Minyak Menjadi Kurang Bernilai Tanpa Penggunaan

Seperti yang kita sedia maklum, harga minyak semakin menurun akibat daripada penyebaran Covid-19. Lebih-lebih lagi apabila sesebuah negara menguatkusakan penyekatan aktiviti seperti yang dilakukan oleh negara kita melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kita boleh lihat jalan raya menjadi lengang, kapal terbang banyak menghentikan operasi, kilang-kilang ditutup dan sebagainya.

Sumber: Twitter MOF Malaysia

Kalau dulu harga minyak RM2 lebih, namun sekarang turun sehingga RM1.25 seliter. Air minuman lagi mahal daripada harga minyak.

Walaupun permintaan minyak semakin berkurang, pengeluaran masih banyak di samping berlakunya perang harga di antara Arab Saudi dan Rusia.

Pengeluar minyak lain seperti Amerika Syarikat tidak mahu menjadi orang yang pertama untuk menghentikan pengeluaran.

Disebabkan pengeluaran masih bertahan, para pengeluar minyak mengalami kesukaran untuk menyimpan minyak yang berlebihan. Bukan sahaja permintaan semakin berkurang, tetapi minyak-minyak ini tidak tahu nak disimpan di mana.

Dalam erti kata lain, tempat penyimpanan, tempat penapisan, terminal, kapal-kapal dan saluran paip hampir mencapai kapasiti maksimum. Hal ini tidak pernah berlaku sejak tahun 1998.

Permintaan yang merosot atau menjana keuntungan tidak menjadi masalah utama para pengeluar minyak sekarang. Mereka lebih bimbang untuk mencari tempat penyimpanan minyak mentah.

Menurut penganalisa daripada JBC Energy, pada April 2020, sebanyak 6 juta tong minyak sehari tidak akan mempunyai tempat untuk disimpan. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 7 juta tong sehari pada bulan Mei 2020.

Harga Minyak Menjadi Negatif

Beberapa jenis minyak yang mempunyai gred tidak jelas sebenarnya sudah mempunyai harga di bawah sifar. Apabila tidak mempunyai tempat simpanan, para pengeluar mungkin perlu untuk membayar pihak lain untuk menyimpan bagi pihak mereka.

Brent, penanda aras global cuba untuk tidak berbuat demikian kerana mempunyai tangki penyimpanan yang mudah diakses. Namun, untuk WTI adalah 500 batu jaraknya dari air. Disebabkan ini, Goldman Sachs menjangka WTI, terutamanya WTI Midland dan Canada’s Western Canadian Select mungkin boleh menjadi negatif.

Dengan kejatuhan harga minyak ini, nilai minyak telah susut melebihi dua pertiga daripada nilainya sejak Januari 2020. Syarikat minyak Amerika Syarikat juga telah mula untuk membuat keputusan untuk menghentikan pengeluaran dengan berat hati.

Kesimpulannya, kesan Covid-19 sememangnya tidak akan kekal. Selepas semuanya reda, kapal terbang akan memulakan operasi dan kita sebagai pemandu kenderaan juga akan membeli minyak untuk kenderaan kita.

Namun, sehingga sampainya detik tersebut, industri minyak mungkin tidak mempunyai pengeluaran yang banyak kerana telah menutup beberapa telaga minyak. Pengeluaran yang kurang ini nanti dijangka akan meningkatkan harga minyak pada masa hadapan.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan: https://edition.cnn.com/2020/04/01/business/oil-prices-crash-storage-space/index.html

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.