FBM KLCI Menuju 1720 Mata Menjelang Hujung 2019 – Rakuten Trade

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Rakuten Trade Sdn. Bhd. menurunkan unjuran sasaran FBM KLCI kepada 1,720 mata daripada 1,760 mata sebelumnya menjelang akhir tahun ini.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata, semakan semula unjuran itu disebabkan 
oleh pertumbuhan pendapatan korporat yang lemah serta faktor-faktor luaran.

Selain itu firma broker ekuiti itu juga 
mengunjurkan pertumbuhan pendapatan korporat susut 0.5 peratus daripada 2.3 peratus yang disasarkan sebelum ini disebabkan oleh prestasi negatif sektor perladangan.

“Namun kami menjangkakan FBM KLCI melantun semula ke tahap 1,800 mata tahun hadapan didorong oleh pendapatan korporat yang lebih baik dan arah aliran keluar asing yang lebih baik.

“Pendapatan korporat juga dijangka berkembang 6.1 peratus tahun depan yang dirangsang oleh pemulihan projek mega.

“Tahun depan kita akan melihat impak penuh daripada projek-projek ini,” katanya kepada pemberita pada taklimat tinjauan pasaran separuh kedua 2019 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade, Vincent Lau dan Penganalisis Ekuiti Rakuten Trade, Yong Jun Ting.

Sementara itu Yee berkata, pihaknya menjangkakan ringgit akan menguji tahap RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini.

“Ini akan didorong oleh aliran masuk bersih asing dan permulaan aktiviti utama di negara ini,” jelas Yee.

Sumber: Utusan Online

Prestasi Tahunan FBMKLCI Dari 1982-2019

Bagi mereka yang mungkin kurang yakin dengan analisa yang dijalankan Rakuten Trade ini, boleh rujuk jadual di bawah:

Sejarah membuktikan bahawa pada tahun 1989, 1999 dan 2009; prestasi FBM KLCI telah mencatatkan kenaikan yang tertinggi bagi tempoh 10 tahun sebelumnya.

Jadi adakah kita akan melihat kenaikan pasaran saham Malaysia tahun ini? Sama-sama kita nantikan.

5 Buy Call Rakuten Trade

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.