Benarkah Akad Yang Mendasari E-Wallet Di Malaysia Adalah Qard (Pinjaman) Dan Ada Unsur Riba?

Pulak dah.. ? E-Wallet baru nak up dekat Malaysia, dan 15 Juta Rakyat Malaysia Bakal Dapat RM30 Menerusi e-Wallet Januari Ini.

Jom baca kupasan menarik Tuan Ezry Fahmy mengenai isu hangat ini.

e-Wallet Berbeza Di Indonesia Dan Malaysia

Seorang pemilik akaun FB dengan nama Muhammad Ezral telah menulis (pada 7 Disember) menerangkan secara khusus tentang apakah kontrak Syariah di sebalik seorang pengguna mendepositkan duit ke dalam e-wallet.

(Tulisan asal beliau boleh dibaca di sini https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10213970675132612&set=a.3188449201775&type=3&theater)

Hasil interaksi dan bersoal jawab dengan beliau di ruangan komen status FB tersebut mendapati beliau hanya menyimpulkan hasil kefahaman beliau selepas menonton beberapa video penjelasan asatizah di Indonesia tentang hukum e-wallet daripada Youtube.

Kemudian beliau terus mengimport hukum tersebut untuk aplikasi e-wallet di Malaysia, dengan alasan sistem (struktur/modus operandi) e-wallet di Malaysia ini adalah sama sahaja seperti kesnya e-wallet di Indonesia.

Maka saya berpandangan adalah tidak wajar untuk beliau menulis status FB tersebut.

Sekadar contoh, saya boleh terima jika beliau katakan sebuah lori itu menyamai sebuah van kerana mempunyai empat tayar, tetapi saya tidak boleh terima hakikat apabila beliau berkeras katakan lori itu sama sahaja dengan van (cuma nama sahaja yang beza!).

Di ruangan komen saya meminta beliau menjawab 5 soalan saya. Namun beliau gagal menjawab semua soalan-soalan saya dengan tuntas.

Berikut adalah ulasan saya selepas berinteraksi dan bersoal jawab dengan beliau di ruangan komen status tersebut:.

1. Beliau ini tidak tahu bagaimana sektor kewangan di Malaysia beroperasi. Hal ini adalah ketara apabila beliau meringkaskan bahawa Bank Negara Malaysia (“BNM”) memberikan faedah keuntungan kepada syarikat e-wallet. Walhal e-wallet ini hanya dikawal selia oleh BNM yang dikategorikan sebagai e-Money dan garis panduan tentang e-wallet boleh dirujuk melalui Guideline on Electronic Money (EMoney).

Perkara 10.2 garis panduan tersebut menyatakan syarikat e-wallet harus mendepositkan dana dikumpulkan sebagai pertukaran wang elektronik yang dikeluarkan dalam akaun amanah (trust account) dengan institusi kewangan berlesen. Dana di dalam akaun amanah ini hanya boleh digunakan untuk (i) bayaran balik kepada pengguna;dan (ii) pembayaran kepada peniaga. Hal ini bagi memberi perlindungan dana pengguna, walaupun ada ruang penggunaan dana untuk pelaburan dengan syarat yang terhad.

2. Beliau tidak pernah membuat kajian dengan mengambil mana-mana contoh e-wallet di pasaran Malaysia. Tetapi merujuk kepada asatizah di Indonesia yang banyak memberi komentar tentang aplikasi e-wallet GoPay oleh pihak Gojek di Indonesia. Ada lebih 40 jenis e-wallet di Malaysia.

Jika dilihat contoh e-wallet GrabPay oleh pihak Grab di Malaysia, e-wallet jenis ini contohnya menggunakan kaedah pembelian kredit berbanding pendepositan duit seperti yang dibuat oleh e-wallet lain. Dan kredit yang telah dibeli oleh pengguna GrabPay ini mempunyai tempoh luput, yang mana selepas 1 tahun, nilai kredit ini akan luput dan tidak lagi dapat digunakan oleh pengguna. Dalam contoh ini adakah ianya masih boleh dikategorikan sebagai akad pinjaman? Atau akad yang termeterai antara pengguna dan syarikat e-wallet adalah akad jual beli iaitu akad pembelian kredit. Kredit ini membolehkan pengguna membeli barangan dan melanggan perkhidmatan terpilih yang disediakan oleh pihak Grab.

3. Umumnya setelah mendepositkan sejumlah wang, nilai tersebut akan diterjemahkan di dalam e-wallet pengguna. Namun ada e-wallet atau jenis akaun yang mana penggunanya tidak lagi boleh mengeluarkan atau memindahkan nilai tersebut melainkan hanya boleh digunakan bagi bayaran di kedai dan perkhidmatan yang terpilih. Contohnya, Touch ‘n Go eWallet dengan akaun jenis had RM200.00 dan had RM1,500.00, ataupun Boost Basic Wallet.

Dalam erti kata lain, dengan manfaat dan sifatnya yang terhad jika nak dibandingkan dengan wang deposit di bank berasaskan pinjaman/Qard, timbul persoalan adakah tepat untuk disimpulkan bahawa wang yang didepositkan itu adalah berasaskan kontrak pinjaman.

4. Perlu diketahui juga bahawa menurut garis panduan BNM tersebut, Perkara 13.1(iii) Larangan, syarikat e-wallet di Malaysia dilarang membayar sebarang keuntungan dan faedah ke atas baki di dalam e-wallet pengguna, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan nilai monetori di dalam e-wallet tersebut. Malah ada syarikat e-wallet yang menyebut secara jelas bahawa para pengguna tidak akan mendapat sebarang faedah atau keuntungan hasil daripada duit yang didepositkan ke dalam akaun amanah itu.

5. Di sebalik ketidak jelasan apakah ianya didasari kontrak pinjaman/Qard, adakah tepat untuk disimpulkan juga bahawa manfaat yang diterima oleh pengguna e-wallet itu adalah Riba? Sedangkan pengguna tidak mendapat manfaat dalam bentuk cashback/diskaun disebabkan pengguna mendeposit/top-up akaun tersebut, tetapi manfaat itu diperolehi disebabkan pengguna melakukan pembelian di kedai atau melanggan perkhidmatan. Manfaat atas pinjaman adalah riba, tetapi dalam kes ini manfaat diperolehi apabila berlakunya transaksi jual beli. Wallahu’allam.

Kesimpulan saya, walaupun saya bersetuju secara umum dengan ulasan berkaitan kontrak Syariah yang digambarkan, saya merasakan adalah sangat tidak tepat untuk beliau:

(i) menyatakan bahawa struktur e-wallet di Malaysia sama sahaja seperti struktur e-wallet di Indonesia, walhal ada perbezaan jelas dalam kerangka perundangan, kawal selia dan pengurusan e-wallet di antara syarikat pengeluar e-wallet di dua negara ini;

(ii) menyimpulkan bahawa semua akad di antara pengguna e-wallet dengan syarikat e-wallet adalah berdasarkan akad qard (pinjaman), walhal telah diberikan contoh di atas wujud ciri-ciri lain yang menyebabkan tidak semudah itu untuk diringkaskan apakah akad yang mendasari produk e-wallet ini, kajian terperinci diperlukan dalam menilai adakah akad itu termasuk dalam kategori ‘uqud mustajiddah (akad baharu) atau ‘uqud musamma (akad tradisional yang ada dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh);

(iiI) menyatakan bahawa adanya elemen riba dalam semua e-wallet tanpa menyedari setiap e-wallet mempunyai ciri-ciri yang berlainan.

Justeru, saya merasakan bab hukum hakam ini sewajarnya diserahkan kepada pihak berautoriti dan para agamawan yang dikenali kepakaran dan latar belakangnya.

Kredit: FB Ezry Fahmy

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

AKPK Beri Manfaat Kepada 1.4 Juta Individu Sehingga Disember 2024 – Kementerian Kewangan


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) sehingga Disember 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan daripada jumlah peserta PPK, hampir 60,000 atau 12 peratus peminjam telah berjaya menyelesaikan pinjaman mereka dan menamatkan penyertaan dalam PPK.

Dalam pada itu, lebih 26,000 atau lima peratus peminjam telah menamatkan penyertaan dalam program ini memandangkan mereka telah berkemampuan untuk menyelesaikan hutang mereka tanpa bantuan AKPK dan hampir 253,000 peminjam atau 51 peratus masih aktif mengikuti program berkenaan.

“Kerajaan sentiasa komited dalam memperkasakan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk golongan berpendapatan rendah, memandangkan ia merupakan kemahiran hidup yang penting bagi membina ketahanan kewangan untuk menjamin kesejahteraan kewangan pada masa hadapan.

“Usaha ini diterajui Jaringan Pendidikan Kewangan atau lebih dikenali sebagai Financial Education Network (FEN) untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan pengurusan kewangan berhemat dan mengelakkan terjebak ke dalam perangkap hutang,” kata MOF menerusi jawapan bertulis di laman portal Dewan Negara hari ini.

Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad yang ingin mengetahui mengenai perancangan kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dalam isu hutang.

Mengulas lanjut, MOF berkata sebanyak 332 program literasi kewangan telah dianjurkan oleh ahli dan rakan usaha sama FEN dengan penglibatan sebanyak 37 juta penyertaan fizikal dan atas talian, berjumlah 289 program (87 peratus) melibatkan golongan berpendapatan rendah pada tahun lepas.

“Selain itu, sebanyak lapan sesi program pendidikan kewangan untuk usahawan mikro turut dilaksanakan sepanjang Bulan Literasi Kewangan, melibatkan 357 usahawan mikro dengan peningkatan pengetahuan sebanyak 14 peratus.

“Program ini merupakan salah satu usaha untuk memperkukuhkan pendidikan kewangan untuk golongan berpendapatan rendah, dalam usaha menggalakkan perbelanjaan bertanggungjawab dan keutamaan menyimpan,” kata MOF.

— BERNAMA