Zaman Berubah, Inilah Cara Terbaik Mencari Ejen Takaful

Ramai rakyat Malaysia yang sering merungut tentang perkhidmatan ejen takaful.

Ejen lenyap setelah berjaya menjual beberapa polisi kepada saya dan beberapa ahli keluarga saya, sehinggakan 2 polisi saya terbatal akibat melepasi tarikh luput tanpa langsung diingatkan oleh ejen. Saya tidaklah menyalahkan ejen tersebut 100% sebab sememangnya adalah tanggungjawab pemegang polisi untuk pastikan polisi dibaharui sebelum tarikh luput. Tapi alangkah baiknya kalau saya diberi peringatan oleh ejen untuk membuat renewal polisi bila hampir tiba tarikh luput.

Namun, itu mungkin cerita dulu-dulu.

Zaman media sosial sekarang ejen takaful dan insurans lebih peka dengan kehendak pelanggan dan bersikap profesional. Zaman sudah berubah, pengguna semakin matang membuat pilihan. Mereka juga menyedari hak mereka sebagai pelanggan.

Jadi bagaimana cara memilih ejen?

  1. Rakan sendiri / Adik beradik
  2. Minta kenalan syorkan ejen yang mereka percayai
  3. Salesman vs. Bukan salesman
  4. Lulus ujian

1. Rakan Sendiri / Adik beradik

Mungkin ada di kalangan rakan kita sebenarnya ejen takaful, cuma mereka tak heboh-heboh. Kelebihan kalau ejen adalah rakan sendiri ialah kita dah kenal hati budinya. Kalau duduk dekat dengan rumah lagi bagus. Tetapi kalau nama je kawan tapi tak sebulu, baik cari yang lain. Kalau adik beradik sendiri ejen takaful, lagi bagus, buat apa nak susah-suah cari yang lain.

2. Minta Kawan Syorkan Ejen yang Mereka Percayai

Ramai yang bertuah mempunyai ejen takaful yang cekap dan boleh dipercayai. Jadi jangan segan bertanya, mungkin mereka dapat rekomen seseorang. Kalau ada yang sudah rekomenkan ejen mereka kepada anda, jangan pula terus saja ambil mereka sebagai ejen tanpa usul periksa. Masih perlu siasat. Tanya bagaimana mereka kenal ejen mereka serta bagaimana mutu perkhidmatan mereka.

3. Testimoni dan ulasan

Kita sering melihat posting berbentuk testimoni kawan-kawan kita di Facebook mengenai sesuatu perkhidmatan atau produk. Mereka yang baik hati akan berbuat demikian kepada ejen takaful mereka di Facebook. Rajin-rajinlah tengok posting dekat Facebook tu ya. Nak lagi cepat taip #Takaful dekat ruangan carian atas tu.

Cara lain untuk dapatkan ejen yang bagus melalui testimoni pelanggan ialah melalui direktori ejen insurans dan takaful seperti yang disediakan oleh iBanding. Di sini lagi senang untuk cari ejen takaful yang memang bermutu tinggi kerana ada sistem nilai 5 bintang dan ulasan pemegang polisi.

4. Salesman vs. Bukan Salesman

Nak kenal ejen yang menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, pastikan mereka jenis salesman atau bukan.

Jenis salesman senang nak kenal. Mereka beriya-iya mempromosikan produk mereka tanpa memahami keperluan anda dengan jelas. Ejen yang bagus mengutamakan keperluan dan kehendak pelanggan, bukan komisen mereka. Untuk memahami keperluan pelanggan, mereka perlu banyak bertanya tentang situasi pelanggan sebelum dapat mengesyorkan produk yang sesuai.

Pastikan anda dan ejen faham setiap jumlah perlindungan dalam quotation yg dicadangkan. Pastikan setiap nilai dalam quotation dijelaskan sebab musababnya.

5. Lulus Ujian

Memang mereka ni dah lulus ujian jika nak jadi ejen. Maksud ujian di sini ialah ujian yang kita beri kepada mereka. Ujian ni termasuklah:

A) Pengetahuan

Ejen perlulah mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang takaful secara amnya, dan polisi yang dibeli secara khususnya. Ini penting kerana ramai pemegang polisi yang merungut ketika hendak buat tuntutan, ianya ditolak tetapi mereka tidak faham mengapa. Kadang-kala ianya disebabkan ejen yang kurang mahir tentang produk yang dijual. Ini menyebabkan syarat-syarat tidak diterangkan kepada pelanggan dengan jelas. Ejen yang berpengetahuan dapat menjawab soalan-soalan dan kekeliruan tentang polisi, prosedur tuntutan dan macam-macam lagi soalan.

B) Kemahiran Berinteraksi

Biasanya hubungan kita sebagai pelanggan dengan ejen kita adalah berjangka-masa panjang. Jadi perlulah pandai memilih ejen. Seeloknya biarlah beliau seorang yang menyenangkan hati, yang penyabar dalam menangani soalan-soalan kita dan kerenah kita sebagai pelanggan. Tapi jangan lah pulak kita ambil kesempatan ke atas sifat baik ejen ni. Sesetengah dari mereka memang banyak berkorban untuk pelanggan mereka.

C) Pengalaman

Ejen yang berpengalaman penting kerana beliau telah banyak melalui pelbagai situasi dan kes-kes tuntutan. Maka beliau lebih cekap mengendali dan menguruskan tuntutan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

PRODUK TAKAFUL PENIPU?

Ada banyak sebab kenapa orang kata produk takaful banyak menipu. Sebab pertama adalah ejen dan keduanya adalah pemegang polisi itu sendiri.

    • Ejen
      • Ejen yang menjanjikan bulan dan bintang. Semua benda dia kata boleh claim
      • Ejen bawa lari duit caruman peserta. (Elakkan memberi cash kepada ejen)
      • Ejen lost contact menyebabkan pelanggan rasa ditipu
      • Ejen lambat layan pelanggan untuk buat tuntutan
    • Pemegang Polisi
      • Tak bayar caruman menyebabkan polisi laps – claim tak berjaya
      • Tak baca polisi sepenuhnya – ingat semua benda boleh claim
      • Sudah berpenyakit, tidak maklumkan kepada ejen

Pesanan kepada ejen takaful, industri ini semakin dinamik dan saingan semakin sengit. Sekiranya anda tidak berikan mutu perkhidmatan yang terbaik, anda yang akan kerugian.

Oh ya, kepada pemegang polisi pula…..kalau ada masalah masuk hospital, telefon dulu nombor telefon di belakang medical card tu. Confirm hari raya pun berangkat. Paling penting pastikan sumbangan ke dalam plan takaful mencukupi tiap-tiap bulan bagi memastikan kelancaran tuntutan dan kemasukan wad.

Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.