Penstrukturan Semula BIMB Holdings, Bank Islam Pula Akan Disenaraikan

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd (BHB) akan melaksanakan penstrukturan semula kumpulan bagi membuka nilai signifikan kepada pemegang sahamnya.

Seiring itu, BHB akan memindahkan status penyenaraian yang dimilikinya kepada anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam).

BHB dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, cadangan penstrukturan itu akan membabitkan lima komponen, dengan yang pertama adalah cadangan penempatan saham BHB baharu bagi mengumpul dana bernilai RM800 juta.

“Hasil daripada usaha itu bersama-sama tunai dalaman akan digunakan untuk penyelesaian penuh baki sukuk yang dipegang oleh Lembaga Tabung Haji (TH),” katanya.

Ia berkata, komponen kedua adalah Skim Pengaturan (SOA) oleh BHB untuk menyelesaikan waran yang belum lunas, yang mana pemegang waran BHB akan dibayar dalam bentuk pertimbangan tunai bagi pembatalan menggunakan hak yang termaktub dalam waran.

Komponen ketiga, katanya adalah penyusunan semula dalaman, yang mana BHB akan melupuskan semua pegangan ekuiti dalam subsidiari dagangan saham dan pemajakannya kepada Bank Islam, untuk diselesaikan dalam bentuk tunai.

“Pertimbangan bagi pelupusan syarikat-syarikat subsidiari ini adalah berdasarkan nilai aset bersih yang telah diaudit terbaharu,” katanya.

BHB berkata, setelah memuktamadkan penempatan, SOA dan penyusunan dalaman, keseluruhan pegangan saham BHB di Bank Islam dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (STMKB) akan diagihkan melalui pengagihan-in-specie kepada pemegang saham BHB.

Katanya, sebelum cadangan pengagihan dan pembayaran semula modal, BHB akan menjalankan usaha pengurangan modal, manakala Bank Islam akan melaksanakan langkah penggabungan saham.

“Ia bertujuan untuk memadankan baki saham BHB agar pengagihan saham Bank Islam akan didasarkan pada asas satu-untuk-satu.

“Asas pengagihan dan kelayakan saham-saham STMKB akan ditentukan pada tarikh yang kemudian,” katanya.

Akhir sekali, BHB berkata setelah muktamadnya pengagihan-in-specie, pemegang saham BHB akan mempunyai pegangan ekuiti langsung dalam saham Bank Islam dan STMKB, sebagaimana perkadaran pegangan saham mereka di BHB.

Ia menjelaskan, status penyenaraian BHB kemudian akan dipindahkan ke Bank Islam, yang seterusnya akan menjadi institusi kewangan Islam penuh dan tulen pertama tersenarai di rantau ini, sekali gus akan meningkatkan lagi reputasi korporat yang dimiliki.

BHB berkata, susulan pengagihan dan pembayaran semula modal, ia menjangkakan struktur kumpulan baharu akan mampu mencapai potensi peningkatan perolehan melalui pelupusan atau meminimumkan duplikasi sumber dan infrastuktur serta mengurangkan kerumitan dalam pengurusan risiko kumpulan.

“Kedua-dua Bank Islam dan STMKB akan mampu memberi fokus terhadap kekuatan perniagaan masing-masing, membenarkan penggunaan lembaran imbangan yang lebih cekap di samping mempertingkatkan pengurusan modal kerja,” katanya.

Langkah cadangan ini adalah tertakluk pada kelulusan dan kebenaran beberapa pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kewangan (berdasarkan saranan BNM), Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Securities, serta pemegang saham BHB dan Bank Islam.

Penasihat utama langkah penstrukturan semula ini adalah Maybank IB.

Bank Islam buat pertama kali disenaraikan di Bursa Malaysia Securities pada 1992, sebelum BHB diwujudkan pada 1997 bagi menggantikan

Bank Islam sebagai syarikat pemegangan kumpulan.

Langkah itu sekali gus menjadikan BHB sebagai jentera penyenaraian kumpulan.

Kredit: BH Online

Harga Saham BIMB Holdings Dijangka Meningkat Naik

Sebaik sahaja pengumuman dilakukan, harga saham BIMB Holdings naik 1.17%.

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau dilihat pada carta pun, long-term dan mid-term trend sedang menaik. Mungkinkah ini bakal menjadi catalyst untuk harga saham terus naik?

Tabung Haji Pemilik Terbesar BIMB Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau nak tahu, Lembaga Tabung Haji (TH) adalah merupakan shareholder terbesar bagi BIMB Holdings ni. Kira majoriti shareholder jugaklah dengan pegangan lebih daripada 50%.

Jom kita sama-sama menyokong industri perbankan Islam dan Takaful negara. Jemput baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.