5 Punca Pelaburan Hartanah Gagal

Sedar tidak sedar, trend budaya memiliki hartanah semakin meningkat naik di kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kewujudan pelbagai portal hartanah online.

Bahkan pelaburan dalam hartanah telah menjadi begitu sinonim di kalangan rakyat Malaysia dan bilangan pelabur hartanah tempatan di Malaysia juga telah meningkat sejak dua dekad yang lalu.

Pelaburan hartanah boleh dikatakan sebagai pelaburan yang paling berisiko tinggi di antara semua pelaburan yang lain dan antara yang paling tinggi kadar keuntungannya.

Baca : 5 Sebab Pelaburan Hartanah Adalah Pelaburan Terbaik

Mungkin mereka mencari jalan untuk mencapai financial freedom atau mungkin juga mereka ingin mencapai nikmat kekayaan melalui pelaburan hartanah.

Ada yang senyap-senyap berjaya dan ada juga yang senyap – senyap diisytihar muflis. Ada yang melabur untuk mendapat hasil sewaan bulanan dan ada yang melabur untuk flip di masa hadapan.

Baca : Pelaburan Saham vs Hartanah. Ini 9 Perbandingannya

Pelaburan hartanah bukanlah jalan singkat untuk cepat kaya, dan hanya sesuai untuk orang yang berjiwa besar dan mempunyai kesabaran yang tinggi.

Untuk itu, bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia melabur dan berjaya dalam hartanah, kita perlu mengenal pasti punca pelaburan hartanah itu gagal supaya menjadi pedoman dan pengajaran di masa hadapan.

Jom kita sama-sama tengok 5 punca pelaburan hartanah gagal seperti berikut.

1. Tidak Ikut Harga Pasaran Semasa

Buat masa ini harga rumah di Malaysia mengalami penurunan yang sederhana dan trend ini dijangka berterusan sehingga tahun 2020.

Ramai pelabur hartanah menjangkakan trend harga rumah akan terus naik  sekurang-kurangnya 3% setahun dan tidak akan turun pada tahun 2014 dan kenyataan ini ternyata salah sama sekali.

Baca : 8 Saham Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Trend harga rumah meningkat sepanjang 2009 sehingga 2014 menyebabkan ramai pelabur gagal mengkaji harga semasa menyebabkan ada di antara mereka menjual/ menyewa hartanah mereka pada kadar lepas yang lebih mahal dan tidak mengikut harga pasaran.

Jika harga rumah teres di Kota Damansara pada tahun 2014 adalah RM550,000, harganya mungkin berbeza pada tahun 2019.

Apabila kita menjual atau menyewakan hartanah di atas harga pasaran semasa, hartanah kita berisiko tinggi untuk tidak dijual atau disewakan kepada orang lain.

2. Kosong Tanpa Penyewa

Di antara risiko terbesar pelabur hartanah adalah apabila hartanah mereka gagal disewakan atau berlaku kekosongan penyewa untuk satu tempoh.

Kes ini kerap terjadi apabila kita menyewakan hartanah kepada pelajar di IPTA dan IPTS. Langkah yang lebih bijak adalah dengan mencari penyewa baru sebelum tamat kontrak sewaan.

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Isu ini juga kerap terjadi kepada pelabur hartanah yang mempunyai homestay, chalet, resort dan hotel di kawasan peranginan.

Hartanah yang terlalu kerap kosong tanpa penyewa menganggu aliran wang tunai, sekaligus menjadi punca pelaburan hartanah kita gagal.

3. Modal

Sebahagian besar daripada pelabur hartanah yang mengalami masalah modal adalah kerana pengurusan kewangan yang lemah.

Baca : Jenis Pasaran Hartanah

Pelaburan hartanah memerlukan kita mempunyai aset mudah cair bagi menampung kos-kos lain seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai pentaksiran hartanah, bayaran ansuran bulanan dan bayaran bil utiliti.

Kita perlu melihat pelaburan hartanah sebagai satu perniagaan, dan solusi terbaik adalah dengan menyediakan tabung atau dana kecemasan bagi menampung modal pusingan pelaburan hartanah anda.

4. Kerosakan Pada Hartanah

Terdapat pelbagai risiko kerosakan yang boleh berlaku kepada hartanah kita seperti kebakaran, kecurian, defect, vandalisme dan bencana alam.

Baca : Apa Itu Airbnb? Juga Ada Fakta Menarik Airbnb

Risiko lain adalah kerosakan yang dilakukan penyewa yang menyewa hartanah kita seperti kerosakan pada perabot, alat elektronik dan perkakas rumah.

Solusi yang terbaik adalah dengan melanggan polisi takaful dalam menguruskan sebarang kerosakan hartanah kita dan mewajibkan penyewa untuk membayar wang deposit bagi menampung sebarang kerosakan terhadap hartanah kita.

5. Pulangan Lambat

Ramai pelabur hartanah di luar sana yang bermula dengan aliran wang tunai negatif dan ada juga yang hanya mendapat keuntungan serendah RM50 sebulan selepas ditolak segala kos dan komitmen hartanah.

Baca : 12 Lokasi Hotspot Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Dalam pelaburan hartanah, hasil pulangan kadangkala sememangnya lambat, dan berkemungkinan memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk kita benar-benar untung daripada hartanah yang kita miliki.

Cepat atau lambat, pulangan hasil hartanah sangat dipengaruhi oleh :-

  • Jenis pelaburan hartanah yang diceburi
  • Lokasi hartanah
  • Jenis hartanah
  • Harga jualan atau kadar sewaan

Dalam dunia ini, tiada pelaburan yang tidak mempunyai sebarang risiko. Risiko terbesar adalah apabila kita tidak membuat sebarang kajian dan strategi untuk pelaburan hartanah.

Baca : 3 Sumber Pendapatan Melalui Pelaburan Hartanah

Dengan kajian dan strategi yang betul, tidak mustahil untuk kita mencapai financial freedom melalui pelaburan hartanah.

Merancanglah dengan baik dan teliti kerana masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Gagal merancang itu bermakna, kita merancang untuk gagal.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property: Strategi Pemilikan Aset Rendah Untuk Kembangkan Portfolio Aset

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.15 dikekalkan, harga saham berpotensi menaik 51% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F

Kami memandang baik akan pelancaran New Economy Venture Fund (NEVF) oleh Sime Darby Property yang bernilai MYR1.25bn. Dengan adanya dana ini, SDPR akan mempunyai platform lebih besar untuk mempercepat usaha-usaha pembangunan pusat data (DC) dan aset-aset industri dan logistik yang lain tanpa membebankan kunci kira-kiranya. Dengan jangka hayat dana selama lima tahun, kami ramalkan SDPR akan mencapai pulangan lebih besar selepas penutupan dana tersebut, dan mungkin dengan menyuntik aset-aset yang dipegang dalam dana tersebut ke dalam aset REIT-nya yang akan datang.

Melonjakkan keyakinan

Dibangunkan dengan struktur patuh syariah secara menyeluruh, platform pelaburan bukan keperluan utama, NEVF mempunyai dana sehingga MYR1.25bn (dana utama: MYR1bn, dana sampingan: MYR250j). Dana ini menyaksikan pelibatan menggalakkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) (GELM).

Makluman: GELM juga pernah terlibat dalam Dana Pembangunan Perindustrian (IDF) milik SDPR pada tahun 2022. SDPR selaku rakan kongsi dan penaja am kepada NEVF, telahpun mengesahkan pelaburan bernilai MYR500.1j sebagai pelabur bersama pada penutupan pertama. Komitmen modal lain masing-masing ialah MYR100j + MYR250j (dana sampingan) daripada KWSP, MYR200j daripada LTAT, dan MYR199.9j daripada GELM.

Tumpuan pada aset-aset DC dan industri

Penubuhan NEVF dirangkakan dengan penuh strategik dan ia akan membuat pelaburan dalam bangunan DC yang dibina mengikut kehendak pelanggan untuk tujuan pajakan, dan juga pembangunan industri dan logistik dalam projek-projek SDPR. Pada pandangan kami, dana ini merupakan satu pencapaian penting lebih-lebih lagi apabila Taman Perniagaan Elmina (EBP) semakin mendapat keuntungan sementara pihak pengurusan mengutamakan model pembinaan yang sesuai dengan kehendak penyewa untuk tujuan pajakan bagi pembangunan-pembangunan industri yang akan datang untuk mengembangkan portfolio pendapatan berulangnya.

SDPR juga giat membangunkan taman-taman perindustrian lain seperti Bandar Bukit Raja, Vision Business Park, Bandar Universiti Pagoh, maka ada banyak peluang untuk ia mengembangkan portfolio asetnya. Semakin banyak pemain dan syarikat multinasional dilihat membina fasiliti penyimpanan di taman-taman perindustrian milik SDPR. Selain DC2, kami fikir pusat pengedaran automatik milik Mydin yang bernilai MYR450j (kawasan binaan: 786,000kps) di EBP mungkin akan dimasukkan dalam NEVP ini.

Lebih banyak suntikan aset akan dilaksanakan

Walaupun NEVP bernilai MYR1.25bn ini akan membentuk bahagian “ekuiti” dalam pelaburan aset, berdasarkan nisbah hutang berbanding ekuiti sebanyak 70:30, NEVP mungkin akan membuat hutang berjumlah MYR2.9-3bn. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah saiz dana selepas hutang (atau modal) mencecah sekitar MYR4.25bn. Dengan ini, ia akan berupaya menyerap lebih banyak aset industri (yang akan dibangunkan) kelak. IRR untuk dana ini adalah sekitar 10-15%.

Kesan minimum pada perolehan jangka dekat

Kami meramalkan SDPR akan mengiktiraf keuntungan penjualan aset sebaik sahaja aset-aset berkaitan disuntikkan ke dalam dana ini. Pendapatan berasaskan bayaran semasa jangka hayat NEVP sepatutnya agak rendah.

Asas Penilaian

Penilaian SOP kami melibatkan:
i. Diskaun 30% pada RNAV untuk segmen hartanah
ii. DCF untuk pelaburan pusat datanya.

Faktor Pemacu Utama

Pemilikan bank tanah yang besar

Risiko Utama

Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan

Profil Syarikat

Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.