEC dalam program kali ini. Mungkin Rusia sudah tidak lagi dapat berkompromi dengan sebarang tambahan pemotongan yang mana pada akhirnya pihak yang mendapat keuntungan adalah pengeluar Amerika Syarikat.

Sejak pemotongan bekalan yang dibuat pada tahun 2016, pengeluar dari AS tidak pernah menyertai pakatan bersama OPEC kecuali negara-negara seperti Rusia dan Kazakhstan.

Sejak 2016, Rusia telah bersetuju sebanyak tiga kali untuk memotong pengeluaran minyak mentah bersama peneraju utama OPEC, Arab Saudi. Kumpulan negara bukan ahli OPEC terdiri daripada lebih 20 buah negara berjaya mengurangkan satu juta tong bekalan minyak mentah sehari selama lebih daripada tiga tahun.

Dalam tempoh itu juga, pengeluar Amerika Syarikat menjadi pengeluar terbesar dunia dengan jumlah tertinggi direkodkan adalah 13.1 juta tong sehari pada minggu lepas.

Permintaan Dunia Semakin Merosot

IHS Markit sebuah syarikat penyedia data maklumat berpangkalan di London mengunjurkan penurunan permintaan minyak mentah dunia pada suku pertama tahun 2020 sebanyak 3.8 juta tong sehari berbanding tahun 2019. Kemerosotan tertinggi yang pernah dicatat sebelum ini adalah semasa krisis kewangan dunia pada tahun 2009 di mana permintaan pada suku pertama tahun tersebut merosot 3.6 juta tong sehari berbanding tahun sebelumnya.

Jim Burkhard ketua pasaran minyak mentah IHS Markit berkata, “Ini adalah kejutan permintaan yang berlaku secara tiba-tiba dan skala penurunan yang berlaku masih tidak dapat dipastikan.”

Kebanyakan penurunan permintaan adalah daripada China, tetapi permintaan di negara-negara lain termasuk, Eropah, Jepun, Korea Selatan, Timur Tengah dan Utara Amerika turut diramalkan merosot. Kes Covid-19 di luar China terus meningkat yang menunjukkan impak negatif terhadap permintaan akan berterusan pada suku kedua tahun 2020.

China merekodkan penurunan mendadak dalam data perjalanan rakyat di negara itu berikutan halangan oleh kerajaan China dan juga pembatalan penerbangan di dalam dan keluar negara. Data menunjukkan perjalanan komersil melalui darat, air dan udara jatuh sebanyak 80% pada Februari berbanding tempoh sama tahun lepas.

Unjuran penurunan permintaan yang dibuat oleh IHS Markit adalah satu berita kurang baik kepada OPEC yang bercadang untuk melanjutkan pemotongan bekalan selepas penghujung bulan Mac. Tambahan pemotongan bekalan sebanyak 1.5 juta tong sehari membawa jumlah kepada 3.6 juta tong selepas bulan Mac masih lebih rendah daripada ujuran kemerosotan permintaan sebanyak 3.8 juta tong sehari.

Ini bermakna, harga minyak tidak akan banyak berubah kerana pemotongan oleh OPEC sejajar dengan pengurangan permintaan di masa akan datang.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam, Saham Mana Yang Boleh Diperhatikan?

“Untunglah penjawat awam dapat naik gaji, kita kerja swasta dapat apa?”

Tidak lama lagi sahabat-sahabat kita yang bertugas di sektor awam akan menerima kenaikan gaji. Alhamdulillah rezeki mereka setelah sekian lama tiada penyelarasan gaji dibuat.

Kita yang bekerja di sektor swasta jangan pula dengki, apa kata kita cari peluang disebalik kenaikan gaji mereka. Mereka dapat naik gaji, kita dapat peluang.

“Peluang? Macam mana tu?”

Sumber: Berita Harian


Menurut penganalisis pasaran, kenaikan gaji penjawat awam ini memberikan kesan positif kepada sektor automotif di Malaysia ini. Jadi kita nak buat apa lagi? Kajilah saham-saham sektor automotif yang ada. Jom kita lihat saham-saham sektor automotif di Malaysia.

1. Sime Darby Berhad

Sumber: Sime Darby Berhad

Sime Darby Berhad, satu jenama yang tidak asing lagi bagi kita. Mungkin kita lebih kenal jenama ini dengan perniagaan berkaitan hartanah dan kelapa sawit, tetapi sebenarnya syarikat ini juga salah satu pengedar rasmi jenama kenderaan mewah di Malaysia. 

Antara jenama yang ada adalah seperti BMW, Jaguar dan juga Hyundai. Jika kita perasan, jenama-jenama ini bukan hanya membekalkan kenderaan petrol, tetpi sudah mula rancak membekalkan kenderaan elektrik. Tidak lama lagi mungkin keluar kenderaan hidrogen pula!

“Orang kerajaan mana ada duit nak beli kereta BMW!”

Jangan risau, Sime Darby ini juga memiliki 38% saham syarikat Perodua. 

2. DRB-Hicom Berhad

Syarikat kedua pula, syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu yang sangat disegani. DRH-Hicom yang merupakan pemilik utama syarikat kenderaan sulung jenama Malaysia, Proton

Bukan itu sahaja, DRB-Hicom ini adalah pengedar rasmi jenama kegemaran bakal mertua kerja kerajaan, Honda!

Selain jenama Honda, jenama Mitsubishi dan Volkswagen juga memberikan kepercayaan kepada DRB-Hicom untuk mengedarkan kenderaan mereka di Malaysia.  

MBM-Resources Berhad

Syarikat MBM Resources Berhad mungkin satu jenama yang jarang kita dengar. Tetapi syarikat ini memiliki 20% saham syarikat kenderaan paling laku di Malaysia, Perodua

Selain itu, syarikat ini juga pengedar rasmi untuk kenderaan jenama Volvo dan beberapa jenama lain. 

Kebanyakan Jenama Kenderaan Diatas Juga Membekalkan Kenderaan Elektrik

Bila lagi nak tengok orang kerajaan menggunakan kenderaan lestari kan. Mungkin lepas ini kita nampak banyak kenderaan elektrik di Putrajaya?

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu kini DIBUKA!!