Solarvest Dilantik Untuk Pembangunan Projek Solar LSS Petra 5+ 36MWac Di Perlis

Kuala Lumpur – Penyedia penyelesaian tenaga bersih serantau, Solarvest Holdings Berhad (“Solarvest” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penglibatannya dalam pembangunan projek solar 36 MWac di bawah Program Solar Berskala Besar Kelima Malaysia (“LSS5+”) dengan kerjasama Jubli Pasifik Sdn. Bhd. (“Jubli Pasifik”).

Kumpulan hari ini menandatangani Kontrak Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (“EPCC”) dengan Jubli Pasifik, bernilai RM89.5 juta. Di bawah perjanjian tersebut, Solarvest dilantik sebagai rakan EPCC turnkey bagi projek LSS5+ 36MWac yang terletak di Kangar, Perlis.

Ladang solar ini akan menggabungkan modul fotovoltaik N-Type Tier Satu berkecekapan tinggi bersama teknologi inverter bertaraf dunia, direka untuk memaksimumkan hasil tenaga dan kecekapan operasi. Dengan memanfaatkan reka bentuk kejuruteraan maju dan pengoptimuman sistem, termasuk pemodelan hasil terperinci dan konfigurasi sistem yang disesuaikan dengan keadaan iklim tropika Malaysia bagi memastikan prestasi optimum serta kebolehpercayaan jangka panjang.

Projek ini akan dilaksanakan oleh pasukan pemasang Solarvest yang terlatih dan diperakui, mematuhi piawaian kejuruteraan yang ketat serta protokol pemasangan bagi mengekalkan tahap kualiti pembinaan dan keselamatan operasi yang tinggi, disokong oleh proses pengurusan projek yang berdisiplin untuk memastikan integriti sistem sepanjang kitar hayat pemasangan.

Dijadualkan mencapai operasi komersial pada 26 Februari 2028, projek ini dijangka menjana kira-kira 68,550 MWh tenaga bersih setiap tahun dan mengurangkan sekitar 53,058 tan pelepasan karbon dioksida setiap tahun, sekali gus menyumbang kepada sasaran tenaga boleh diperbaharui Malaysia dan usaha penyahkarbonan.

Selepas pentauliahan, operasi loji LSS5+ ini akan disokong oleh sistem pemantauan pintar berasaskan AI serta analitik prestasi digital, membolehkan keterlihatan sistem secara masa nyata dan pandangan operasi ramalan. Platform pemantauan ini dilengkapi mekanisme amaran automatik yang membolehkan pengesanan awal anomali, tindak balas pantas terhadap isu operasi serta intervensi penyelenggaraan proaktif bagi meminimumkan masa henti. Ini membantu mengoptimumkan prestasi dan kebolehpercayaan sistem jangka panjang, memastikan penjanaan tenaga yang stabil sepanjang jangka hayat operasi projek yang dijangka antara 20 hingga 25 tahun, sambil memaksimumkan output tenaga bersih.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Dato’ Davis Chong Chun Shiong (张俊雄) berkata, “Ketika Asia Tenggara mempercepatkan peralihan ke arah tenaga bersih, peranan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui berteraskan teknologi akan menjadi semakin kritikal dalam membentuk masa depan tenaga yang lebih mampan. Di Solarvest, kami komited untuk memajukan penyelesaian tenaga bersih yang inovatif dengan menggabungkan teknologi solar berkecekapan tinggi, kecerdasan digital dan sistem tenaga bersepadu.

Ke hadapan, kami melihat peluang yang kukuh untuk mengintegrasikan teknologi baharu seperti penyimpanan tenaga bateri, pengoptimuman prestasi berasaskan AI dan sistem pengurusan tenaga generasi seterusnya bagi menyokong peralihan Malaysia ke arah ekosistem tenaga yang lebih pintar dan berdaya tahan.”

Projek ini terus mengukuhkan buku pesanan Solarvest yang semakin berkembang, sekali gus memperkukuh trajektori pertumbuhan yang kini mencecah RM1.6 bilion. Melangkah ke hadapan, Solarvest akan terus memacu sektor tenaga boleh diperbaharui Malaysia dengan memanfaatkan kepakaran teknikal dan kecemerlangan operasi bagi mempromosikan pertumbuhan mampan serta memberikan manfaat bermakna kepada komuniti, ekonomi dan alam sekitar.

Previous ArticleNext Article

Peluang Kenaikan Nilai Berasaskan Tadbir Urus Di Rantau ASEAN

Pasaran-pasaran ekuiti di rantau ASEAN berpeluang menyaksikan pertumbuhan penilaian jangka panjang apabila usaha reformasi tadbir urus semakin rancak dan premium-premium risiko mereda.

Peningkatan tahap kebertanggungjawaban lembaga, peruntukan modal yang berhemat, dan perlindungan untuk pemegang saham minoriti sepatutnya mengurangkan penurunan penilaian yang berkait dengan hal tadbir urus. Faktor-faktor ini menyokong 15 ilham pelaburan kami bagi kenaikan nilai berpandukan tadbir urus buat saham-saham di seluruh rantau.

Daripada saringan ke pilihan saham: 15 ilham pelaburan berdasarkan data terkini

Kami membuat saringan terhadap ruang lingkup kajian kami demi mencari syarikatsyarikat yang memiliki profil tadbir urus yang kukuh (saham dengan markah Tadbir Urus (tonggak “G”) ≥3.6), dan membandingkannya dengan ROE dan P/BV mereka bagi menilai potensi kenaikan nilai berasaskan tadbir urus. Menerusi data terkini yang ada (setakat Dis 2025) dan melengkapkan saringan dengan analisis secara bawah ke atas, kami mengenal pasti 15 ilham pelaburan yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

Keyakinan kami bahawa tadbir urus ialah pemacu menyeluruh untuk pulangan mampan sudah lama menjadi pegangan

Pada Okt 2020, laporan tematik ESG sulung kami bertajuk Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus : Membayangkan Masa Depan Lebih Baik menyatakan tadbir urus merupakan tonggak ESG paling berimpak terhadap harga saham, dengan bukti berasaskan tinjauan menunjukkan yang ia mempengaruhi 78% daripada keputusan harga saham. Kami juga ambil maklum bahawa markah ESG yang lebih baik, khususnya untuk tadbir urus, berhubung kait dengan ROE yang lebih kukuh.

Hal ini menepati Prinsip-Prinsip Tadbir Urus Korporat OECD (2025), yang merangka amalan-amalan terbaik dalam lima bidang – struktur pemilikan, komposisi lembaga, pelaporan, insentif dan etika perniagaan – dan merupakan asas kepada laporan kami pada Okt 2025 bertajuk Wanita Dalam Lembaga Pengarah: Merungkai Nilai Firma, yang meletakkan kepelbagaian jantina sebagai unsur tadbir urus yang mengukuhkan pemantauan lembaga, disiplin risiko dan penciptaan nilai dalam jangka panjang

ASEAN melangkah masuk ke fasa peningkatan nilai berpandukan tadbir urus, menyerupai Jepun dan Korea Selatan

Di sana,tumpuan reformasi dialihkan daripada pematuhan kepada disiplin modal, ROE yang lebih kukuh, dan kenaikan penilaian. Reformasi kod tadbir urus dan pertukaran saham Jepun, dan Program Peningkatan Nilai Korporat 2024 oleh Korea Selatan, telah mendesak syarikat-syarikat dengan nilai P/BV yang rendah untuk menambah baik peruntukan modal, bayaran dividen, pendedahan makluman dan keberkesanan lembaga pengarah. Singapura, Malaysia, dan Indonesia kini dilihat mula bergerak ke arah pemantauan berkait dengan prestasi dan perlindungan lebih teguh untuk pelabur-pelabur minoriti.

Program Peningkatan Nilai MY oleh Malaysia

Memberikan sokongan dasar secara langsung, lantas mengukuhkan lagi hujah kami. Ia mengaitkan prinsip tadbir urus dengan lebih jelas kepada penciptaan nilai, prestasi yang boleh diukur, serta kebertanggungjawapan lembaga pengarah – dengan matlamat yang dinyatakan untuk meningkatkan kebolehlihatan syarikat tersenarai awam yang bermutu dan menjadi pemangkin buat kenaikan nilai sekiranya wajar

Reformasi tadbir urus sebagai pemangkin nilai.

Apabila standard ASEAN bertambah baik, pengamal tadbir urus yang baik patut meraih manfaat daripada peruntukan modal lebih baik, kunci kira-kira lebih kukuh, ROE lebih teguh dan kos ekuiti lebih rendah. Hal ini menyokong hujah kami bahawa tadbir urus yang lebih baik dapat menaikkan P/BV dengan meningkatkan ROE dan mengurangkan pulangan minimum.

Dapatan Kami

Pandangan Kami

Tadbir Urus, ROE Dan Saringan Penilaian

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected]), dan Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.