Nikmat Isteri Zaman WiFi, Melekat di Rumah Juga Boleh ‘Masyuk’

Fenomena bekerja di rumah ini telah lama digunapakai di negara-negara moden yang lain dan baru-baru ini ia telah pula menjadi satu lumrah di negara kita. Antara nikmat zaman wifi atau internet laju – si isteri zaman moden boleh berhenti kerja pejabat dan buat duit guna smartphone secara santai atas sofa.

CEO rumahtangga (baca surirumah) yang fulltime sekarang tak tengok TV drama mengarut sebab dah mula berubah cari duit part time sambil urus anak-anak. Memang syok! Hasil dari nikmat ini si isteri boleh beli gelang emas sampai lengan dengan duit sendiri, beli kereta sendiri dan silap haribulan boleh beli rumah sendiri.

Yes, semua ini boleh dicapai tanpa perlu keluar rumah.

3 Cara Buat Duit Gunakan WiFi

Kalau tak pasang TM Unifi, Streamyx ataupun line broadband seperti WebeTIME dekat rumah boleh gunakan line 3G di telefon. Tetapi sebelum dapat menikmati semua hasil di atas si isteri perlulah tetapkan dulu macam mana nak buat duit tanpa perlu keluar rumah.

Takpe, biar kami bantu. Ada 3 cara paling popular:

1. Jual barang online (ini paling popular)
3. Jual servis online (lain macam je ni)
3. Jual beli saham online (apa pula ni?)

#1. Jual Barang Online

Cara pertama ni memang popular sebab kita boleh nampak macam-macam produk lalu lalang dekat timeline Facebook dan Instagram. Kalau tak ada barang atau produk sendiri, puan-puan boleh mula menjadi ejen dropship dulu. Hukum menjadi ejen dopship boleh rujuk posting yang dibuat oleh Mufti Wilayah Persekutuan di sini.

Ejen dropship hanya perlu cari pelanggan dan urusan penghantaran dibuat oleh tuan punya produk. Jadi tak perlu pening kepala cari timing keluar rumah untuk pos barang.

Mengikut pengamatan kami 4 produk yang laku keras di laman sosial adalah :

  1. Pakaian / Aksesori wanita
  2. Makanan tambahan kesihatan
  3. Produk kecantikan wanita
  4. Buku atau ebook berinformasi

Berikut adalah beberapa jenama produk yang menawarkan program dropship:

  1. Perfume De’Xandra
  2. Bahulu Gulung Aminah OB
  3. Kosmetik Zarra

Tetapi puan-puan perlu buat marketing di Facebook, Google dam Instagram. Kalau tak pandai boleh belajar. Boleh follow mereka yang hebat dalam bidang ini untuk sesi menuntut ilmu:

  1. Pakar Google Malaysia – Puan Shakirah Abdul Karim
  2. Pakar Copywriter – June Mohd Som

#2. Jual Servis Online

Jika berbakat menulis bahan ilmiah atau jangan biarkan bakat tu berkarat. Puan-puan boleh menjual kemahiran ini di internet. Jika puan-puan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, adalah lebih mudah. Banyak syarikat luar negara atau dalam negara memerlukan khidmat ini.

Lambakan website dan blog di seluruh dunia telah membuka ruang dan peluang kepada mereka yang berbakat dalam bidang ini. Semestinya pemilik website dan blog ini memerlukan bantuan ‘luar’ dalam menghasilkan rencana dan artikel dengan kos yang lebih murah.

Iklankan kemahiran puan-puan di laman web tempatan seperti; www.mudah.my, www.bantu.my, www.erezeki.com. Jika rasa nak terima upah yang lebih lumayan seperti dalam USD boleh iklankan di www.fiver.com atau www.freelancer.com

Kami di majalahlabur.com sendiri pernah mencari penulis-penulis tempatan yang berbakat di sana.

#3. Jual Beli Saham (trading) Online

Pelaburan saham juga sejenis perniagaan. Kena pegang kepada prinsip tu kalau nak betul-betul buat duit. Konsepnya simple, beli saham pada harga rendah dan jual pada harga lebih tinggi.

Dulu memang susah nak terlibat tetapi sekarang semuanya guna smartphone. Semua boleh buat sendiri. Kalau ada duit lebih boleh jual beli saham PADINI, BONIA, AJINOTOMO, POS dan 600 lebih saham patuh syariah secara online je. Ramai yang suka beli baju jenama Padini tapi tak ramai yang beli sahamnya!

Mereka yang terlibat dalam pasaran saham Bursa Malaysia ada 2 jenis iaitu short term (trader) dan long term (investor). Jika puan puan seorang surirumah sepenuh masa sememangnya ada banyak masa, maka sesuai menjadi seorang stock trader. Kalau yang bekerja boleh terlibat, kenapa surirumah tak boleh?

“Eh, orang perempuan macam akak ni boleh ke terlibat dalam stock market???”

Dah kenapa pula tak boleh?
Bila masa ada syarat kata lelaki je boleh?
Kaum perempuan lagi bijak dalam bidang ni sebenarnya. Baca sini kalau tak percaya.

Syarat utama jika nak buat duit dengan berdagang di pasaran saham Bursa Malaysia adalah perlu ada modal. Bukan setakat modal duit tetapi paling penting modal ilmu. Jika simpanan di bank ada beratus ribu sekalipun tetap tak boleh buat duit selagi tak tahu saham apa nak beli, bila nak beli dan bila nak jual.

Kami nak beritahu yang risiko untuk untung dan RUGI adalah tinggi dalam bidang ini. Untung 5%-20% dalam masa seminggu itu mungkin biasa. Rugi juga perkara biasa. Bak kata pepatah jawa “high risk high return”. Hanya dengan ilmu puan-puan dapat menguruskan risiko ini.

Boleh follow geng-geng CEO rumahtangga ini yang terlibat aktif buat duit dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Kalau mereka boleh, mengapa orang lain tidak?

  1. Roslinah Laikoi
  2. Alin Jojie
  3. Leya Dleya
  4. Adibah Musa

Jangan risau, memang masih ramai tak tahu tentang pasaran saham di Bursa Malaysia. Macam survey video di bawah ni….

Sebelum rasa nak buat semua benda yang dikongsikan di atas, penting untuk ada redha suami. Ingat, keberkatan hidup rezeki terletak pada Encik Suami. Isteri tetap isteri. Ini sistem yang Allah SWT dan Rasul S.A.W dah set.

Selamat mencuba!

Komen

komen