Pelik, Kenapa Sumbangan Caruman Takaful Naik Harga?

“Kalau saya ambil medical card hari ini, adakah harganya kekal sama untuk 20 tahun akan datang?”

Caruman takaful terutamanya bagi medical card akan TETAP harganya sepanjang masa adalah tidak tepat.

Kontrak takaful berasaskan tabarru’ (sumbangan) dan taawun (tolong-menolong), di mana semua peserta yang memilih atau menyertai pelan takaful bersetuju untuk saling menolong, jamin menjamin antara mereka ketika ditimpa musibah.

Maka konsep Takaful adalah perkongsian risiko. Setiap caruman anda akan diasingkan sejumlah nilai ke dalam satu tabung tabarru’ yang bertujuan membayar setiap tuntutan (claim) yang berlaku pada peserta yang ditimpa musibah.

Jadi kenapa berlaku kenaikan caruman / sumbangan?

Ini berlaku apabila pelan perlindungan yang anda ambil datang bersama dengan medical card.

Inflasi Perubatan

Sama seperti negara lain, kos perkhidmatan perubatan di Malaysia telah meningkat pada kadar yang lebih pantas daripada inflasi umum. Berdasarkan laporan The Malaysian Reserve:

“According to Aon’s 2022 Global Medical Trend Rates report, the current medical inflation rate in Malaysia is 12%, which is six times higher than the annual general inflation rate”

Jadi menurut kajian tersebut, kadar inflasi perubatan di Malaysia adalah 12% pada tahun 2022.

Bila ramai orang memiliki medical card, kekerapan claim yang akan berlaku adalah tinggi. Dan apabila claim tinggi, akan menyebabkan tabung tabarru’ menjadi susut dengan mendadak. Maka syarikat takaful tiada pilihan. Mereka terpaksa menaikkan caruman sama ada anda pernah claim atau pun tidak bagi mengawal risiko.

Maksudnya, harga caruman bulanan naik sebab berlaku perubahan pada tabarru’ (sumbangan) – tabung dana menyusut disebabkan kos perubatan semakin tinggi.

Disebabkan itu, dalam polisi Takaful anda telah pun disebutkan bahawa nilai caruman / sumbangan akan disemak.

Jadi apabila medical card kena repricing atau naik harga, anda mempunyai 4 pilihan:

  1. Setuju dengan kenaikan caruman
  2. Berunding untuk pelan perlindungan yang lebih rendah dengan caruman semasa yang sama
  3. Tidak bersetuju dengan kenaikan, cari pelan perlindungan yang baru
  4. Jika tidak berpuas hati, laporkan kepada Bank Negara

Anda masih menunggu timing terbaik untuk mencarum takaful?

Cuba lihat fakta ini – data yang dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia, 75% rakyat Malaysia tiada simpanan RM1,000 jika berlaku kecemasan dan 6.62 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

Eloklah ambil takaful sewaktu muda dan sihat sebab masih murah. Tak perlu tunggu umur masuk 30 atau 40 tahun. Orang bijak merancang masa depan.

Kalau tak nak mencarum takaful yang rasa mahal, tolonglah mencarum di PERKESO. Ini Dia 5 Faedah PERKESO Yang Tak Ramai Orang Tahu.

Baca juga Prudential Perkenal Pelan Perlindungan Bawah Skim i-Lindung KWSP

Semoga kita dijauhi daripada perkara yang tidak diingini.

Namun, sekiranya ditakdirkan berlaku juga kepada kita atau ahli keluarga; ketahuilah bahawa dengan adanya pelan perlindungan seperti ini, dapat juga ianya meringankan beban sedikit sebanyak.

Previous ArticleNext Article

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.