Saham Asyik Rugi, Belajar Dari Kebodohan Kami

Dalam hidup, kita diberi pilihan sama ada nak bermula dengan belajar dari pengalaman orang lain atau langgar dinding dahulu kemudian baru mula belajar.

Kali ini kami ingin berkongsi tentang virus FOMO.

FOMO merupakan singkatan kepada ‘Fear of Missing Out’ iaitu perasaan takut atau cemas apabila ketinggalan.

Misalnya, apabila muncul satu isu viral di media sosial, kita tertanya-tanya isu apa yang panas dan sedang trending tu. Rasa takut tu tiba-tiba datang. Takut-takut kawan kita semua bersembang pasal isu itu, kita pula tak tahu apa-apa. Dalam situasi ini, kita menjadi FOMO, lalu kita terus siasat.

Bila dah berjaya dapat tahu cepat-cepat kongsikan di media sosial kita. Terus rasa lega dan puas. Yes, itulah tanda kejayaan.

Dalam pelaburan saham pula, FOMO ni datang sebab takut kita seorang saja tak untung sedangkan ramai yang lain sedang untung.

Tahun 2020 telah menyaksikan prestasi saham-saham di Bursa Malaysia naik luar biasa (masih ingat rally saham-saham Glove?). Baca Top Glove Beri Dividen 10 Sen Dan ‘Capital Gain’ 400% Bagi Tahun 2020

Media sosial pula telah memudahkan kita melihat kawan-kawan lain berkongsi “untung besar dalam saham”.

Kesan positifnya, semakin ramai yang mula mengambil tahu tentang peluang meraih pulangan yang baik di pasaran saham Bursa Malaysia.

Jadi, macam mana boleh pelabur newbie boleh mendapat penyakit FOMO ni?

FOMO ini biasanya menjangkiti mereka yang follow group-group buy call. Cuba tengok dalam smartphone masing-masing, berapa banyak group saham yang kita join? Tak cukup group saham dalam WhatsApp, kita masuk pula group-group saham dalam Telegram.

Manusia cenderung mempercayai sesuatu perkara berdasarkan kepada kepercayaan orang ramai. Dalam erti kata lain, kita terikut-ikut dengan tindakan dan kepercayaan orang lain.

Baca lagi 12 Jenis ‘Bias’ Dalam Menganalisa Pasaran

Bila masuk belajar kelas saham, kita faham semua yang diajar. FA dan TA pun boleh dibawa bersembang. Kita patuh pesan cikgu buat trading plan.

Tetapi realitinya bila nak trade, ada saja saham yang terbang entah dari mana datang. Kawan dalam group pula semuanya berkompang. Kita tewas, tinggalkan segala perancangan asal. Kita ikut sama beli. Kesudahannya kawan tadi untung, kita rugi.

Antara tanda-tanda virus ini menjadi mutasi, adalah bila beli saham A, seminit harga dia tak naik, terus jual. Beli pula saham B, harga turun satu bid, terus jual.

Sekejap nak intraday, sekejap nak BTST, bukan sebab kita rancang dari awal tetapi sebab FOMO.

Kadang-kadang dalam sehari kalut beli sampai 6 – 7 saham tapi tiada hasil. Duit duk habis bayar brokerage fee.

Kita rasa tertipu, bodoh, marah dan gagal.

Sesungguhnya pasaran saham tidak bersalah. Kita yang gagal mengawal emosi.

Baca Pulangan 11% Walaupun Ketika Pasaran Saham Macam Roller Coaster

Apa Nak Buat?

Anda tidak keseorangan. Kami pun pernah mengalami benda yang sama. Penyakit ini perlu dirawat.

Ada yang menjadikan pasaran saham sebagai sumber pendapatan utama. Bak kata omputeh, full time trader.

Ada juga yang ada kerja hakiki dan hanya masuk pasaran saham bila ada masa lapang. Omputeh kata swing trader.

Pak Teh sendiri memang dari dulu menjadikan pelaburan saham sebagai lubuk mendapatkan ‘duit bonus’. Bila ada masa baru masuk, dan tak tengok pasaran saham hari-hari. Tak sempat tengok Bursa Malaysia, boleh layan pasaran Wall Street.

Tak kiralah full time atau part time, benda ini memerlukan masa. Jadi, berikanlah masa kepada diri sendiri untuk menjadi mahir. Ilmu buat duit dari pasaran saham bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikuasai.

Jangan susah hati sangat jika masa mula-mula tu belum berjaya untung. Dan ini juga punca kenapa tak ramai yang boleh berjaya sebab mereka give up cepat sangat bila tahun pertama-kedua tak nampak hasil.

Ramai bukti hidup yang Pak Teh kenal telah berjaya buat.
(berjaya di sini bermaksud konsisten untung melebihi rugi dan kekal hidup dengan tenang).

Ok, berbalik kepada cara merawat atau mengawal penyakit FOMO. Ini juga mungkin tidak akan hilang sekelip mata. Boleh cuba langkah-langkah seperti berikut:

  1. Behenti menyalahkan orang lain
  2. Akui kesilapan kita yang gagal mengawal emosi
  3. Left semua group buy call
  4. Left semua group buy call
  5. Left semua group buy call (semakin banyak group, semakin jauh fokus terabai)
  6. Kembali buat paper trade
  7. Hanya beli saham semasa emosi tenang
  8. Ikut trading plan. Gunakan fungsi stop limit dekat trading platform. Baca lagi Senarai Trading Platform Yang Ada Fungsi “Stop Loss”

Kami doakan semoga anda yang sedang menghadapi masalah ini segera menemui ketenangan.

Bak kata guru Pak Teh, biar terlepas peluang, jangan hilang wang. Tarik nafas panjang-panjang, teruskan usaha, doa dan tawakal.

Previous ArticleNext Article

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun: Cerita IPO RNG Tech

Sumber : https://restngo.com.my/

Syarikat di sebalik jenama ‘Rest N Go’, RNG Tech Berhad, kini bersedia untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Menurut laporan daripada The Edge dan Bernama, RNG Tech telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia untuk penyenaraian awam awal (IPO).

RNG Tech mengendalikan rangkaian terbesar kerusi urut automatik di Malaysia di bawah jenama ‘Rest N Go’. Walaupun ramai yang anggap kerusi urut ini nampak jarang digunakan, model perniagaan mereka sebenarnya menghasilkan pendapatan yang konsisten dan margin keuntungan yang tinggi.

Para suami mesti biasa nampak kerusi urut “Rest N Go” ni dekat mall. Port wajib bila isteri tengah shopping 3 jam. RM10 untuk 10 minit. Kadang-kadang baru nak lena, isteri dah call: “Abang, tolong pegang beg kejap.”

3,033 Kerusi Urut, RM40 Juta Setahun

RNG Tech mengendalikan 3,033 kerusi urut automatik di seluruh Malaysia, dari pusat beli-belah hingga lapangan terbang. Setiap kerusi nampak tak sibuk, tapi secara purata hasilkan kira-kira RM36 sehari bersamaan lebih kurang 36 minit penggunaan sehari.

Kalau dikumpul semua, hasil keseluruhan cecah RM40.3 juta setahun, dengan margin untung bersih 36%. Maknanya setiap RM100, syarikat untung RM36.

Kenapa RNG Tech Nak IPO?

Secara ringkasnya, dana akan digunakan untuk :

  • Menambah lagi kerusi urut baharu di lokasi strategik : R&R, lapangan terbang, hospital dan universiti.
  • Modal kerja untuk menyokong pertumbuhan, penyelenggaraan, deposit sewaan tapak, dan operasi.
  • Menaik taraf sistem pengurusan mesin (MRS & SPI) supaya proses kutipan, penyelenggaraan dan data lebih automatik.
  • Pembayaran balik pinjaman / kurangkan liabiliti bagi memperkemas struktur kewangan.
  • Membina kredibiliti & jenama antarabangsa — sebab penyenaraian IPO beri kepercayaan pada rakan niaga dan pelabur asing.

Bisnes Skala, Bukan Sekadar Satu Kerusi

Model bisnes RNG Tech bukan bergantung pada satu lokasi. Ia bergantung pada kuantiti dan capaian. Walaupun setiap kerusi tak digunakan lama, syarikat masih boleh buat untung sebab ribuan kerusi beroperasi secara serentak. Sama konsep macam vending machine atau ATM. Setiap satu sumbang sedikit, tapi bila dikali beribu unit, jumlahnya menjadi luar biasa.

Kesimpulan: Bisnes Senyap, Duit Banyak

Kadang-kadang bisnes yang nampak kecil, senyap atau ‘tak glamor’ inilah yang kukuh. Tak perlu hype, tak perlu viral. Cukup dengan model automatik, margin tinggi dan aliran tunai stabil.

Kerusi urut ni nampak kosong dari jauh, tapi dalam senyap… dia tengah buat duit.

Baca lagi prospektus RNG Tech di laman web Bursa Malaysia.

Bila boleh mohon IPO RNG? Buat masa ini, RNG Tech telah memfailkan prospektus exposure untuk penyenaraian di Pasaran ACE. Tarikh rasmi belum diumumkan.

Penafian (Disclaimer) : Maklumat dalam artikel ini bertujuan untuk pendidikan umum dan bukan nasihat pelaburan. Semua angka (contoh: hasil, margin, bilangan kerusi) adalah berdasarkan dokumen prospektus dan laporan media yang diyakini dan boleh berubah dari semasa ke semasa. MajalahLabur dan penulis tidak menerima sebarang imbuhan/penajaan untuk artikel ini dan tidak mempunyai kepentingan langsung dalam sekuriti yang disebut, melainkan dinyatakan.