‘Melepaskan’ 10% Saham NIKE, Lelaki Ini Mengaku Menyesal

Pernahkah kita melakukan satu kesilapan dalam hidup yang takkan berakhir penyesalannya? Kalau ianya sesuatu yang remeh, mungkin tak begitu terasa sakitnya. Namun, jika salah membuat keputusan yang besar, ia bakal mempengaruhi kehidupan kita pada masa akan datang.

Seorang pemain bola keranjang yang hebat dan terkenal satu ketika dulu adalah Spencer Haywood. Beliau memegang rekod NBA All-Star sebanyak 4 kali dan pernah memenangi pingat emas sukan Olimpik pada tahun 1986. 

Beliau menjadi bualan ramai apabila bermain untuk kelab LA Lakers dan dengarnya pernah berkahwin dengan seorang supermodel yang cantik.

Keputusan Paling Baik Dan Buruk Pernah Dilakukan

Boleh dikatakan menjalani kehidupan yang sangat best, serba lengkap dan dicemburui ramai. Dalam satu temubual, beliau ditanya beberapa soalan.

Apakah keputusan paling baik yang pernah beliau buat?

Spencer Haywood menjawab beliau berjaya berhenti daripada ketagihan kokain yang dihadapinya selama ini.

Kemudian, beliau ditanya pula apakah keputusan buruk yang beliau buat, jawapannya sangat mengejutkan.

Pada suatu ketika Phil Knight, pengasas NIKE pernah datang berunding untuk menawarkan dirinya sebagai duta NIKE. Sebagai balasan beliau boleh memilih untuk mendapatkan USD100,000 atau 10% saham syarikat NIKE. Haywood memilih USD100,000 seperti yang dicadangkan pengurusnya.

Syarikat NIKE Sekarang Bukan Seperti Dulu Lagi

Pada hari ini, NIKE adalah salah sebuah syarikat sukan yang besar, berjenama dan sangat berharga di dunia. Nilai syarikat NIKE dianggarkan dalam $86 bilion USD.  Sememangnya siapa pemegang saham daripada dulu sampai sekarang, turut menjadi bilionaire jika setia dengan syarikat ini.

Seandainya Haywood memilih untuk bekerjasama sebagai pemegang saham 10% Nike, beliau sekarang bernilai $8.6 bilion USD.

Namun apakan daya, kita tak mampu nak meramal masa depan.

Walaupun itu adalah kesilapan terburuk yang pernah beliau lakukan, beliau tidak sesekali membiarkan hal itu mengganggu dirinya. Katanya, “Kesedihan akan memakan anda. Just let it go.”

Orang kita kata, move on! Masih banyak lagi peluang lain di luar sana.

Kesimpulannya, dalam setiap keputusan yang harus kita pilih, fikirkanlah kesan untuk jangka masa pendek dan panjang. Jangan sesekali assume akan kejayaan seseorang atau sesebuah syarikat berdasarkan pandangan kasar kita.

Mana tahu suatu hari nanti, kita pula bakal menjadi bilionaire dengan menjadi pemegang saham syarikat.

Sumber RujukanKisahBenar2U

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Saham vs Sukuk: Mana Lebih Sesuai Untuk Pelabur Baru

Dunia pelaburan pada masa kini semakin berkembang pesat dan menjadi sebahagian penting dalam perancangan kewangan masyarakat, khususnya generasi muda dan pelabur baru. Dengan pelbagai instrumen pelaburan yang tersedia, dua pilihan utama yang sering menjadi pertimbangan ialah saham dan sukuk. Kedua-duanya menawarkan peluang keuntungan, namun berbeza dari segi struktur, risiko, pulangan dan kesesuaian terhadap tahap pengalaman pelabur.

Bagi pelabur baru, pemilihan instrumen pelaburan yang sesuai amat penting kerana ia mempengaruhi kestabilan kewangan jangka panjang. Oleh itu, pemahaman yang jelas tentang perbezaan antara saham dan sukuk, kaedah pembelian serta risiko yang terlibat adalah keperluan asas sebelum membuat keputusan pelaburan

Apakah itu Saham dan Sukuk?

1. Saham: Pemilikan dalam Syarikat Saham merupakan instrumen yang mewakili pegangan hak milik dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda secara rasminya menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Keuntungan pelaburan saham biasanya datang daripada dua sumber utama: kenaikan harga saham (keuntungan modal) dan pembahagian keuntungan syarikat kepada pemegang saham (dividen).

2. Sukuk: pula ialah instrumen pelaburan Islam yang menyerupai bon tetapi mematuhi prinsip Syariah. Ia tidak melibatkan faedah (riba), sebaliknya berasaskan pemilikan terhadap aset atau projek sebenar yang menjana keuntungan. Pelabur sukuk memperoleh pulangan dalam bentuk hasil keuntungan daripada aktiviti perniagaan atau sewaan aset, bukan faedah pinjaman.

Sukuk lazimnya menawarkan pulangan yang lebih stabil dan dapat diramal, menjadikannya sesuai bagi pelabur yang mengutamakan keselamatan modal.

Perbandingan Antara Saham dan Sukuk

Dari sudut pulangan, saham berpotensi memberikan keuntungan yang lebih tinggi, namun turut terdedah kepada turun naik pasaran yang ketara. Sukuk pula menawarkan pulangan yang lebih sederhana tetapi stabil.

Dari segi risiko, saham mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana nilainya bergantung kepada prestasi syarikat dan keadaan pasaran. Sukuk lebih terlindung kerana disokong oleh aset sebenar.

Dari segi kesesuaian, saham sesuai untuk pelabur yang sanggup menerima risiko demi pulangan jangka panjang. Sukuk lebih sesuai untuk pelabur baru yang mengutamakan kestabilan dan perlindungan modal.

Platform Pelaburan untuk Pelabur Baru

Pada masa kini, teknologi memudahkan pelabur baru untuk mengakses pasaran modal hanya melalui telefon pintar. Berikut adalah platform utama yang boleh digunakan di Malaysia:

Platform Membeli Saham: Untuk membeli saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, anda perlu membuka akaun Sistem Deposit Pusat (CDS).

  • Rakuten Trade: Platform digital sepenuhnya yang popular dalam kalangan anak muda kerana kadar komisen yang rendah dan antara muka yang mudah digunakan.
  • Moomoo Malaysia: Aplikasi pelaburan global yang baru memasuki pasaran tempatan dengan menyediakan data pasaran yang sangat terperinci dan alat analisis teknikal yang canggih.
  • Aplikasi Perbankan Tempatan: Bank-bank seperti Maybank (Maybank Trade) dan CIMB (CGS International) juga menyediakan platform dagangan saham yang stabil.

Rakuten menawarkan kadar komisen yang murah di Malaysia:

Moomoo juga menyediakan data:

Platform Membeli Sukuk: Sukuk kini tidak lagi terhad kepada pelabur institusi yang bermodal besar. Pelabur runcit boleh mengakses sukuk melalui:

  • Wahed Invest: Aplikasi pelaburan mikro yang melaburkan wang anda ke dalam dana unit amanah yang mengandungi sukuk dan instrumen pasaran wang lain.
  • FSMOne: Platform yang membolehkan pelabur runcit membeli sukuk korporat atau bon dengan nilai ambang yang lebih rendah.
  • Sukuk Simpanan Rakyat (Negara): Biasanya ditawarkan melalui bank-bank tempatan semasa tempoh tawaran dilancarkan oleh kerajaan Malaysia.

Wahed menyediakan pembelian sukuk:

Strategi Praktikal untuk Pelabur Baru

Bagi individu yang baru bermula, menggabungkan kedua-dua instrumen ini dalam satu portfolio adalah langkah yang bijak. Langkah praktikal yang boleh diambil termasuk:

  • Kepelbagaian :Jangan letakkan semua wang anda dalam satu saham atau satu sukuk sahaja. Agihkan modal untuk mengurangkan impak kerugian jika salah satu pelaburan merosot.
  • Gunakan Modal Kecil: Mulakan dengan modal yang anda sanggup hilang.
  • Pendidikan Berterusan: Sebelum membeli, baca laporan tahunan syarikat (untuk saham) atau prospektus (untuk sukuk). Fahami model perniagaan syarikat tersebut.
  • Pembahagian:Contoh awak meletakkan 40% untuk sukuk 60% untuk pelaburan bagi memastikan keterjaminan duit itu lebih tinggi

Secara keseluruhannya, tiada jawapan mutlak tentang mana yang “lebih baik” antara saham dan sukuk. Ia bergantung sepenuhnya kepada profil risiko anda. Saham adalah instrumen yang sangat sesuai untuk mereka yang mengejar pertumbuhan kekayaan jangka panjang dan sanggup berhadapan dengan turun naik harga yang ekstrem. Manakala sukuk adalah pilihan terbaik bagi pelabur yang mementingkan kestabilan modal dan aliran pendapatan berkala yang tetap.

Bagi pelabur baru, memahami mekanisme kedua-dua instrumen ini adalah kunci utama untuk membina portfolio pelaburan yang holistik dan berdaya tahan. Dengan gabungan pemilihan platform digital yang tepat serta pengurusan risiko yang berdisiplin, pelaburan ini bukan sahaja menjanjikan pulangan kompetitif, malah menjamin kesejahteraan kewangan pada masa akan datang.

Nota: Artikel ini merupakan hasil sumbangan daripada Muhammad Ihsan Afsar Bin Jamil dan Prof.Dr.Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, Universiti Sains Islam Malaysia