QSR Tak Jadi Nak IPO, Melepas Nak Jadi Pemegang Saham Syarikat KFC dan Pizza Hut

KUALA LUMPUR: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) menangguhkan penyenaraian semulanya di Bursa Malaysia yang dijangka mampu menjana sehingga AS$500 juta (RM2.05 bilion) berikutan pelabur berpotensi mempersoalkan penilaiannya, kata sumber kepada Reuters.

Ia sebelum ini dilaporkan melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada pertengahan tahun ini.

Sumber berkata, penangguhan itu disebabkan jangkaan untuknya menggandakan pendapatan sebanyak 25 kali tidak dapat dicapai, selain impak pasaran yang lembap.

Pengendali restoran makanan popular Kentucky Fried Chicken (KFC) itu pada Oktober tahun lalu, memfailkan draf prospektus cadangan penyenaraian semula sahamnya di Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mana menawarkan 1.465 bilion saham untuk dijual dalam IPO, termasuk terbitan awam 70 juta saham baharu QSR Brands.

Rancangan penyenaraian QSR Brands pengeluar produk ternakan, Leong Hup International Bhd sebelum ini dijangka dapat membantu memulihkan pasaran utama yang lemah.

Penyenaraian IPO terbabit yang ditangguhkan tahun lalu berikutan kelemahan pasaran, dijangka mampu menjana nilai sehingga AS$900 juta (RM3.7 bilion).

Jumlah penjanaan dana dari IPO di Malaysia merosot kepada AS$170 juta (RM692.92 juta pada 2018), terendah dalam tempoh 20 tahun, berbanding dengan AS$1.8 bilion (RM7.34 bilion) yang direkodkan pada 2017, demikian menurut data Refinitiv.

Saham tempatan terkesan pada Mei selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih pemerintahan kerajaan menerusi pilihan raya umum, selepas enam dekad.

Situasi itu mewujudkan ketidakpastian mengenai dasar kerajaan yang baharu dan indeks saham jatuh enam peratus tahun lalu, sejajar dengan pasaran serantau.

Sumber: BH Online

Banyak Lagi Potensi IPO Bagi Tahun 2019

Ada yang tak tahu apa maksud IPO ni? Ianya merupakan terbitan syer yang baru diwujudkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam pada harga tawaran yang dipersetujui. Maknanya sebelum saham sesuatu syarikat boleh dibeli di pasaran saham, kena melalui proses IPO terlebih dahulu. Nak tahu lebih lanjut pasal IPO, jemput baca Jom Berkenalan Dengan IPO.

Setakat tahun 2019, terdapat dua IPO baru yang telah disenaraikan:

Manakala IPO yang bakal disenaraikan pada tahun 2019 adalah:

Bila QSR ni tak jadi IPO, boleh standby untuk IPO yang lain. Tapi betul ke orang kata beli IPO ni konfem untung? Jemput baca Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.