Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019

Industri hartanah di Malaysia sepanjang tahun 2019 menyaksikan adegan turun naik yang dinamik dan juga satu anjakan pertumbuhan positif dalam penjualan hartanah di Malaysia.

Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil langkah yang produktif dalam membantu kedua – dua pihak pemaju dan pembeli.

Caranya adalah dengan menyelesaikan lambakan hartanah tidak terjual dan membantu pembeli rumah pertama melalui beberapa inisiatif dan kempen.

Baca : Belanjawan 2020 : Industri Hartanah Bakal Terima Impak Positif

Penyelidikan yang mendalam dan teliti tentang permasalahan dan solusi juga rancak diperbincangkan bukan sahaja di peringkat tertinggi bahkan sehingga ke pihak bawahan.

Di antara laporan penyelidikan hartanah yang paling popular telah  dikeluarkan sepanjang tahun 2019 adalah daripada Khazanah Research Institute (KRI), Bank Negara Malaysia (BNM), Real Estate & Housing Developers (REHDA) dan Demographia International.

Untuk rekod setakat November 2019, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) telah membantu pertumbuhan hartanah terjual dengan penjualan membabitkan 28,000 unit hartanah pelbagai kategori yang berjumlah hampir RM21 bilion.

Bahkan impak positif dalam industri hartanah tidak terbatas menerusi kempen HOC sahaja. Berikut merupakan rumusan dalam industri hartanah sepanjang tahun 2019.

1. Home Ownership Campaign (HOC)

Mula dilaksanakan pada 1 Januari 2019 yang lalu dan berakhir 30 Jun 2019. Dek kerana permintaan yang memberangsangkan dari pembeli rumah, kempen ini telah dilanjutkan ke 31 Disember 2019.

Baca : Pembiayaan Hartanah Dilanjutkan Sehingga 40 Tahun. Bagus Ke Tak?

Kempen ini diumumkan pada Belanjawan 2019 November yang lalu dan direncanakan oleh Real Estate & Housing Developers (REHDA) bertujuan untuk membantu pemaju menjual lambakan unit hartanah yang tidak terjual dan membantu pembeli rumah pertama membeli rumah pada harga yang lebih murah.

Menerusi kempen HOC, pembeli rumah akan dikecualikan daripada kos duti setem, mendapat diskaun, rebat dan cashback dengan pembelian hartanah yang didaftarkan dengan HOC.

Duti setem dan kos perjanjian pinjaman juga diketepikan untuk RM1 juta yang pertama harga hartanah dan pinjaman hartanah bernilai sehingga RM2.5 juta.

2. Kenaikan Penjualan Hartanah

Buat julung kalinya, prestasi penjualan hartanah di Malaysia pada tahun 2019 meningkat dan semakin pulih semenjak tahun 2015.

Berdasarkan data dari National Property Information Centre (NAPIC), urusan jual beli hartanah telah melonjak pada tahun 2019 kepada 160,172 transaksi dengan nilai RM68.3 bilion berbanding hanya 149,862 transaksi pada 2018 dengan nilai RM67.7 bilion

Baca : Kenapa Harga Rumah Semakin Mahal?

“Tahukah anda, prestasi penjualan hartanah di Malaysia meningkat 6.9% pada suku pertama 2019 berbanding suku pertama 2018.”

Rumah kediaman daripada jenis kondominium yang berharga RM200,000 hingga RM300,000 yang dikategorikan sebagai rumah mampu milik yang tidak terjual adalah lebih tinggi berbanding rumah kediaman mewah berharga RM1 juta ke atas.

3. Semakan Semula Kadar RPGT

Dalam usaha untuk menurunkan pasaran tidak terjual kediaman dan bilangan hartanah yang tidak terjual, Kerajaan telah menyemak semula kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang turut dikenali sebagai RPGT.

Baca : Fahami  4 Jenis Cukai Yang Ada Di Malaysia

Semakan semula ini bermaksud menambah baik layanan kadar CKHT dengan menetapkan nilai pasaran pada 1 Januari, 2013 sebagai harga pemerolehan harta tanah bagi harta tanah yang diperoleh sebelum 1 Januari, 2013 berbanding 1 Januari 2000 yang ditetapkan sebelum ini untuk tujuan pengiraan CKHT.

Baca : Hapuskan Intensif Cukai Yang Dah Lapuk

Di antara pengecualian CKHT adalah :-

  • Pengecualian keuntungan daripada penjualan hartanah kediaman sekali seumur hidup kepada individu.
  • Pengecualian keuntungan hasil penjualan hartanah kepada ahli keluarga.
  •  Hartanah di bawah RM200,000 akan dikecualikan daripada CHKT.
  •  10% keuntungan atau RM10,000 bagi setiap transaksi (yang lebih tinggi nilai) juga tidak dikenakan cukai

5. Hartanah RM600,000 – RM1 juta Untuk Warga Asing

Ini merupakan inisiatif yang paling kontroversi sepanjang tahun 2019 apabila Kerajaan menurunkan nilai ambang bagi kediaman high-rise di kawasan bandar kepada RM600,000 sahaja berbanding RM1 juta kepada warga asing.

Baca : Nak Beli Hartanah Luar Negara? Ambil Tahu 4 Perkara Ini Dulu

Inisiatif ini dikritik hebat oleh ramai pihak termasuk Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) yang mengatakan tindakan ini hanyalah solusi jangka pendek dan hanya menunjukkan Kerajaan lebih mesra pemaju berbanding kepentingan rakyat Malaysia sendiri.

Sungguhpun begitu, Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa warga asing hanya boleh memiliki rumah high-rise di Malaysia sebagai rumah percutian dan mereka tidak sesekali akan ditawarkan kerakyatan Malaysia.

Untuk rekod, hartanah kondominium dan pangsapuri tidak terjual setakat suku kedua 2019 bernilai RM8.3 bilion.

6. Skim Rent-To-Own (RTO)

Skim ini membantu golongan B40 khususnya anak muda untuk membeli hartanah gara – gara tidak berupaya membayar 10% deposit dan kesukaran mendapatkan akses pinjaman pembiayaan hartanah mereka.

Apa yang menarik tentang skim ini adalah, pembeli rumah mampu menggunakan skim ini untuk membeli rumah pertama pada harga sehingga RM500,000.

“Antara skim yang berada di pasaran adalah SP Setia FlexKey, Skim Smart Sewa Selangor, PR1MA Rent-To-Own (RTO) dan HouzKEY Maybank.”

Dalam bahasa mudah, kita menyewa rumah tersebut untu satu tempoh dan harga yang dipersetujui. Selepas itu, rumah itu boleh dijadikan rumah kita.

Akan tetapi, kadar sewaan bulanan skim ini adalah lebih tinggi berbanding pasaran kerana sebahagian wang dimasukkan ke dalam dana untuk membeli rumah tersebut.

Ini adalah kelebihan Skim Pembiayaan Sewa Beli (RTO) :-

  • 0% Deposit
  • Pengecualian Duti Setem
  • Beli harga mengikut tarikh kontrak, jual pada harga pasaran.

Pasaran hartanah untuk tahun 2020 dijangka terus berdepan dengan cabaran dalam menyelesaikan lambakan hartanah tidak terjual sedia ada di pasaran.

Pemaju hartanah juga wajar membina lebih banyak rumah dalam kurungan harga RM282,000 ke bawah dan mengikut harga yang sesuai untuk dibeli mengikut saranan BNM.

Diharapkan semoga Kerajaan kekal melaksanakan skim-skim dengan usaha sama pemaju hartanah dalam merangsang perkembangan industri hartanah bagi kepentingan pembeli.

Selagi isu golongan B40 tidak menerima kenaikan gaji yang setimpal dengan kadar inflasi dan kos sara hidup, selagi itulah kadar pemilikan hartanah Bumiputera kekal di takuk lama.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman