KUALA LUMPUR 5 Ogos – Rakuten Trade Sdn. Bhd. menurunkan unjuran sasaran FBM KLCI kepada 1,720 mata daripada 1,760 mata sebelumnya menjelang akhir tahun ini.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata, semakan semula unjuran itu disebabkan oleh pertumbuhan pendapatan korporat yang lemah serta faktor-faktor luaran.
Selain itu firma broker ekuiti itu juga mengunjurkan pertumbuhan pendapatan korporat susut 0.5 peratus daripada 2.3 peratus yang disasarkan sebelum ini disebabkan oleh prestasi negatif sektor perladangan.
“Namun kami menjangkakan FBM KLCI melantun semula ke tahap 1,800 mata tahun hadapan didorong oleh pendapatan korporat yang lebih baik dan arah aliran keluar asing yang lebih baik.
“Pendapatan korporat juga dijangka berkembang 6.1 peratus tahun depan yang dirangsang oleh pemulihan projek mega.
“Tahun depan kita akan melihat impak penuh daripada projek-projek ini,” katanya kepada pemberita pada taklimat tinjauan pasaran separuh kedua 2019 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Presiden Penyelidikan Rakuten Trade, Vincent Lau dan Penganalisis Ekuiti Rakuten Trade, Yong Jun Ting.
Sementara itu Yee berkata, pihaknya menjangkakan ringgit akan menguji tahap RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini.
“Ini akan didorong oleh aliran masuk bersih asing dan permulaan aktiviti utama di negara ini,” jelas Yee.
Bagi mereka yang mungkin kurang yakin dengan analisa yang dijalankan Rakuten Trade ini, boleh rujuk jadual di bawah:
Sejarah membuktikan bahawa pada tahun 1989, 1999 dan 2009; prestasi FBM KLCI telah mencatatkan kenaikan yang tertinggi bagi tempoh 10 tahun sebelumnya.
Jadi adakah kita akan melihat kenaikan pasaran saham Malaysia tahun ini? Sama-sama kita nantikan.
Pandemik Covid-19 benar-benar telah menyebabkan kegawatan ekonomi dunia. Kebanyakan kerajaan memberi bantuan khusus kepada rakyat mereka dan sebahagian pula telah membenarkan pengeluaran wang persaraan bagi menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.
Sehingga hari ini, tiada syarikat yang mampu mengeluarkan vaksin yang berkesan selain daripada Syarikat Pfizer.
Vaksin ini ditemui oleh syarikat yang berpengkalan di Mainz, Jerman iaiu BioNTech. Ianya merupakan sebuah syarikat farmaseutikal yang diasaskan oleh Dr. Uğur Şahin bersama dengan isterinya, Dr. Özlem Türeci yang berasal dari Turki dan kini menetap Jerman. Syarikat ini telah diasaskan pada tahun 2008.
Dr. Uğur Şahin merupakan pakar oncology yang berkhidmat di Hospital Mainz. Beliau bersama-sama dengan isterinya telah membangunkan syarikat ini dan kemudian menyenaraikan syarikat ini di pasaran saham Amerika Syarikat.
Syarikat ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Syarikat Pfizer dan sering melakukan kerjasama didalam bidang farmaseutikal. Ini bukan kali pertama syarikat ini melakukan kerjasama bersama dan pada tahun 2018, Syarikat Pfizer dan BioNTech telah bekerjasama dalam pembangunan vaksin selsema atau flu vaccine.
Penemuan ini juga telah menjadi isu yang besar di Wall Street apabila CEO Pfizer iaitu Dr Albert Bourla, telah menjual sebanyak 132,508 unit saham yang dipegangnya yang bernilai USD5.6 juta pada hari yang sama pengumuman yang dilakukanya itu. Walaupun begitu, beliau menjual saham itu mengikut undang-undang 10b5-1 yang telah ditetapkan oleh pihak SEC bagi mengelakkan berlaku kegiatan insider trading.
Sejak sedekad yang lalu, Pfizer mengalami keadaan yang tidak menentu daripada segi jualan produk mereka. Hanya pada tahun 2016 dan 2018 saja jualan produk syarikat ini berkembang pesat.
Kontroversi juga timbul di antara kedua CEO Syarikat Pfizer dan juga BioNTech memandangkan mereka berdua merupakan rakyat Turki dan Greek. Sementara waktu ini, kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat keruh akibat isu lampau.
Walaupun begitu, kerjasama di antara kedua-dua syarikat ini tidak terjejas dengan keadaan tersebut dan Dr. Uğur Şahin telah menyatakan hasratnya untuk tidak mengambil isu tersebut sebagi batu penghalang kepada kerjasama di antara mereka. Baginya, Albert Bourla juga seperti dirinya iaitu seorang saintis yang mahu pandemik Covid-19 ini segera tamat.
Pfizer akan menjadi syarikat pengedar tunggal untuk vaksin berkenaan memandangkan syarikat tersebut merupakan pelabur terbesar di dalam syarikat BioNTech. Mereka bakal mendapat kontrak yang sangat lumayan dari seluruh dunia.