Apa Itu ‘Floating Stock’ Dalam Pelaburan Saham?

Setiap saham yang didagangkan mempunyai volatility pergerakan harga dan kadar liquidity yang berbeza. Di antara faktor yang mempengaruhi volatility harga dan kadar liquidity adalah jumlah floating sock bagi saham tersebut.

Apa Itu ‘floating stock’?

Setiap saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia mempunyai jumlah terbitan saham yang berbeza. Begitu juga dengan jumlah saham yang diperdagangkan di pasaran ataupun dikenali sebagai floating stock. Floating stock merupakan jumlah saham yang aktif diperdagangkan di pasaran saham secara terbuka.

Penurunan jumlah floating stock boleh berlaku apabila syarikat melaksanakan ‘Shares Buy Cack’, secara langsung mengurangkan jumlah saham yang didagangkan secara aktif.

Sebaliknya, pemberian ‘Bonus Issue’ dalam bentuk saham kepada pemegang saham pula akan mengakibatkan peningkatan jumlah floating stock dan secara langsung menambah jumlah saham yang didagangkan secara aktif.

Kegunaan Floating Stock

Floating stock digunakan bagi mengenalpasti dan memahami pergerakan harga bagi saham yang dipilih. Jumlah floating stock yang kecil akan meningkatkan volatility dan mengurangkan kadar liquidity akibat jumlah pembeli dan penjual yang kecil. Ini bermakna penjualan saham dengan jumlah yang besar boleh mengakibatkan pergerakan harga yang ketara.

Bagi saham yang mempunyai floating stock yang tinggi, volatility harga akan berkurang dan kadar liquidity akan bertambah kerana mempunyai jumlah pembeli dan penjual yang besar. Keadaan ini akan dapat mengurangkan pergerakan harga yang ketara apabila penjualan saham dengan jumlah yang besar dilakukan.

Jumlah floating stock ditunjuk di dalam bentuk peratus daripada jumlah saham yang diterbitkan. Di antara contoh saham yang mempunyai jumlah floating stock yang berbeza adalah seperti berikut:

Nestle

Number of Shares: 234 juta

Float: 19.56%

Kesan saham Nestle yang mempunyai floating stock yang kecil dapat dilihat melalui pergerakan harga saham yang tinggi dan jumlah pembeli dan penjual yang rendah.

MYEG

Number of Shares: 3606 juta

Float: 49.31%

Saham MYEG mempunyai jumlah floating stock hampir separuh daripada jumlah saham yang diterbitkan. Ini menyebabkan pergerakan harga saham yang tidak terlalu ketara dan mempunyai jumlah pembeli dan penjual yang agak tinggi.

Velesto

Number of Shares: 8215 M.

Float: 81.27%.

Saham Velesto merupakan contoh saham yang mempunyai floating stock yang tinggi. Ini menyebabkan pergerakan harga saham yang rendah dan mempunyai jumlah pembeli dan penjual yang tinggi.

Dengan memahami floating stock, pelabur dan pedagang dapat memahami faktor yang mempengaruhi perbezaan volatility harga saham dan juga kadar liquidity saham.

Atau dalam kata lain, floating stock inilah yang menentukan samada sesuatu saham itu berat atau ringan.

Anda newbies tentang pelaburan saham? Baca lagi 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.