Pesakit COVID-19 Dari B40 Boleh Dapat RM50 Sehari

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari.

mySalam merupakan inisiatif untuk menubuhkan jaringan keselamatan sosial dalam aspek perlindungan takaful yang merangkumi golongan berpendapatan rendah secara percuma.

Skim ini dijalankan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ianya merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2020 dan diuruskan oleh Great Eastern Takaful.

Jom kita tengok langkah-langkah untuk membuat tuntutan MySalam COVID-19 ini.

Sila layari laman web MySalam untuk bermula. Klik ‘Log Masuk Kali Pertama’ bagi yang layak tapi belum mendaftar.

1. Klik Tuntutan diikuti oleh Penyerahan Tuntutan

2. Klik Tuntutan Hospitalisasi bagi:

  • Pesakit Positif Covid-19
  • Disyaki Covid-19 & ditahandi pusat kuarantin KKM; atau
  • Disyaki Covid-19 & diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri

3. Isikan butiran:

  • Tarikh masuk wad/mula kuarantin
  • Tarikh keluar wad/tamat kuarantin
  • Nama Hospital/Premis Bukan Hospital (bagi kes kuarantin)

4. Muatnaik dokumen:

  • KP depan & belakang
  • Nota discaj (kemasukan wad sahaja), atau
  • Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)

Dan klik Lampirkan.

5. Klik Hantar kemudian klik Saya Setuju dan permohonan anda akan diproses

6. Status tuntutan berkait Covid-19 akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan disahkan oleh penilai kami

Semakan status tuntutan boleh dilakukan dengan klik pada butang ‘Status Tuntutan’.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi:

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan meningkat kepada RM1.01 bilion daripada RM998.07 juta sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh perniagaan Takaful Keluarga.

Mengenai prospek, Takaful Malaysia menjangkakan permintaan terhadap takaful dan insurans akan kekal kukuh memandangkan masih wujud jurang perlindungan yang berterusan.

“Perniagaan teras kumpulan dalam Bancatakaful, Perbendaharaan, Faedah Pekerja dan Takaful Am merupakan pemacu utama kejayaan kami sebagai peneraju dalam industri Takaful dan kami terus melihat permintaan yang baik dalam segmen-segmen ini,” katanya.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, keuntungan bersih syarikat berkurang kepada RM178.36 juta daripada RM195.40 juta dalam separuh pertama 2024 manakala perolehan berkembang kepada RM2.14 bilion daripada RM1.96 bilion sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal berkata dengan perniagaan teras yang diperkukuh, syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi baki tahun ini dengan penuh ketangkasan.

“Inovasi berteraskan pelanggan, pemerkasaan digital serta integrasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) akan terus menjadi tunjang strategi kami bagi menyampaikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan sambil menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

— BERNAMA