Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Nak jadi remisier ni sebenarnya senang. Anda hanya perlu lulus dua peperiksaan:

  1. Modul 6
  2. Modul 7

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysaian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 14 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier Ni

Bukan semua orang ya boleh jadi remisier, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi seperti berikut:

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 25 – fail PDF

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 40 – fail PDF

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 42 – fail PDF

Nak jadi seorang remisier, ada beberapa syarat yang dikenakan seperti:

  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Mempunyai diploma atau degree
  • Lulus Modul 6 dan 7, atau Modul 6 & 18, atau Modul 7 & 17, atau Modul 17 & 18

Nak Jadi Remisier Kena Lulus Modul 6 Dan Modul 7

Tapi kebanyakan remisier biasanya akan mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tapi apakah Modul 6 dan Modul 7 ni?

Module 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Sumber: SIDC

Perlu hadir kursus selama 2.5 hari di SC dengan yuran sebanyak RM954.

Module 7 Financial Statement Analysis And Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Sumber: SIDC

Sama juga, perlu kursus selama 2.5 hari di SC dengan yuran sebanyak RM954.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Sekarang dah faham apa yang dipelajari setelah menghadiri kelas seminggu lamanya, kini masa untuk ambil peperiksaan pula:

Sumber: SIDC

Kedua-dua Modul 6 & Modul 7 ada 60 soalan yang perlu disiapkan dalam masa 90 minit. Dengan passing mark sebanyak 60%, ini bermakna anda perlu dapat sekurang-kurangnya 36 betul. Soalan adalah berbentuk objektif, dengan pelbagai pilihan jawapan (multiple choice) untuk kita menjawabnya.

Sumber: SIDC

Pertama kali ambil peperiksaan, kita perlu bayar RM200. Kalau gagal dan mahu ambil peperiksaan lagi sekali, perlu bayar RM100 untuk mendudukinya semula.

Boleh Ambil Exam Olok-Olok Dulu

Dah pergi kelas, dah bayar yuran peperiksaan, apa kata kita ambil dulu peperiksaan olok-olok. Dapat juga merasai debaran soalan, dan bagaimana untuk menjawab soalan tersebut.

Bolehlah ke laman web SIDC dan ambil COMPUTER-BASED EXAMINATION MOCK-UP.

Dan kalau nak tahu, Modul 6 senang sikit nak lulus kalau berdasarkan passing rate berikut:

Sumber: SIDC – fail PDF

Dah tahu Modul 7 susah sikit, jadi kena beri tumpuan lebih semasa hadiri kelas dan bertenang sewaktu mengambil peperiksaan.

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kini Anda Boleh Melabur Saham-Saham di Indonesia Terus Dari Malaysia

Pasaran saham Indonesia (Indonesia Stock Exchange – IDX) semakin mendapat perhatian pelabur serantau, termasuk dari Malaysia. Dengan ekonomi yang pesat berkembang dan populasi melebihi 270 juta orang, Indonesia menawarkan peluang pelaburan yang besar khususnya dalam sektor pengguna, perbankan, infrastruktur dan teknologi.

Kini, pelabur Malaysia boleh meneroka potensi tersebut dengan mudah melalui platform CGS iTrade, yang menawarkan akses terus ke pasaran saham Indonesia.

1. Sokongan Dagangan Saham Indonesia di CGS iTrade

Platform CGS iTrade menyokong pembelian dan penjualan saham di Indonesia Stock Exchange (IDX).
Semasa membuka akaun, pastikan anda menanda pilihan “Cross Border” bagi mengaktifkan akses ke pasaran luar negara.

Untuk klien sedia ada, anda boleh menyemak senarai pasaran yang tersedia dengan klik pada tab “Exchange” di platform. Jika belum aktif, hubungi Dealer atau Remisier untuk mengaktifkan fungsi Cross Border Trading.

2. Akaun & Dokumen Diperlukan

Tiada akaun tambahan atau dokumen khas diperlukan untuk melabur di pasaran Indonesia.
Hanya pastikan anda memilih opsyen Cross Border semasa membuka akaun secara dalam talian.
Untuk pelanggan sedia ada, aktifkan akses melalui Dealer / Remisier.

3. Kadar Komisen & Brokerage Fee IDX

Kadar brokerage online:

  • Nilai kontrak di bawah RM100,000 → 0.60%
  • Nilai kontrak di atas RM100,000 → 0.50%
  • Brokerage minimum: IDR185,000

Kadar brokerage offline:

  • Semua nilai kontrak → 0.70%
  • Brokerage minimum: IDR200,000

4. Caj Tambahan Lain

Selain brokerage, terdapat beberapa caj tambahan seperti berikut:

Jenis CajKadar / Amaun
Bank ChargesRM20 (Beli sahaja)
Malaysian Contract Stamp0.10% (Maksimum RM1000/200)
Trading Levy0.0433%
Value Added Tax (VAT)0.0055%
Withholding Tax (Jual sahaja)0.1%

5. Dividen Saham Indonesia

Dividen yang diterima daripada saham IDX akan dikenakan agent fee & handling fee.
Untuk pasaran Indonesia, caj yang dikenakan ialah SGD10. Perlu diingat, dividen luar negara juga tertakluk kepada cukai pegangan (withholding tax) oleh kerajaan Indonesia.

6. Status Saham Patuh Syariah

Bagi pelabur yang menitikberatkan aspek pelaburan patuh Syariah, anda boleh semak status terus di platform iTrade. Saham yang patuh Syariah akan dipaparkan dengan simbol “SYR” di bawah ruangan Category.

7. Data Pasaran IDX

Platform CGS iTrade menawarkan data harga pasaran IDX tertangguh selama 15 minit. Walaupun bukan real-time, ia masih mencukupi untuk pelabur runcit membuat keputusan berdasarkan pergerakan harga jangka sederhana.

8. Deposit Minimum

Tiada had deposit minimum ditetapkan untuk melabur di pasaran luar negara, termasuk IDX. Ini memberi peluang kepada pelabur baru untuk mula dengan modal kecil.

9. Pengeluaran & Pertukaran Mata Wang

Apabila menjual saham, anda boleh pilih untuk menerima hasil jualan (sales proceed) dalam:

  • MYR, atau
  • IDR, dengan memilih Settlement Currency: IDR.

Jika anda memilih IDR, baki tersebut akan disimpan dalam trust account dan boleh digunakan semula untuk pembelian saham di IDX.

Untuk pengeluaran, Dealer / Remisier akan bantu lakukan penukaran IDR kepada MYR.
Waktu pemprosesan (cut-off time conversion) ialah sebelum jam 11 pagi.

10. Tempoh Penyelesaian Urusniaga (Settlement)

Tempoh penyelesaian transaksi di IDX adalah T+2, iaitu dua hari bekerja selepas tarikh dagangan.

Kelebihan Melabur di Pasaran Saham Indonesia (IDX)

Melabur di pasaran luar negara bukan sekadar peluang keuntungan, tetapi juga strategi penting untuk pelbagaikan portfolio. Berikut beberapa sebab kenapa pasaran Indonesia patut dipertimbangkan oleh pelabur Malaysia:

1. Ekonomi Kedua Terbesar di ASEAN

Indonesia merupakan ekonomi kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura, dan dijangka menjadi antara ekonomi ke-10 terbesar dunia menjelang 2030. Ini menjadikan pasaran sahamnya sangat dinamik dan berkembang.

2. Populasi Muda & Pasaran Pengguna Besar

Dengan lebih 270 juta penduduk dan majoriti berusia bawah 35 tahun, Indonesia menawarkan potensi pertumbuhan besar untuk sektor pengguna, runcit, makanan dan teknologi.

3. Akses Kepada Syarikat Berkualiti

IDX menempatkan banyak syarikat kukuh seperti Telkom Indonesia, Unilever Indonesia dan Pertamina Geothermal Energy.

4. Diversifikasi Portfolio

Melabur di IDX membantu pelabur Malaysia mengurangkan risiko pasaran tempatan. Apabila pasaran Malaysia perlahan, pasaran Indonesia yang aktif boleh menampung prestasi portfolio keseluruhan.

5. Potensi Pulangan Dividen & Pertumbuhan Modal

Beberapa syarikat di IDX menawarkan kadar dividen menarik dan berpotensi untuk pertumbuhan jangka panjang selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Jadi, melalui CGS iTrade, pelabur kini boleh mengembangkan portfolio ke luar negara dengan mudah termasuk pasaran saham Indonesia yang sedang meningkat naik. Dengan proses pendaftaran yang ringkas, kadar brokerage yang kompetitif dan pilihan pelaburan yang luas, inilah masa sesuai untuk meneroka peluang baharu di rantau ASEAN.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.