“Hapuskan Insentif Cukai Yang Dah Lapuk”

Insentif cukai yang tidak lagi relevan kepada ekonomi negara pada hari ini, perlu dikurangkan atau dihapuskan sama sekali, kata pakar ekonomi terkenal Profesor Dr Jomo Kwame Sundram. Ini bagi memastikan Malaysia dapat memperolehi sistem cukai yang lebih efektif.

Beliau menekankan betapa pentingnya bagi Malaysia menilai semula insentif cukai, sesetengahnya diwujudkan sejak tahun 1950-an lagi; bagi membolehkan syarikat merebut peluang yang ada.

“Ada banyak cara untuk menaikkan kadar cukai. Buat masa sekarang, banyak syarikat yang terkecuali daripada membayar cukai, maka mengurangkan atau menghapuskan pengecualian tersebut masuk akal,” kata Dr Jomo kepada wartawan.

“Idea asal untuk mengenalkan cukai tersebut adalah baik, tetapi situasi telah berubah. Apa guna menawarkan insentif cukai bagi sesuatu yang tidak lagi relevan, tetapi syarikat mengambil kesempatan di atasnya?”

Menurut Dr Jomo yang merupakan penasihat kanan Khazanah Research Institute, syarikat yang melabur dan membantu meningkat ekonomi rakyat tempatan perlu diberi kelonggaran cukai, tetapi sistem percukaian yang pintar diperlukan bagi mengatasi mereka yang menggunakan duit yang dijimatkan untuk tujuan tidak berkaitan.

“Basically, what you want is smart taxation. You want to have economic incentives, but meaningful ones. We want to reward entrepreneurship and not discourage it,”

Sumber: The Edge Markets

Apa Insentif Cukai Yang Dimaksudkan Beliau?

Dr Jomo tidak memberitahu secara spesifik cukai mana yang dimaksudkan. Tetapi apa yang kami tahu, ia terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Mengikut Undang-Undang seperti Akta Cukai Pendapatan 1967

A. Approved Services Projects (ASP) – Section 127
B. Trading Companies
C. Operational Headquarters Company (OHQ)
D. Tour Operator
E. Organisers of International Conference
F. Promotion of International Trade Exhibitions in Malaysia
G. Promotion of Export
H. Promotion of Car and Motorcycle Racing Events
I. Promotion of Boat/Yacht Maintenance Activities in Langkawi
Companies undertaking repair and maintenance activities of luxury boats and yacht in Langkawi are eligible for full income tax exemption for 5 years.
J. Chartering Services of Luxury Yatchs
K. Rental of ISO Containers
L. Royalty Under The Franchised Education Scheme
M. Investment Allowance (IA) -Schedule 7B
N. Reinvestment Allowance (RA)

Fuh, macam-macam ada ni. Memang seronoklah syarikat korporat yang dapat insentif cukai ni.

2. Mengikut Sektor

  1. Manufacturing
  2. Agriculture
  3. Services
  4. Environment Protection Activity
  5. Information & Communication Technology (ICT)
  6. Labuan IOFC
  7. Industri Petroleum Huluan

Jika dipecahkan ikut sektor atas ni memang banyak lagi pecahan. Ambil contoh satu sektor iaitu sektor perkilangan:

  1. Pioneer Status or Investment tax Allowance
  2. Industrial Adjustment Allowance
  3. Infrastructure Allowance
  4. Reinvestment Allowance
  5. Industrial Building Allowance
  6. Double deduction on expenses for the promotion of exports
  7. Double deduction for promotion of Malaysian brand names
  8. Double deduction incentive for research and development
  9. Double deduction incentives for training
  10. Double deduction incentives on freight charges
  11. Double deduction on export credit insurance premium
  12. Single deduction on pre-operating training expenses
  13. Single deduction on expenses incurred for obtaining quality systems and halal certification and accreditation
  14. Tax exemption on the value of increased exports
  15. Accelerated Capital Allowance
  16. Duty exemption on machinery, equipment, raw materials & components for:
    • producing manufactured goods
    • research activity – training activity
    • environmental protection

Selain daripada itu, kita juga ada

Perincian lebih lanjut boleh didapati di laman web Kementerian Kewangan Malaysia.

Pada pandangan kami idea ini adalah bernas jika matlamatnya nak mengelakkan sebarang manipulasi oleh syarikat-syarikat korporat tempatan / antarabangsa (MNC).

Sebagai contoh, jika syarikat tersebut memiliki status MSC, mereka layak dapat pelepasan cukai 100% selama 5 tahun. Logik manipulasi paling mudah, anak-anak syarikat yang tiada status MSC akan lapor rugi sebab dah transfer profit ke syarikat induk yang berstatus MSC. (Ini sekadar contoh, jangan saman kami ya!)

Tahun 2017 syarikat-syarikat berstatus MSC mencatatkan pendapatan RM50.77 bilion, maka 100% tidak masuk ke kantung negara kerana telah diberikan insentif cukai.

Rujuk : MSC Malaysian Revenue

Ada syarikat yang telah mendapat status ini sejak 1997 dan masih ‘direnew’ sehingga sekarang.

Rujuk : Active MSC Malaysia Status Companies

Soalan : Takkan syarikat yang sudah lama bertapak (sepatutnya stabil) masih nak diberi tongkat, eh insentif sebegini?

Berapa bilion agaknya pendapatan negara dah hilang akibat dari manipulasi sebegini? Walau apa pun, sama-sama kita tunggu adakah bakal ada sebarang ‘rombakan’ kepada sistem percukaian negara.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wakaf: Cara ‘Pro’ Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)

Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.

Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.

1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?

Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.

  • Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
  • Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.

2. Simulasi

Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.

Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).

Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.

Tanpa Wakaf (RM)Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat60,00060,000
Sumbangan Wakaf0(6,000)
Baki Pendapatan Agregat60,00054,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup(15,000)(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)45,00039,000

Pengiraan Cukai

Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:

Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200

Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840

Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.

Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”

“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.

Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.

PerkaraSituasi A (Zakat Sahaja)Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan AgregatRM100,000RM100,000
Sumbangan WakafRM0(RM10,000)
Baki Pendapatan AgregatRM100,000RM90,000
Tolak Pelepasan Individu(RM15,000)(RM15,000)
Pendapatan Boleh DicukaiRM85,000RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)RM8,200RM6,100
Tolak Rebat Zakat(RM2,500)(RM2,500)
Cukai Perlu BayarRM5,700RM3,600

Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.

2. Cara Nak Berwakaf (Saluran Rasmi)

1. Portal Rasmi (Paling Senang)

Layari laman web Wakaf Wilayah Persekutuan (www.wakafwilayah.com.my).

  • Boleh pilih projek spesifik yang nak dibantu.
  • Bayar terus guna FPX (online banking).
  • Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.

2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ

Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.

  • Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
  • Dapat resit fizikal on-the-spot.

Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.

  • Selangor: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Johor: Saham Wakaf Johor (Yayasan Wakaf Johor)
  • Pulau Pinang: Wakaf Pulau Pinang
  • Perak: Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
  • Kedah: Wakaf Kedah
  • Negeri Sembilan: Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
  • Melaka: Wakaf Melaka
  • Pahang: Wakaf Pahang
  • Kelantan: Wakaf Tunai MAIK
  • Terengganu: Wakaf MAIDAM
  • Sabah: Wakaf Sabah (MUIS)
  • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak