Datum Jelatek, Transit Oriented Development (TOD) Terbaru Di Lembah Klang

Jelatek merupakan kawasan yang terletak di Taman Keramat di Hulu Kelang dengan majoriti kaum Melayu dan terletak 8KM dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Anggaran populasi bagi kawasan ini adalah 400,000 orang berpendapatan RM7,000 – RM30,000 sebulan.

Mampu diakses dengan lebuhraya MRRII, Jalan Jelatek dan juga Putra LRT sama ada di Taman Setiawangsa atau Jelatek.

Baca : 4 Ramalan Industri Hartanah Selepas Moratorium Berakhir Pada September 2020 Nanti

Dari sudut pandang seorang pelabur hartanah, Jelatek merupakan kawasan yang strategik kerana lokasinya sebagai sebuah kawasan matang yang terletak kurang 10 minit dari pusat bandaraya Kuala Lumpur di samping mempunyai kepelbagaian booster hartanah.

Buat pengetahuan anda, terdapat sebuah projek Transit Oriented Development (TOD) yang dinamakan Datum Jelatek.

Adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan projek ini merupakan projek paling kontroversi kerana melibatkan Menteri Besar Selangor dan masyarakat setempat.

Baca : 5 Sebab Hartanah Adalah Pelaburan Terbaik

Disebabkan projek tersebut merupakan projek mewah yang merangkumi unit kediaman pada harga RM700,000 hingga RM11.6 juta, pusat beli belah dan ruang pejabat, majoriti masyarakat Melayu setempat risau akan kebanjiran kaum Cina di kawasan majoriti Melayu.

Keadaan menjadi lebih parah apabila berlaku vandalisme pada tapak projek tersebut dan isu ini telah dipolitikkan ke satu tahap yang serius.

Baca : 8 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membeli Unit Kediaman Tinggi

Setakat April 2019 yang lalu, 70% unit kediaman dan komersial telah dijual dan 60% lot komersial telah disewa menurut pemaju hartanah

Datum Jelatek merupakan satu projek dengan nilai pembangunan kasar RM1.2 bilion yang merangkumi 712 unit kediaman dan empat tingkat pusat membeli belah seluas 13,400 kaki persegi.

Baca : 4 Sebab Kenapa Langsaikan Hutang Rumah Lebih Awal Bukanlah Idea Yang Baik

50% pembeli adalah dari golongan Bumiputera dan 17% daripadanya adalah pembeli yang berasal dari Keramat.

Apa yang mengejutkan adalah, Datum Jelatek menerima senarai 1,097 pembeli Bumiputera berbanding tawaran 674 unit kediaman yang disediakan setakat 14 Januari 2019 yang lalu.

Fasiliti Datum Jelatek

Tingkat 11

  • Laman Rehat
  • Ruang Pejalan Kaki
  • Kolam Renang
  • Air Pancut
  • Stim & Sauna
  • Wading Pool
  • Gymnasium
  • Ruang BBQ
  • Surau
  • Dewan Serbaguna
  • Taman Bunga
  • Bilik Multimedia
  • Wall Climbing

Tingkat 27

  • Teater Suite
  • Studio Aerobik
  • Gymnasium
  • Air Pancut
  • Perpustakaan
  • Ruang Rehat

Rooftop

  • Cabana
  • Ruang BBQ

Booster Hartanah Sekitar Datum Jelatek

  • Hospital Swasta – Gleneagles Kuala Lumpur
  • Pusat Beli Belah – Great Eastern Mall, Ampang Walk, Ampang Point, AEON
  • Sekolah Antarabangsa – Sayfol International School, KL International School,
  • Pengangkutan Awam – Putra LRT (Stesen Jelatek)
  • Lebuhraya – DUKE, AKLEH,
  • Masjid – Masjid Muadz Bin Jabal
  • Pasaraya – Rosyam Mart

Info Projek Datum Jelatek

  • Unit : 708 unit
  • Geran : Tanah Pajakan
  • Tingkat & Blok : 45 Tingkat & 4 Blok
  • Pemaju : DatumCorp International Sdn Bhd
  • Jenis Hartanah : Lot Komersial Servis Residen
  • Keluasan : 550 kaki persegi – 1,645 kaki persegi
  • Lokasi : Kampung Datuk Keramat, 54000, Kuala Lumpur
  • Tawaran Unit : Studio, 1 Bilik, 2 Biik, Suites 3 Bilik
  • Tawaran Pemaju : Setiap unit didatangkan dengan perabot

Sebagai seorang pelabur hartanah, Datum Jelatek boleh diklasifikasikan sebagai projek hartanah idaman kerana sifat projek itu sendiri dan lokasinya dijangka mendapat permintaan yang tinggi.

Datum Jelatek juga dijangka bakal meningkatkan lagi nilai hartanah di sekitar Datuk Keramat.

Baca : 5 Fakta Industri Hartanah Anda Wajib Tahu Bagi Tahun 2020

Dijangka, Datum Jelatek bakal menjadi kediaman golongan elitis Melayu dan lokasi pilihan warga asing profesional gara-gara faktor lokasinya yang strategik dan booster hartanah yang telah tersedia di kawasan matang ini.

Baca : 7 Cara Mudah Nak Dapatkan Penyewa

Permintaan sewaan juga dijangka tinggi dan ini menjadikan projek milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini menjadi projek ikonik di Kuala Lumpur.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman