Andrew Krieger, Pelabur Yang Membuat Keuntungan Sebanyak $300 Juta Ketika Peristiwa Black Monday 1987

Kegawatan ekonomi telah tiba akibat daripada penularan virus COVID-19. Keadaan yang genting ini telah menyebabkan ekonomi dunia ‘crash’ dan tidak ada negara yang tidak terkesan dengan wabak ini.

Kegawatan ekonomi bukanlah perkara yang asing, kerana ianya merupakan kitaran yang berlaku setiap 10-12 tahun. Yang terakhir kita dapat merasai Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998 dan Krisis Subprime pada tahun 2008.

Pad tahun 1987 pula, ekonomi meleset dipercayai disebabkan oleh sistem trading saham yang dikawal oleh komputer telah melakukan transaksi tanpa kawalan. Ini menyebabkan sesetengah saham dijual dengan jumlah yang banyak dan mengejut, sehingga menimbulkan panik dikalangan pelabur terutamanya pelabur jangka pendek.

Peristiwa ini dikenali sebagai Black Monday yang berlaku pada hari Isnin 19 Oktober 1987.

This image has an empty alt attribute; its file name is Andrew-Krieger-Pelabur-Yang-Membuat-Keuntungan-Sebanyak-300-Juta-Ketika-Peristiwa-Black-Monday-1987-2-700x399.jpg

Walaupun ramai pelabur telah kehilangan duit pelaburan mereka pada Black Monday ini, seorang pelabur yang kurang dikenali berjaya membuat keuntungan luarbiasa. Beliau telah membuat short-selling terhadap mata wang New Zealand yang pada ketika itu mata wang tersebut saja baru didagangkan di dalam dunia Forex (Menggunakan dollar sebagai tambatan pada 4 Mac 1985).

Seorang pelabur yang dikenali sebagai Andrew Krieger telah melakukan pertaruhan terhadap mata wang New Zealand dan berjaya mendapat keuntungan sebanyak $300 juta.

Siapa Andrew Krieger Ni?

Andrew Krieger merupakan graduan Universiti Wharton School of Business yang terletak di Pennsylvania. Beliau mempunyi ijazah di dalam bidang Bahasa Sankrit dan juga Falsafah. Sesuatu yang pelik bagi seorang trader bertaraf dunia yang tidak mempunyai ijazah khusus di dalam bidang ekonomi.

Beliau kemudianya bekerja sebagai seorang trader di sebuah bank terkenal pada era tersebut iaitu Salomon Brothers yang merupakan sebuah bank pelaburan yang penting berpengkalan di New York pada ketika itu.

Nak baca pasal Wharton School of Business??…klik di sini

Setelah beberapa lama bekerja di Salomon Brothers, Andrew Krieger telah berpindah ke bank yang lebih kecil iaitu Bankers Trust. Ketika di sini, beliau telah menununjukan prestasi yang begitu baik dengan menggunakan cara trading yang agresif.

Hanya 6 bulan di sana, beliau telah diberi peluang untuk menggunakan modal yang besar bagi menjalankan trading bagi pihak bank. Beliau menggunakan teknik trading yang agresif di dalam setiap trading yang dilakukanya. Dengan kepakaran yang dimilikinya itu, ianya telah memberi keyakinan yang tinggi kepadanya.

Pada era 1980-an, kebanyakan trader yang menjalankan trading untuk institusi kewangan diberi had limit sebanyak $50 juta setiap seorang.

Berlainan dengan Andrew Krieger yang mana pihak Bankers Trust telah memberi kepercayaan yang tinggi kepada beliau yang mana pihak bank telah memberi had limit sebanyak $700 juta.

Pada peristiwa Black Monday 1987 di mana kebanyakan pelabur Wall Street mengalami panik akibat Indeks Dow Jones telah jatuh lebih daripada 20% dalam masa sehari, iaitu jatuh sebanyak 508 mata.

Ramai pelabur yang panik telah menjual hampir kesemua saham mereka tetapi bagi Andrew Krieger, ia adalah peluang keemasan yang telah memberinya keuntungan yang besar.

Beliau melakukan pertaruhan terhadap mata wang New Zealand yang pada pendapatnya, mata wang tersebut mempunyai nilai yang lebih kukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat pada ketika itu.

Disebabkan tindakan beliau itu, ianya telah memberi pulangan yang sangat memberangsakan dengan mengaut keuntungan sebanyak $300 juta.

Semua yang dilakukan oleh Andrew Krieger bukanlah merupakan tindakan yang tidak berilmu, sebaliknya ianya merupakan strategi yang telah lama beliau kaji dan menunggu masa yang sesuai. Selain daripada itu, kawalan emosi juga sangat penting di dalam melakukan trading pada skala yang besar.

Trading yang dilakukan oleh Andrew Krieger ini berjaya kerana beliau mempunyai ilmu Fundamental Analysis yang cukup kuat. Kebanyakan trader pada hari ini kurang peka mengenai ilmu Fundamental Analysis dan hanya fokus kepada ilmu Technical Analysis.

Setahun selepas peristiwa tersebut iaitu pada tahun 1988, beliau telah berhenti kerja daripada Bankers Trust dan membina kerjaya yang cemerlang dengan lagenda yang terkenal, iaitu George Soros.

Nak baca kisah hidup George Soros …klik di sini

Sumber Rujukan:

Bukan nak suruh kita trade forex ya, sebab ianya adalah haram. Tak percaya, jemput baca Garis Panduan Syariah dalam Perdagangan Forex dan FOREX Trading Online – Fatwa Mana Yang Kata Harus?

Pengarajan yang boleh diambil adalah memastikan kita mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum membuat sebarang tindakan untuk melabur. Kita juga mesti berpegang dengan pepatah, ‘High risk high return’. Kalau tak mampu nak menanggung kerugian yang besar, jangan mengambil risiko yang tinggi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.