Prudential Perkenal Pelan Perlindungan Bawah Skim i-Lindung KWSP

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Prudential Malaysia telah memperkenalkan empat pelan perlindungan insurans dan takaful mampu milik di bawah skim i-Lindung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang mudah diakses melalui i-Akaun KWSP. 

Empat pelan itu ialah PRUGuard Life dan PruBSN Lindung (Perlindungan Hayat) serta PRUCare Life dan PruBSN Cegah (Perlindungan Penyakit Kritikal). 

“Dengan pelan perlindungan ini, ahli KWSP serta keluarga mereka akan menerima bantuan kewangan dan bukan bergantung sepenuhnya kepada simpanan atau dana persaraan mereka sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka atau kecemasan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

PRUGuard Life dan PruBSN Lindung merupakan pelan insurans hayat serta takaful berjangka, yang menawarkan manfaat sekaligus selepas kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal bagi memastikan keluarga dijaga sekiranya berlaku insiden kehilangan nyawa atau pendapatan yang disebabkan oleh kecacatan. 

“Pelanggan boleh memilih jumlah perlindungan yang paling sesuai dengan keperluan dan belanjawan mereka daripada serendah RM10.40 untuk satu tahun perlindungan,” katanya. 

Sementara itu, PRUCare Life dan PruBSN Cegah merupakan pelan penyakit kritikal yang menyediakan bantuan kewangan kepada ahli KWSP setelah didiagnosis dengan mana-mana 43 jenis penyakit kritikal termasuk demam denggi.

“Ahli boleh menggunakan bayaran sekaligus ini untuk membiayai rawatan perubatan atau mengurangkan kehilangan pendapatan yang disebabkan oleh penyakit itu dengan premium atau caruman serendah RM8.40 bagi satu tahun perlindungan,” katanya. 

Prudential berkata ahli KWSP juga boleh mendaftar dengan pelan perlindungan itu secara serta-merta selepas melengkapkan beberapa soalan mudah berkaitan kesihatan. 

“Selepas mendaftar, mereka boleh melihat sijil dan polisi mereka dengan mudah dalam beberapa klik sahaja melalui ciri PRUServices di aplikasi Pulse by Prudential yang boleh didapati secara percuma di App Store dan Google Play Store,” katanya. 

Pelanggan turut mempunyai akses kepada pelbagai ciri kesihatan dan pengurusan kekayaan dalam aplikasi Pulse. 

Pelan i-Lindung KWSP Prudential Malaysia direka untuk membolehkan lebih ramai keluarga Malaysia memanfaatkan sepenuhnya kehidupan mereka dengan menjadikan penjagaan kesihatan sebagai mampu milik dan mudah diakses.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/prudential-perkenal-pelan-perlindungan-bawah-skim-i-lindung-kwsp/

Previous ArticleNext Article

ShopeePay Bekerjasama Dengan Allianz General Untuk Menawarkan Insurans Mampu Milik Bermula Dari RM20

ShopeePay hari ini mengumumkan pelancaran dua pelan insurans Kemalangan Diri baharu hasil kerjasama dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad. Inisiatif ini selaras dengan misi ShopeePay, iaitu ‘Akses Kewangan Dipermudah’, yang bertujuan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.

Ditawarkan pada harga RM50 dan RM75, kedua-dua pelan ini layak untuk Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) kerajaan, yang menyediakan subsidi sebanyak RM30 kepada dua juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah, seperti yang diumumkan semasa Belanjawan 2025.

Pelanggan yang layak boleh menikmati perlindungan menyeluruh serendah RM20 (tertakluk kepada SST). Pelan ini ditawarkan melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee bertujuan bagi memberikan perlindungan asas yang penting untuk semua rakyat Malaysia.

Butiran bagi kedua-dua pelan adalah seperti berikut:

 Pelan 1Pelan 2
Premium TahunanRM50 (Tidak termasuk SST)RM75 (Tidak termasuk SST)
Premium Tahunan dengan Baucar Perlindungan Tenang *Untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah sahajaRM20 (Tidak termasuk SST)RM45 (Tidak termasuk SST)
Premium Tahunan dengan Baucar dan 8% SSTRM24RM51
KelayakanWarganegara Malaysia, berumur 18 – 59Warganegara Malaysia, berumur 18 – 59
FaedahJumlah Yang Diinsuranskan (RM)
Kematian atau Hilang Upaya Kekal30,00050,000
Pendapatan Hospital – Hospital Kerajaan sahaja (sehingga maksimum tiga puluh (30) hari setahun)50 sehari100 sehari
Perbelanjaan Perubatan – Hospital Kerajaan sahaja (sehingga)500750
Bantuan Kecemasan (sekiranya pemindahan berlaku akibat banjir) (Bayaran sekaligus/sekali sepanjang tempoh polisi)500750

Tuntutan dan Penggunaan Baucar Perlindungan Tenang Anda

Dalam aplikasi ShopeePay atau Shopee, pengguna hanya perlu klik “Tenang” di Halaman Utama Insurans, mengesahkan kelayakan mereka untuk Baucar Perlindungan Tenang, dan memberikan maklumat peribadi yang diperlukan. Seterusnya, semak butiran perlindungan dan klik “Bayar Sekarang” untuk melengkapkan pembelian. Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel sekiranya permohonan mereka berjaya. Pemohon yang berjaya juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM10 tanpa perbelanjaan minimum.