5 Langkah Awal Memulakan Pelaburan Saham

Sejak kebelakangan ini, kesedaran masyarakat terhadap pelaburan saham semakin meningkat. Ini dibuktikan dengan jumlah dagangan yang mencecah angka 12.5 billion pada 20 Julai lepas.

Mungkin kerana banyak kempen, promosi, dan kuasa media sosial yang telah membuka mata masyarakat untuk meningkatkan pendapatan melalui pelaburan saham. Tapi awas! Pelaburan saham bukan skim cepat kaya.

Bukan hari ni labur RM1,000, esok boleh confirm untung RM10,000.

Kita semua sedia maklum bahawa harga saham akan naik dan turun. Apa yang penting adalah belajar berkenaan teknik pelaburan saham untuk meminimakan kerugian.

Bagi yang baru dan berkeinginan untuk melabur saham, disenaraikan 5 langkah awal yang boleh dibuat untuk memulakan pelaburan saham:

1. Belajar Perkara Asas

Sebelum melabur saham, ada baiknya kita belajar perkara asas dahulu. Kenali dulu apa itu IPO, sektor-sektor yang terlibat dalam pelaburan saham, dan bagaimana kita sebagai pelabur dapat menggunakan pelaburan saham sebagai satu platform menjana pendapatan sampingan.

Sekarang ni semua maklumat di hujung jari. Kita boleh tengok video di YouTube, baca artikel, atau boleh hadiri seminar pelaburan asas yang dianjurkan sifu-sifu saham. Kalau boleh pastikan sifu ada ‘cop mohor’ dari Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia juga ada menyediakan satu platform iaitu BursaMarketPlace di mana kita boleh membuat trade ‘olok-olok. Di peringkat ini, kita tidak digalakkan hadir ke seminar yang ‘advance’ takut nanti ‘overload’ dan makin pening pula.

Baca juga Dah Beli Saham Olok-Olok Di BursaMarketPlace?

2. Buka Akaun CDS dan Trading

Bila dah faham perkara asas, jangan tunggu lama-lama. Sementara tengah panas dan bersemangat, buka akaun CDS dan trading. Kat mana pulak nak bukak?

Ok, kita boleh buka buka kedua-dua akaun tersebut melalui bank pelaburan atau broker yang berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Pergi je ke mana-mana cawangan untuk membuka akaun tersebut atau boleh menggunakan platform yang disediakan oleh Bursa Malaysia iaitu Bursa Marketplace atau Bursa Anywhere.

Kos yang terlibat pula hanya RM 10.60.

Baca juga Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

3. Modal

Setiap perniagaan perlukan modal, begitu juga dengan pelaburan saham. Modal minima untuk pelaburan saham hanya 100 unit sahaja.

Bermakna jika harga satu unit saham = RM1, modal untuk memulakan pelaburan hanya RM100 sahaja (tidak termasuk kos-kos lain).

Pastikan modal yang digunakan adalah duit yang kita sanggup rugi. Jangan pulak guna duit modal untuk bajet instalment bulanan rumah.

Takut nanti bila mengalami kerugian, menyesal tak sudah dan serik nak melabur saham.

Baca: Siapa Bilang Melabur Saham Kena Modal Besar?

4. Belajar dan Terus Belajar

Apabila kita dah mula melabur saham, pantau prestasi saham tersebut. Belajar sesuatu dari saham tersebut. Paling penting sekali, jangan lupa ‘trading plan’ masing-masing. Rancang bila nak beli dan bila nak jual.

Bila dah mula melabur, mungkin ini waktu yang sesuai untuk hadir ke seminar yang lebih ‘advance’ seperti ‘ technical analysis’. Di peringkat ini, kita dah boleh nampak asam garam pelaburan saham.

Mungkin kita boleh dapatkan mentor yang bertauliah untuk terus maju ke hadapan dalam pelaburan saham.

Baca: Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

5. Jangan Tunggu

Perkara asas dah tahu, akaun dah buka, dan modal pun dah ada, apa yang seterusnya kita perlu buat adalah melabur. Beli kaunter saham bagi merasai ‘feeling’ dalam pelaburan saham.

Jangan layan perasaan takut, nanti sampai ke sudah tak melabur. Bak kata orang kalau tak cuba tak gagal, tapi kalau cuba mungkin berjaya atau jika gagal sekurang-kurangnya kita dapat belajar sesuatu.

Praktikal perlu dalam pelaburan saham supaya kita tidak menghabiskan banyak duit ke seminar melabur saham tetapi masih lagi tidak membuat pelaburan.

Asyik pergi seminar, tapi melaburnya belum juga.

Baca: 10 Tokoh Saham Dunia Yang Mantap Dan Menjadi Idola Ramai

Semoga dengan 5 langkah di atas dapat memberikan sedikit idea kepada pelabur baru yang berhasrat menceburkan diri dalam pelaburan saham. Saham ni memang boleh untung banyak, tetapi rugi banyak pun boleh.

Perkara yang paling penting kita perlu ingat, hanya gunakan duit modal yang kita sanggup rugi bila nak terlibat dalam pelaburan saham.

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SC Umum Majlis Penasihat Syariah Baharu

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan barisan Majlis Penasihat Syariah (MPS) baharunya untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Julai 2026 hingga 30 Jun 2029.

Barisan baharu terdiri daripada ahli berikut:

  1. Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar – Senator, Dewan Negara (Lantikan Baharu)
  2. Profesor Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali – Profesor Kehormat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM (IIiBF), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pelantikan Semula)
  3. Dato’ Dr Ashraf Md Hashim – Perunding Syariah (Kewangan Islam) (Pelantikan Semula)
  4. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Dr Asmadi Mohamed Naim – Mufti Pahang (Pelantikan Semula)
  5. Sahibus Samahah Dato’ Setia Dr Haji Anhar Haji Opir – Mufti Selangor (Pelantikan Semula)
  6. Dr Marjan Muhammad – Timbalan Presiden Penyelidikan, Institut ISRA, Universiti INCEIF (Pelantikan Semula)
  7. Encik Burhanuddin Lukman – Bekas Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) (Pelantikan Semula)

Ditubuhkan pada 16 Mei 1996 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993, MPS merupakan pihak berkuasa untuk menentukan aplikasi prinsip Syariah untuk perniagaan atau transaksi pasaran modal Islam (ICM).

Di samping itu, MPS menyokong pertumbuhan pasaran melalui resolusi dan panduan dasar, di samping mengekalkan integriti Syariah.

MPS terdiri daripada cendekiawan Syariah, ahli akademik dan pengamal pasaran terkemuka dengan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang Syariah, kewangan Islam, pasaran modal dan undang-undang.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata MPS memainkan peranan penting dalam memastikan ICM Malaysia kekal responsif terhadap perkembangan pasaran yang sentiasa berubah, sambil menegakkan prinsip Syariah yang berlandaskan Maqasid alShariah. “Panduan yang diberikan oleh MPS terus menyokong inovasi, kemampanan dan pertumbuhan jangka panjang ekosistem ICM.”

“Komposisi baharu MPS, dengan kepakaran dan pengalaman kolektif ahlinya, berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan panduan yang mantap dan berpandangan jauh mengenai hal ehwal Syariah. Dengan kepimpinan Islam yang dipandu oleh Maqasid al-Syariah sebagai pembeza utama, MPS akan memacu pertumbuhan dan kepimpinan global ICM Malaysia,” katanya.

Bagi pihak SC, Dato’ Faiz merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli MPS yang akan bersara atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dan perkhidmatan berdedikasi kepada industri ICM. “Pandangan dan kepimpinan mereka telah menyumbang ke arah memajukan ICM Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”

Untuk maklumat lanjut mengenai MPS, sila lawati https://www.sc.com.my/development/icm/shariah/members-of-the-shariah-advisorycouncil