Elakkan 5 Perkara Ini Semasa Nak Ambil Takaful

Hidup ini penuh dengan ketidakpastian. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Adakah esok kita masih akan sihat dan bernyawa?

Disebabkan itulah, ramai yang semakin sedar akan kepentingan untuk memiliki takaful agar keluarga mereka tidak akan dibebani beban kewangan setelah mereka tiada kelak.

Tetapi, dalam memilih pelan takaful, anda perlu peka kepada perkara-perkara berikut supaya polisi yang dipilih benar-benar tepat untuk keperluan anda.

1. Tidak Memahami Jenis-Jenis Takaful

Tahukah anda? Sebenarnya terdapat beberapa jenis takaful yang ada iaitu:

  • Takaful Keluarga
  • Takaful Perubatan
  • Takaful Simpanan dan Pelaburan
  • Hibah

Setiap pelan ini menawarkan manfaat yang berbeza-beza seperti jumlah perlindungan, nilai simpanan dan sebagainya. Amat penting untuk anda mengetahui setiap perbezaan yang ada supaya ianya sesuai dengan keperluan serta situasi semasa anda.

Ini sekaligus dapat menjimatkan wang anda daripada membayar untuk sesuatu ciri yang tidak perlu.

2. Matlamat Yang Tidak Jelas

Ada orang yang mengambil takaful kerana ingin melindungi keluarga tersayang dengan meninggalkan sedikit harta, ada yang ingin menjadikan ianya sebagai satu pelaburan, sebagai satu cara simpanan paksa dan sebagainya.

Anda perlu tahu sebab utama anda ingin mengambil takaful tersebut, barulah anda boleh memilih pelan yang sesuai dengan kehendak.

3. Beranggapan Ianya Mahal Serta Rumit

Mengikut statistik, hanya 15% rakyat Malaysia yang mempunyai perlindungan Takaful. Alasan utama tidak memilikinya adalah kerana ianya mahal serta rumit.

Ada juga yang beranggapan perlindungan takaful adalah tidak penting. Tetapi perkembangan teknologi komunikasi telah memudahkan segalanya.

Kita kita boleh melanggan pelan takaful secara online dengan harga yang lebih murah. Tapi pastikan anda ada ilmu dan betul-betul tahu apa yang diperlukan.

4. Premium Yang Lebih Tinggi Adalah Lebih Baik

Sebenarnya takaful yang terbaik adalah bergantung kepada keperluan peribadi anda. Jika anda ingin membandingkan harga, bandingkan mengikut apa yang anda perlukan.

Buat apa nak bayar mahal untuk sesuatu yang tidak penting?

5. Orang Bujang Tidak Memerlukan Takaful

Walaupun anda masih bujang dan tidak mempunyai sebarang tanggungan, anda masih perlu memiliki perlindungan takaful untuk diri sendiri. Ini bagi memberikan anda perlindungan sekiranya suatu hari nanti anda menghidap penyakit kritikal atau berhadapan dengan risiko hilang keupayaan untuk bekerja.

Dan sekiranya anda mengambil takaful di usia muda, bayaran bulanannya adalah lebih murah. Berbanding dah tua baru nak ambil, silap haribulan penyakit pun dah mula ada dalam badan – tiada syarikat takaful yang dapat berikan perlindungan kepada anda nanti.

Sumber Rujukan: https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/7-kesilapan-rakyat-buat-dengan-insurans-hayat

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan meningkat kepada RM1.01 bilion daripada RM998.07 juta sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh perniagaan Takaful Keluarga.

Mengenai prospek, Takaful Malaysia menjangkakan permintaan terhadap takaful dan insurans akan kekal kukuh memandangkan masih wujud jurang perlindungan yang berterusan.

“Perniagaan teras kumpulan dalam Bancatakaful, Perbendaharaan, Faedah Pekerja dan Takaful Am merupakan pemacu utama kejayaan kami sebagai peneraju dalam industri Takaful dan kami terus melihat permintaan yang baik dalam segmen-segmen ini,” katanya.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, keuntungan bersih syarikat berkurang kepada RM178.36 juta daripada RM195.40 juta dalam separuh pertama 2024 manakala perolehan berkembang kepada RM2.14 bilion daripada RM1.96 bilion sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal berkata dengan perniagaan teras yang diperkukuh, syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi baki tahun ini dengan penuh ketangkasan.

“Inovasi berteraskan pelanggan, pemerkasaan digital serta integrasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) akan terus menjadi tunjang strategi kami bagi menyampaikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan sambil menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

— BERNAMA