Covid-19: Sesuai Ke Nak Melabur Saham Di Bursa Malaysia Sekarang?

“Bro, saham tengah murah kaw kaw, sesuai ke aku beli saham sekarang??”

Dengan pasaran saham telah memasuki ‘bear market’ setelah jatuh lebih daripada 20% daripada keadaan tertinggi, mesti ramai yang tengah takut sekarang untuk melabur.

Persoalannya, adakah sekarang masa yang sesuai untuk kita melabur saham? Bursa Malaysia kita tu boleh bertahan ke? Boleh naik balik ke saham-saham yang tengah ‘murah’ tu?

Saham Nestle dari RM149 sekarang RM138.
Saham F&N dari RM34 sekarang RM28.
Saham Ajinomoto dari RM15 sekarang RM10.50.

(Ada banyak lagi tetapi sengaja kami beri contoh saham-saham yang mahal dan menjadi idaman ramai)

Ok, pertamanya kita bukan dalam fasa financial crisis (1998/2008), tetapi health crisis. Bezanya orang masih ada duit, cuma takut / tak boleh nak berbelanja.

Bank-bank kita pun masih steady.
Rujuk S&P kekalkan unjuran kukuh untuk bank Malaysia

Association of Banks in Malaysia (ABM) juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa bank-bank telah bersedia untuk membantu syarikat yang terkesan dengan virus Covid-19.

Baca juga Pembayaran Balik Pinjaman Rumah Boleh Ditangguhkan Dengan Adanya ‘Moratorium’

Tak apa, jom kita tengok 6 lagi faktor berikut:

1. Belajar dari kejatuhan dulu, Bursa Malaysia kita kini lebih matang dan mempunyai beberapa kawalan / inisiatif.

Sebagai contoh, kita ada Circuit Breaker atau pun ‘pemutus litar’. Ianya merupakan satu langkah yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia pada Mac 2002 dengan tujuan untuk menstabilkan ketidaktentuan pasaran dan memutuskan sama ada dagangan digantung sementara atau pun digantung sepenuhnya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelabur.

Untuk faham lebih lanjut, jemput baca Apa Itu Circuit Breaker Dalam Saham? Ala, konsep macam circuit breaker dekat rumah kita tu je, bila kilat terus suis tu ‘tendang’.

2. Penglibatan jerung antarabangsa atau pun foreign fund (BlackRock, Vanguard etc) dalam pasaran saham Bursa Malaysia hanya sekitar 48.45% dan kalau pun mereka keluar ramai-ramai (harapnya tidak), tak rasa yang pasaran saham kita akan jatuh teruk sangat.

Boleh follow pergerakan keluar masuk foreign fund dari semasa ke semasa di laman The Edge (Kajian MIDF Research).

3. Institusi-institusi tempatan seperti KWSP, PNB, Khazanah, KWAP, LTAT, Tabung Haji mempunyai modal yang cukup untuk mempertahankan Bursa Malaysia.

KWSP saja ada dana hampir RM1 trilion
PNB ada hampir RM300 bilion
KWAP ada RM100 bilion lebih
Khazanah ada hampir RM100 bilion

Isk, banyak tu!

LTAT dengan Tabung Haji lagi, diorang ni semua yang akan support pasaran saham tempatan.

4. Tahun lepas masa jerung antarabangsa tengah banyak ‘lari’, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) ada sebut yang liquidity pasaran saham kita sekarang cukup dan lebih baik, tak seperti dulu.

Rujuk Malaysia has ample liquidity to buffer foreign sell-off.

Pelabur runcit pun sekarang dah bertambah ramai, hampir 25% transaksi setiap hari adalah dari kalangan pelabur runcit macam kita/anda semua.

Ditambah lagi dengan jerung-jerung tempatan yang mempunyai banyak duit untuk menyerap tekanan jualan.

Jenis jenis pelabur

5. Jarang dah dengar zaman sekarang orang jadi papa kedana sebab melabur saham, sebabnya pelabur dan pedagang runcit kita dah semakin pandai. Mereka sekarang majoritinya dah belajar ilmu Fundamental Analysis (FA), Technical Analysis (TA) dan Money Management. Terima kasih atas inisiatif Bursa Malaysia dan sifu-sifu saham kita dalam memandaikan masyarakat. Dulu seminar saham memang tak banyak macam sekarang.

Baca juga Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

Dengan adanya ilmu-ilmu ini, kebanyakan dah ada trading plan siap-siap. Tak panik dan hanya masuk ke dalam pasaran bila ada peluang.

Dulu yang buat teruk ramai suka beli saham secara “berhutang” (margin), tetapi sekarang ramai dah faham risikonya.

6. Pernah dengarkan ada pakar kata kitaran ekonomi ni 10 tahun sekali?Kegawatan ekonomi terakhir berlaku pada tahun 2008, namun setahun dua selepas itu ekonomi pulih dan pasaran saham naik semula. Sekarang ni tahun 2020, nampaknya teori tu terlajak 2 tahun.

Sumber gambar: Alumni Asri Ahmad Academy

Kalau kita kaji betul-betul, kejatuhan memang dapat dirasai. Naik lambat, tapi bila jatuh memang terjun terus. Kalau kita dapat bertahan dalam masa 1-2 tahun tersebut, Insya-Allah keadaan akan kembali pulih semula.

Prestasi Pasaran Saham Malaysia (FBMKLCI)

Sumber: TradingView

Prestasi Pasaran Saham Amerika Syarikat (Dow Jones)

Sumber: TradingView

Insha-Allah kerajaan akan pam duit berbilion, demi membantu mereka yang terkesan tapi jika semua tak boleh berbelanja atau tak boleh berniaga tak ada maknanya. Maka sama-sama jaga diri, doakan semoga virus ini cepat-cepat lenyap di muka bumi dan paling penting…STAY AT HOME!

Kesimpulan

Orang kata time-time sekarang ni cash is king? Cash saja tak cukup. Nak melabur ni kena ada ilmu. Kalau takut untuk melabur sekarang, duduk tepi dulu dan tunggu sehingga keadaan kembali reda. Alah, 1-2 tahun je pun bukan lama sangat.

Kepada mereka yang dah ada ilmu dan duit modal, memang ON! Harga saham tengah murrrr murrr kot. Takkan nak tunggu dia jadi mahal balik baru nak kelam kabut beli?

Senang cerita, kita perlu bijak memilih saham yang kukuh (Fundamental yang kuat) tetapi berada dalam keadaan diskaun (Undervalued).

Jemput juga layan video daripada mentor pelaburan saham kita, Tuan Haji Mohd Asri Ahmad mengenai isu ini.

Kepada yang baru nak belajar pasal pelaburan saham, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.