Adakah Diskaun, Cashback & Rebat Mengurangkan Keuntungan Pemaju?

Sebelum kita teruskan dengan topik utama, ada baiknya kita semua fahamkan dulu maksud dan perbezaan di antara diskaun, cashback dan rebat.

Ketiga-tiga tawaran ini merupakan istilah yang tidak asing lagi dan kerap digunapakai dalam industri hartanah.

Diskaun

Maksud diskaun dalam hartanah adalah satu jumlah penolakan harga dan amaun yang akan tertera di dalam perjanjian Sales & Purchase Agreement (SPA).

Pada kebiasannya, pemaju hartanah memberikan diskaun Bumiputera kepada pembeli Bumiputera dan amaun diskaun bergantung kepada negeri di mana hartanah tersebut dibeli.

“Tahukah anda, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mempunyai kadar diskaun Bumiputera paling rendah di Malaysia iaitu 5% dan negeri Johor dan Melaka  mempunyai kadar diskaun Bumiputera tertinggi di Malaysia dengan angka 15%.”

Baca : Ini Kuota Pemilikan Hartanah Bumiputera Di Setiap Negeri

Rebat

Rebat pula merupakan diskaun yang diberikan pemaju hartanah dengan menghapuskan pembayaran deposit unit kediaman yang ingin dibeli.

Ini bermakna, sekiranya kita membeli sebuah rumah kondominium undercon di Kelana Jaya dengan harga RM500,000, maka deposit yang perlu disediakan adalah RM50,000 atau 10% daripada nilai hartanah.

Cashback

Pemaju hartanah akan memberikan cashback sebanyak RM50,000 dan ini bermakna, kita tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk deposit.

Cashback pula diberikan oleh pemaju hartanah kepada anda dan selalunya pakej cashback diberikan sekali dengan rebat kepada pembeli hartanah.

Baca : Jauhi Cashback Hartanah Sebelum Terjerat

Nampak menarik bukan? Tunggu dulu!

Apa yang ramai orang tidak nampak adalah jumlah pinjaman bank kita akan turut meningkat sekiranya mengambil tawaran diskaun dan cashback ini.

Pemaju hartanah menggalakkan pembelian unit kediaman dengan menyediakan entry cost yang rendah tetapi menyebabkan pembeli rumah menanggung bayaran ansuran pinjaman hartanah kepada bank yang lebih tinggi daripada biasa.

Bagaimana ini berlaku?

  • Harga sebenar rumah di dalam Sales & Purchase Agreement tidak termasuk rebat.
  • Cashback bukan duit percuma dari pemaju tetapi pinjaman yang kita wajib bayar kepada pihak bank.

Jadi, kenapa pemaju hartanah galak menawarkan diskaun, cashback dan rebat?

Nak Lariskan Jualan Rumah

Sekiranya kita mengikuti trend semasa industri hartanah bermula tahun 2014-2015, kita akan mendapati industri hartanah berdepan dengan pasaran ekonomi tidak menentu semenjak tahun 2015 lagi.

Pemaju hartanah gagal menjual unit kediaman mereka dan ini menyebabkan wujudnya masalah baru iaitu lambakan hartanah tidak terjual di seluruh negara khususnya di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

Apabila wujudnya lambakan hartanah dengan keadaan pasaran yang tidak menentu, maka muncullah pula spekulasi-spekulasi liar di dada akhbar, forum online dan sosial media bahawa harga rumah akan turun.

Apabila orang awam merasakan harga rumah akan turun, maka mereka akan menangguhkan hasrat untuk membeli hartanah sehingga harga benar-benar turun mengikut kadar yang mereka inginkan.

Ini memaksa ramai pemilik rumah yang ingin menjual unit kediaman mereka menjual pada harga rugi atau di bawah harga pasaran. Sekiranya rumah apartment tanpa lif di Puncak Alam dijual pada harga RM135,000, belum tentu Cik Ummi yang berumur 30 tahun dan sedang mencari rumah akan membelinya.

Beliau pasti akan meminta kurang atau ‘harga kawtim’ sekurang-kurangnya 5% ke 15% daripada harga sebenar di pasaran semasa.

Spekulasi seterusnya yang merugikan pemaju hartanah adalah apabila sewaktu project launching, pemaju menerima booking yang banyak dari pembeli. Akan tetapi, sebaliknya berlaku apabila projek tersebut siap, tiada orang yang membeli unit kediaman projek tersebut.

Baca : Kenapa Harga Rumah Semakin Mahal?

Ini menyebabkan pemaju terpaksa menggunapakai teknik tradisional ini yaqni memberikan diskaun, rebat dan cashback pada kadar yang luar dari kebiasaan.

Bukan setakat pemaju hartanah yang rugi, bank turut rugi sekiranya projek tersebut gagal dijual kepada pembeli. Ini kerana pemaju hartanah membuat pinjaman lebih daripada dua buah bank untuk membangunkan sebuah projek.

Kesannya, suka atau tidak pemaju hartanah terpaksa menurunkan nilai intrinsik mereka.

“ Nilai intrinsik adalah ukuran nilai aset. Langkah ini dicapai dengan cara pengiraan objektif atau model kewangan yang kompleks, dan bukannya menggunakan harga pasaran aset yang sedang diperdagangkan.”

Langkah terakhir pemaju hartanah adalah dengan mendaftarkan projek mereka untuk menyertai Kempen Pemilikan Rumah (HOC) atau mana-mana portal jualan hartanah secara online.

Satu perkara yang kita perlu tahu adalah, hartanah yang baik tidak memerlukan sebarang cashback dan rebat sebagai pelaris. Hartanah yang baik selalunya akan terjual sebelum sempat projek tersebut siap.

Yang paling kasihan adalah, ramai orang Malaysia khususnya pembeli rumah pertama yang kurang ilmu dan pengalaman tergoda dengan tawaran-tawaran yang dirasakan menarik hakikatnya… tidak.

Baca : Bila Main Tibai Beli Rumah, Ini 6 Kesannya

Persoalannya sekarang, adakah diskaun, cashback dan rebat mengurangkan keuntungan pemaju?

Strategi Terakhir

Apabila pemaju gagal menjual unit kediaman mereka dalam jangka masa yang mereka rancang, maka mereka akan menggunakan strategi terakhir ini iaitu memberikan diskaun, rebat dan cashback kepada pembeli.

Jangan terkejut jika kita mendapati projek yang menawarkan ketiga-tiga tawaran menarik ini biasanya sudah tidak terjual lebih daripada 9 bulan dari tarikh pelancaran.

Perundangan

Setakat hari ini, tiada badan atau lembaga yang bertanggungjawab mengawal, menyelia dan menyemak harga rumah mahu pun undang-undang bagi harga rumah yang ditetapkan pemaju swasta.

Kesannya, pembeli berisiko tinggi untuk dimanipulasi harga oleh pemaju hartanah yang memberikan tawaran cashback dan rebat, hakikatnya dibeli pada harga asal!

Pendanaan

Pemaju hartanah yang menawarkan potongan rebat dan cashback tambahan akan menggunakan dana mereka sendiri untuk menanggung sebahagian kos. Ini menyebabkan margin keuntungan mereka adalah lebih rendah.

Hari ini, dengan keadaan pasaran yang tidak stabil, adalah lebih baik untuk pemaju hartanah mendapatkan semula modal mereka berbanding fokus kepada mencapai ROI yang tinggi.

Kesan Kepada Pasaran

Potongan otongan ini sebenarnya memberikan impak negatif kepada industri hartanah kerana harga unit kediaman yang diiklankan tidak menggambarkan nilai sebenar aset dan bertentangan dengan amalan industri yang memerlukan tahap ketelusan yang tinggi.

Dan amalan ini kekal subur dan menjadi strategi wajib pemaju hartanah kerana wujud pembeli yang memang inginkan unit kediaman yang dijual mempunyai tawaran rebat dan cashback.

Ketelusan Pemaju Diragui

Hari ini, pasaran hartanah Malaysia dikuasai oleh pemaju besar dengan kedudukan tunai yang baik. Mereka mempunyai kuasa untuk menurunkan dan menaikkan harga rumah di pasaran kerana mereka turut memiliki bank tanah yang banyak.

Fenomena ini menyebabkan harga hartanah meningkat lebih pantas daripada yang sepatutnya dan memberi kesan buruk kepada pasaran hartanah bagi jangka masa panjang.

Di atas kertas, diskaun, cashback dan rebat sedikit sebanyak mengurangkan kadar margin keuntungan pemaju hartanah hanya sekiranya mereka telus dalam harga asal projek hartanah dalam pasaran.

Boleh sahaja mereka katakan mereka mengurangkan margin keuntungan sehingga 25%, sedangkan unit kediaman dijual pada harga 25% lebih mahal berbanding harga normal.

Akan tetapi, sebenarnya tawaran-tawaran tersebut tidak memberi kesan kepada pemaju hartanah kerana kos pembinaan dan kos akhir tidak diketahui pihak pembeli.

Mungkin satu hari nanti, industri hartanah akan menjadi lebih telus dengan penglibatan langsung Kerajaan dengan sistem perundangan berpusat agar isu harga tidak lagi menjadi isu.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.