Pembiayaan Rumah Dan Kereta Lebih Senang Lulus Bila OPR Turun?

Pada 22 Januari 2020 yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman atau overnight policy rate(OPR) dari 3.0% kepada 2.75%.

Kadar OPR sekarang adalah merupakan kadar yang terendah sejak 9 tahun yang lalu iaitu pada Mac 2011. Ia juga penurunan kali kedua dalam tempoh 6 bulan.

Ini agak mengejutkan ramai pakar ekonomi yang menjangkakan kadar OPR akan kekal selepas diturunkan pada Mei 2019.

Apa Itu OPR, Kenapa BNM Turunkan OPR Dan Apa Impak Kepada Rakyat Marhaen?

OPR ialah kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman di antara bank.

Contoh kalau bank A tak cukup duit sebab ramai withdraw dalam sehari, bank A akan pinjam dari bank B. Sekiranya ramai deposit duit, bank A akan pulangkan semula duit pinjaman sekali dengan faedah (interest).

OPR ini menjadi kos kepada bank-bank. Sekiranya OPR turun, kos bank akan berkurang dan bank mampu untuk tawarkan pembiayaan dan pinjaman (loan) dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Secara umumnya, Bank Negara menurunkan kadar faedah untuk meningkatkan ekonomi negara. Apabila kos pinjaman dan bayaran bulanan berkurang, rakyat akan ada lebihan duit untuk berbelanja. Ini secara tidak langsung dapat merancakkan ekonomi negara.

Selain daripada itu, pasaran hartanah akan lebih rancak kesan daripada kadar faedah rendah yang ditawarkan oleh pihak bank. Pembeli rumah yang baru akan dapati kadar faedah yang bank tawarkan lebih murah dan menarik. Justeru, pasaran hartanah akan mendapat impak yang positif kesan daripada penurunan OPR.

Kalau anda ada ASB Financing yang dimulakan agak lama, kemungkinan kadar feadah ketika itu agak tinggi sehingga lebih 5%. Kalau anda masih mahu meminjam ASB Financing, mungkin boleh cuba tanya semula bank tentang kadar faedah yang ditawarkan sekarang dan mulakan semula.

CIMB Bank adalah di antara yang terawal telah membuat pengumuman untuk mengurangkan kadar asas bank untuk pengiraan faedah pinjaman bermula 30 Januari 2020.

Ini bermakna kalau anda nak apply loan dari bank, boleh cuba selepas 30 Januari ini untuk dapatkan kadar faedah lebih rendah. Bayaran bulanan pastinya akan jadi lebih murah.

Walaupun bayaran bulanan pinjaman rumah akan jadi lebih murah, ini tidak bermakna permohonan pinjaman akan jadi lebih mudah. Cuma kos yang ditanggung untuk bayaran pinjaman akan berkurang.

Kalau anda berniat untuk beli rumah, mungkin ini masanya untuk beli rumah yang sesuai dengan kemampuan kewangan peribadi anda.

Sama juga halnya dengan pembiayaan kereta, pastinya kadar instalment bulanan juga akan jadi lebih murah. Tapi jangan pula pergi angkat kereta Mercedes, sedangkan banyak lagi pilihan yang lebih berbaloi-baloi dan menjimatkan.

Sumber Rujukan:

Artikel ini ditulis oleh Mohd Arif Irfan, seorang juruaudit di salah sebuah firma audit di Malaysia. Beliau telah lulus kesemua kertas peperiksaan ACCA dan sedang mengutip pengalaman untuk menjadi akauntan bertauliah. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di FB Arif Irfan.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kesan Penurunan OPR Kepada Rakyat Malaysia

Overnight Policy Rate (OPR) adalah kadar faedah utama yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai alat untuk mengawal dasar monetari negara. Ia mempengaruhi kos pinjaman antara bank dan seterusnya kadar faedah yang dikenakan kepada pengguna dan perniagaan. Apabila OPR mengalami penurunan, ia akan memberikan impak tertentu kepada rakyat Malaysia, terutama dari segi kewangan harian dan ekonomi secara keseluruhan.

1. Pinjaman Menjadi Lebih Mampu Milik

Penurunan OPR biasanya diikuti dengan penurunan kadar faedah pinjaman oleh institusi kewangan. Ini bermakna pinjaman rumah, pinjaman kenderaan, dan pinjaman peribadi akan menjadi lebih murah untuk dibayar balik. Bayaran bulanan yang lebih rendah dapat mengurangkan tekanan kewangan isi rumah dan memberi ruang kepada individu untuk menguruskan perbelanjaan lain dengan lebih selesa.

2. Meningkatkan Kuasa Beli Rakyat

Dengan beban hutang yang lebih rendah, rakyat mempunyai lebihan wang yang boleh digunakan untuk perbelanjaan harian atau simpanan. Situasi ini dapat merangsang permintaan pengguna dalam ekonomi kerana lebih ramai individu mampu membeli barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan.

3. Galakan Kepada Pelaburan Dan Perniagaan

Kadar faedah yang rendah juga menjadi insentif kepada pelabur dan peniaga untuk mendapatkan pembiayaan tambahan. Pinjaman yang lebih murah membantu perniagaan berkembang, meluaskan operasi atau memulakan projek baru. Pelabur individu pula lebih cenderung untuk melabur dalam aset seperti saham atau hartanah apabila kos pinjaman berkurangan.

4. Pulangan Simpanan Yang Rendah

Satu kesan sampingan daripada penurunan OPR adalah kadar faedah simpanan dan deposit tetap juga akan menurun. Ini menyebabkan pendapatan daripada simpanan di bank menjadi kurang menarik. Rakyat yang mengharapkan pendapatan tetap dari simpanan perlu mencari alternatif pelaburan yang memberikan pulangan lebih tinggi tetapi mungkin datang dengan risiko yang lebih besar.

5. Risiko Kenaikan Inflasi

Penurunan OPR bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan jumlah wang yang beredar dalam pasaran. Namun, peningkatan ini boleh menyebabkan inflasi meningkat kerana permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan bertambah. Inflasi yang tinggi akan menyebabkan harga barang naik, seterusnya menekan kos sara hidup rakyat.

6. Kesan Kepada Nilai Ringgit

Penurunan kadar faedah juga boleh melemahkan nilai ringgit berbanding mata wang asing. Ringgit yang lemah menjadikan harga barang import lebih mahal, sekali gus memberi kesan kepada harga barangan pengguna yang bergantung pada barangan import.

Penurunan OPR membawa manfaat langsung kepada rakyat dalam bentuk pinjaman yang lebih rendah dan peningkatan kuasa beli. Namun, terdapat juga cabaran seperti pulangan simpanan yang rendah dan risiko inflasi yang perlu diberi perhatian. Oleh itu, rakyat digalakkan untuk mengurus kewangan mereka dengan bijak dan menyesuaikan strategi kewangan bagi menghadapi perubahan ekonomi yang berlaku.