Lima Catalyst Utama Pasaran Global Pada Minggu Ini (13–17 Januari 2020)

Indeks utama saham Wall Street pada akhir dagangan minggu lalu ditutup rendah selepas laporan data pekerjaan Non-Farm Payroll (NFP) meleset daripada jangkaan sebahagian besar pasaran. Tetapi jika dilihat pada keseluruhan minggu tersebut, Dow Jones Industrial Average (DJIA) naik sebanyak 0.66%, S&P 500 pula mencatat kenaikan hampir 1%, manakala Nasdaq menokok sebanyak 1.75%.

Data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat minggu lalu hanya mencatat tambahan pekerjaan sebanyak 145,000 berbanding jangkaan 164,000 sekaligus mengecewakan pasaran kerana bacaan sebenar yang lebih rendah daripada ramalan. Data juga menunjukkan data proksi kepada inflasi iaitu kadar gaji purata per jam mencatat bacaan kurang memberangsangkan.

Fokus pada minggu ini akan beralih semula kepada isu perang perdagangan Amerikat Syarikat – China. Beijing akan menghantar Naib Perdana Menteri mereka, Liu He untuk menandatangani perjanjian perdagangan fasa satu di Washington pada Rabu (15 Januari 2020). Pasaran kini tertanya-tanya tentang maklumat lanjut dalam perjanjian tersebut yang akan menjadi pencetus pergerakan pasaran minggu ini.

Selain itu, minggu ini juga menyaksikan banyaknya data-data ekonomi penting yang akan dikeluarkan oleh Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman. Pasaran akan meneliti data tersebut khususnya AS sama ada masih menunjukkan pengukuhan dalam ekonomi terbesar dunia itu. United Kingdom (UK) juga akan mengeluarkan beberapa data penting dan Jerman pula akan berfokus kepada data pertumbuhan ekonomi tahun 2019.

Laporan pendapatan suku keempat juga akan bermula seawal hari Selasa (14 Januari 2020) dengan sektor perbankan Amerika Syarikat menjadi perhatian.

Daripada segi politik, Parti Demokrat di Amerika Syarikat dilihat secara perlahan-lahan mengalihkan perhatian mereka daripada isu ‘pemecatan Trump’ dengan memberi lebih fokus kepada Pilihanraya Presiden hujung tahun ini.

Berikut adalah lima catalyst utama yang bakal menjadi perhatian para pelabur sepanjang minggu ini.

1. Perjanjian Perdagangan Amerika Syarikat – China

Presiden Donald Trump dijangka akan menandatangani perjanjian awal perdagangan antara AS-China pada Rabu (15 Januari 2020) sekaligus mengurangkan ketegangan yang membebani pasaran global selama ini.

Di bawah perjanjian ini, China akan meningkatkan import dari Amerika Syarikat dan juga bersumpah untuk melindungi hak harta intelek. Kerajaaan Trump pada bulan lalu bersetuju untuk membatalkan tarif baru bernilai US$156 bilion terhadap barangan China dan mengurangkan kadar cukai sedia ada terhadap US$120 bilion import dari China.

Wakil China, Liu He akan melawat Washington bagi menandatangani perjanjian fasa satu bersama AS pada Rabu. Tetapi belum ada laporan tentang bilakah rundingan fasa dua akan bermula. Jika kedua-dua pihak gagal memberikan komitmen ia bakal mencetuskan semula ketegangan kerana masih banyak isu penting yang belum diselesaikan dalam perdagangan dua hala.

2. Perkembangan Isu Brexit

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson akan meneruskan usahanya membawa keluar UK dari Kesatuan Eropah (EU) mengikut lunas undang-undang negara itu. Dewan tertinggi Parlimen UK, House of Lords dijangka akan menyokong secara majoriti perjanjian keluar dari EU selepas Parti Konservatif menang dengan majoriti besar dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini. Sebelum perjanjian itu di bawa ke House of Lords, ia terlebih dahulu diluluskan oleh House of Commons pada minggu lepas.

Fokus kini terarah kepada rundingan fasa dua di mana Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von der Leyen berada di London pada minggu lalu percaya masa begitu suntuk dan banyak perkara perlu dicapai dalam tempoh yang singkat.

Britain akan meninggalkan EU pada 31 Januari 2020 selepas beberapa penangguhan tarikh Brexit dibuat sejak setahun yang lepas. Tempoh 11 bulan selepas itu penting untuk kedua-dua pihak memeterai perjanjian perdagangan selepas tempoh transisi berakhir pada akhir tahun 2020.

Persoalannya sekarang, adakah tempoh itu cukup untuk mencapai kata sepakat dengan adanya isu-isu kritikal yang membebani kedua-dua pihak?

3. Laporan Pendapatan Suku Keempat 2019

Pasaran saham Amerika Syarikat terus mengukuh dan mencapai rekod tertinggi pada minggu lalu tanpa mengendahkan berita-berita buruk dari segi politik dan geopolitik. Ia seakan tidak berhenti hanya di sini dengan musim pelaporan pendapatan syarikat akan bermula pada hari Selasa (14 Januari).

JPMorgan Chase, Citygroup, Wells Fargo akan membuka tirai laporan pada Selasa dan diikuti oleh Bank of America, Goldman Sachs dan Morgan Stanley.

Analisa yang dibuat oleh Refinitiv menunjukkan indeks S&P 500 mencatat penurunan secara keseluruhan dengan pendapatan untuk setiap unit saham susut 0.6%. Ia disebabkan oleh penurunan kaunter-kaunter tenaga dan industri berikutan isu perang dagang.

Walaubagaimanapun, kaunter perbankan dijangka mencatat laporan lebih baik dengan peningkatan 11.2% dalam sektor tersebut.

4. Data Ekonomi Penting

Data inflasi terbaru Amerika Syarikat dijangka sejajar dengan sasaran bank pusat iaitu 2%, manakala jualan runcit pula akan diteliti kerana terdapat bukti sektor tersebut mengalami kekurangan jualan pada tempoh perayaan bulan lepas. Pelabur juga akan mendapat peluang untuk mendengar komen-komen dari ahli The Federal Reserve mengenai situasi ekonomi semasa dan juga halatuju dasar bank pusat di masa hadapan.

Selain daripada perkembangan Brexit, minggu ini adalah tempoh yang sibuk bagi pasaran UK dengan beberapa data penting akan dikeluarkan termasuk laporan pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pengeluaran industri, jualan runcit dan data inflasi. Data-data ini akan diteliti oleh bank pusat, khususnya Gabenor Mark Carney.

Jerman pula akan mengeluarkan data pertumbuhan ekonomi tahun 2019 pada Rabu (15 Januari 2020) selepas kemelesetan yang dialami oleh sektor pembuatan ekonomi terbesar Zon Eropah itu. Penganalisa ekonomi menjangkakan pertumbuhan merekodkan bacaan 0.6%, yang merupakan kadar paling rendah pernah dicatatkan sejak tahun 2013.

Pada hari Khamis (16 Januari 2020) pula, European Central Bank (ECB) pula akan menerbitkan minit mesyuarat dasar monetari bulan Disember yang pertama kali dipengerusikan oleh Presiden Christine Lagarde.

5. Pengukuhan Matawang Negara Pesat Membangun

Matawang negara China, Yuan mencapai paras tertinggi dalam tempoh lima bulan berbanding Dolar AS setakat pada hari Isnin (13 Januari 2020) berikutan keyakinan terhadap unjuran ekonomi di masa hadapan selepas termeterainya perjanjian perdagangan fasa satu bersama Amerika Syarikat minggu ini.

Nilai matawang Yuan naik ke paras setinggi 6.8883 berbanding Dolar AS. Matawang negara-negara pesat membangun (emerging markets) yang lain juga mengikut jejak langkah Yuan dengan Rubble (Rusia) naik ke paras tertinggi 20 bulan lalu berbanding Dolar AS. Rupiah Indonesia, Lira Turki dan Rupee India pula naik dalam julat 1.4% hingga 2.0% berbanding greenback (Dolar AS).

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.