Kenali Franchisee Disebalik Family Mart

Kebelakangan ini rangkaian kedai serbaneka Family Mart semakin popular setelah viral di internet. Kami juga antara peminatnya sebab nak beli air kotak. Kalau tak nak beratur panjang dekat kaunter bayar tu kami syorkan pergi awal-awal pagi.

Bagi yang belum mengenali jenama Family Mart, ia merupakan rangkaian kedai runcit antarabangsa yang berasal dari Jepun dan merupakan kedai serbaneka kedua terbesar di dunia selepas 7-Eleven.

Ia menjual pelbagai barangan kedai runcit Jepun, manga, oden, onigiri, bento dan bermacam lagi.

Setakat ini terdapat 24,243 kedai Family Mart di seluruh dunia di Jepun, Taiwan, China, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

Malaysia baru ada 59 kedai tetapi di Thailand khabarnya dah ada hampir 1,200 kedai Family Mart!

Cawangan pertama di Malaysia dibuka pada 11 November 2016 di Wisma Lim Foo Yong di Bukit Bintang. Antara makanan yang popular ialah soft serve ice cream dan oden panas-panas. Harga pun murah.

Bagi menghormati sensitiviti rakyat Malaysia terhadap makanan halal, Family Mart memastikan perkhidmatan dan pemilihan makanan yang dijual bebas dari bahan yang meragukan. Bagi produk yang diimport dari Jepun, Korea atau Taiwan, ramuan produk akan diperiksa untuk memastikan tiada bahan haram seperti daging babi, lemak babi atau bahan alkohol digunakan. Pelanggan boleh membaca maklumat ramuan mengenai makanan atau minuman sebelum membeli untuk memudahkan mereka.

FamilyMart Malaysia dimiliki oleh QL Resources Bhd dan Maxincome Resources Sdn Bhd. Mereka mempunyai perjanjian selama 20 tahun dengan pemilik franchise, FamilyMart Co Ltd. Menurut Pengerusi QL Resources, Dr Chia Song Kun, mereka bercadang untuk membuka 90 cawangan menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2019. Ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mencapai  sasaran jangka panjang bagi membuka 300 buah kedai dalam tempoh lima tahun perniagaan.

QL Resources Bhd tersenarai di Bursa Malaysia sebagai saham patuh syariah. Ia ditubuhkan pada tahun 1987 diketuai oleh Dr Chia Song Kun selaku Pengerusi Syarikat. Syarikat ini terlibat dalam 3 aktiviti perniagaan berbeza iaitu:

i) Ladang Ternakan Bersepadu, termasuk ladang ternakan, perdagangan makanan dan jenama pengguna. QL mengendalikan salah satu ladang ternakan terbesar di Asia Tenggara, menghasilkan 4.5 juta telur setiap hari dan 40 juta anak ayam berusia setahun.

ii) Pembuatan Produk Marin, yang termasuk pemprosesan surimi iaitu pes makanan yang banyak digunakan dalam makanan proses,  produk berasaskan ikan juga penangkapan ikan laut dalam.

iii) Aktiviti Minyak Sawit, yang merangkumi pengilangan minyak kelapa sawit di Sabah, perladangan dan juga perintis dalam tenaga bersih berasaskan biojisim sawit.

Prestasi Kewangan Tahunan Syarikat

Setakat ini QL berjaya mencatatkan keuntungan konsisten sejak tahun 2012 dan mampu memberikan pulangan dividen setiap tahun kepada pemegang saham.

Financial Year  Revenue  Net  EPS 
31 Mac 2019  816,175            43,862      2.70 
31 Mac 2018 3,263,830     206,236     14.60     
31 Mac 2017  3,012,026     195,924     15.70     
31 Mac 2016  2,852,636     192,016     15.39 
31 Mac 2015  2,704,507    190,847     15.29 
31 Mac 2014  2,457,283       160,429   17.86 
31 Mac 2013  2,147,159    131,893     15.85    
31 Mac 2012  1,946,873    132,088     15.88 

 

Keuntungan Tahunan QL (Kredit: KLSE Screener)
Pemberian Dividen QL (Kredit: malaysiatock.biz)

Siapa Pemegang Saham Utama QL Resources?

Senarai pemegang saham terbesar mereka boleh dilihat di laman web BursaMKTPLC. Macam kenal je nama-nama jerung ni kan?

  1. CBG Holdings Sdn. Bhd
  2. Farsathy Holdings Sdn. Bhd
  3. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  4. Employees Provident Fund (EPF)
  5. Public Mutual Berhad

Harga saham ni boleh berubah-ubah, tapi kalau lihat harga semasa saham QL Resources Berhad dah RM6. Kalau nak jadi pemegang saham mereka maka berapa modal yang diperlukan?

RM6 x 100 unit = RM600 (tidak termasuk kos-kos lain)

Walaupun tak dapat buka franchise FamiyMart tetapi kita boleh jadi sebahagian dari pemilik syarikat, mana lagi best? Kalau syarikat untung mungkin merasa pula dividen. Nak belajar lagi? Jika anda level beginner dalam pelaburan saham patuh syariah, teruskan bacaan anda di sini.

Kredit: Wikipedia, The Star Online


Lokasi Kedai Serbaneka FamilyMart Yang Beroperasi 24 Jam

Family Mart
FAMILYMART
Wisma Lim Foo Yong

FamilyMart Wisma Lim Foo Yong,
Lot G-01, Ground Floor, Wisma Lim Foo Yong, 86, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
24 hours

FAMILYMART
GATEWAY @ KLIA2

Gateway @ KLIA2
L3-12 & 13, Level 3, Gateway @ KLIA 2, KLIA 2, KL International Airport, Jalan KLIA 2/1, 64000, Sepang, Kuala Lumpur
24 hours

FAMILYMART
KLIA 2 Arrivals

FamilyMart KLIA 2 Arrivals
L2-96 & L2-97, Level 2, Gateway@KLIA2, Terminal KLIA2, KL International Airport, Jalan KLIA 2/1, 64000 KLIA Sepang, Selangor
24 hours

FAMILYMART
Subang SS15

FamilyMart Subang SS15
No.20, Jalan SS15/8, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
24 hours

FAMILYMART
Sri Hartamas

FamilyMart Sri Hartamas
28(Ground Floor), Jalan 24/70A, Desa Sri Hartamas, 50480, Kuala Lumpur
24 hours

FAMILYMART
Setia Alam (Prima)

FamilyMart Setia Alam (Prima)
22-1-1, Jalan Setia Prima B U13/B, Sek U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam
24 hours

FAMILYMART
Gombak

FamilyMart Gombak
No 13G (Ground Floor), Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, 68100, Batu Caves Selangor
24 hours

Previous ArticleNext Article

28 Comments

  1. Hi, I am interested to open a branch here in Kedah. Please could I have the contact number as well as the details of the costs?

  2. Saya berminat nak buka franchise Family Mart di Sarawak, Malaysia. Macamana saya nak dapatkan detail dan berapa kah cost franchise?

    1. Saya berminat untuk membuka franchise Family Mart, boleh bantu saya berikan maklumat terperinci mengenainya. Tq

  3. Saya berminat untuk membuka franchaise Family Mart, boleh bantu saya berikan maklumat terperinci mengenainya. tq❤️

  4. Saya berminat untuk membuka franchaise Family Mart, boleh bantu saya berikan maklumat terperinci mengenainya.

    1. Hi..saya berminat nk buka prancais family mart..di area bandar kuantan..berapa modal untuk buka prancais?

    1. Saya berminat untuk join family mart dan bukak cawangan di penang (seberang prai utara).
      Macam mana yer dan berapa modalnye?

  5. Hai saya berminat nak buka cawangan area sabah.. sebab sabah tak ada family mart lagi.. nak contact siapa dan nak tanya modal… Tq..

  6. How can i join a family mart..i plan to run afamily mart shop at Simpang renggam johor

  7. Do you know if the franchise is available to public? If I would like to start business of family mart, how can I reach out QL ?

      1. Hai, may i know the contract francise and info about family mart ?
        I planned to open in kota bharu kelantan as soon as possible

        1. Saya nak buka family mart di bandar Temerloh. Berapa midal yang perlu dan macamana cara nya

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.