Bangun Pagi, Harga Minyak Mentah Dunia Dah Negatif!

Ketika wabak COVID-19 masih belum berakhir, buat pertama kali dalam sejarah, harga minyak mentah West Texas Index (WTI) yang menjadi kayu pengukur kepada harga minyak mentah dunia kini didagangkan jatuh ke bawah paras $0, iaitu ke paras negatif -$37.65 setong pada lewat Isnin.

Apakah maksudnya? Apakah kesannya? Kita bakal dapat minyak free ke?Ada netizen yang cakna, ada yang keliru.

https://twitter.com/HamirUmar/status/1252378056246747136

Harga minyak dunia saat ini $21.63 berdasarkan kontrak Jun2020.Doakan yang terbaik

تم النشر بواسطة ‏‎Bukhari Razali‎‏ في الاثنين، ٢٠ أبريل ٢٠٢٠

harga minyak dunia freefall to minus zerokorang jangan pergi minta minyak free dekat stesen minyak.dan support petronas, sampai bila2.

تم النشر بواسطة ‏‎Ahmad Tarmizi Sulong‎‏ في الاثنين، ٢٠ أبريل ٢٠٢٠

TERUKNYA HARGA MINYAK DUNIA. 1st time harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh ke bawah paras $0, iaitu ke…

تم النشر بواسطة ‏‎Kamal Husaini Kassim‎‏ في الاثنين، ٢٠ أبريل ٢٠٢٠

Harga Minyak dunia jatuh USD11 per barrel and menghampiri negative price maksudnya pengeluar minyak kena bayar lagi kt…

تم النشر بواسطة ‏‎Nael Sahlan‎‏ في الاثنين، ٢٠ أبريل ٢٠٢٠

Pagi ni sj jenguk Trading View. Macamana harga minyak leh sampai negatif yerk?… trader ni nak short pun patut2 lah……

تم النشر بواسطة ‏‎Nor Afandi Jamaian‎‏ في الاثنين، ٢٠ أبريل ٢٠٢٠

Dalam sejarah dunia minyak (black gold) sejak awal 90an, harga minyak dunia jatuh sehingga -$37 per barrel sejak…

تم النشر بواسطة ‏‎Amir Marzhuki‎‏ في الاثنين، ٢٠ أبريل ٢٠٢٠

Pasaran minyak untuk May ditutup pada harga terendah dalam sejarah, -37.36 USD / Barrel.Hacks mahal lg bro!

تم النشر بواسطة ‏‎Muhammad Mamzah‎‏ في الاثنين، ٢٠ أبريل ٢٠٢٠

Tenang guys.

Yang negatif adalah futures minyak WTI, pasaran hadapan minyak mentah yang diniagakan di Amerika Syarikat, bukan harga minyak Brent. WTI ialah penanda aras untuk Amerika Syarikat manakala Brent digunakan sebagai penanda aras untuk Eropah dan Asia yang sekarang harganya $25 (murah juga tu).

Macam mana boleh jadi negatif? Logiknya seluruh dunia sedang tak isi minyak. Kapal terbang tersadai. Kilang tak beroperasi. oleh sebab permintaan kurang dari bekalan, maka ada masalah tempat simpanan. Jadi para pedagang futures WTI terpaksa jual besar-besaran sampai jadi negatif.

Murah boleh jadi murah lagi. Harga minyak dunia makin murah, mungkin ini akan menjadi ‘new normal’. Dulu harga minyak mahal, sampai Amerika Syarikat sanggup berperang nak loji minyak Iraq.

Kita perlu risau ke? Secara langsung, tiada kesan harga minyak mentah WTI negatif ke atas Malaysia. Walaubagaimanapun, trend harga minyak mentah dunia selalunya seiringan. Jika WTI jatuh, Brent juga mempunyai kebarangkalian akan jatuh.

Apabila harga minyak jatuh, ini adalah mimpi ngeri kepada Petronas. Keuntungan Petronas akan terjejas. Apabila keuntungan Petronas terjejas, ini sekaligus mengurangkan cukai yang perlu dibayar oleh Petronas kepada negara. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Malaysia. Semoga negara kita mampu mencari sumber pendapatan yang lain selain dari kebergantungan kepada sumber minyak.

*Kepada para pedagang (traders), banyak isu berkaitan halal atau haram produk-produk derivatif seperti Forward, Futures (pasaran hadapan), Options, Swap, ETF dan CFD. Jemput tonton kompilasi video Derivatif Patuh Syariah?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.