Datuk Habib Dan Kisah Kedai Emas Habib Jewels

Siapa tak kenal dengan kedai emas Habib Jewels yang telah wujud sejak kita kecil. Habib Jewels sentiasa berjaya menjual barang kemas yang sesuai dengan citarasa para wanita di Malaysia.

Tetapi tahukah anda kisah di sebalik jenama terkenal ini?

Di belakangnya adalah usaha dan titik peluh pengasasnya sendiri iaitu Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif.

Datuk Habib merupakan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Habib, yang telah ditubuhkan pada tahun 1958 yang kemudiannya telah menjadi entiti tersenarai pada tahun 1998. Beliau dilantik sebagai Pengarah Habib Corporation Berhad pada tahun 1997.

Kini, Datuk Habib bertanggungjawab membimbing Kumpulan Habib dalam pembangunan perniagaan dan perancangan pengembangan perniagaan.

Mari kita lihat dengan lebih lanjut mengenai kisah pengasas kedai emas Habib yang mahsyur ini.

Lokasi Pertama Habib Jewels

Pada asalnya, kedai Habib Jewels didirikan di Pitt Street, Pulau Pinang. Kemudian, ia berkembang menjadi dua bahagian dengan pembukaan cawangan di sebuah hotel di Burma Road. Bermula dari sana, Habib Jewels berjaya menguasai pasaran pelancongan.

Pembukaan cawangannya di Burma Road juga telah menarik ramai pembeli termasuk tentera Amerika yang datang untuk berehat dan beriadah semasa Perang Vietnam suatu ketika dulu.

Menjelang tahun 1972 pula, perdagangan berlian meningkat dengan sangat ketara. Situasi tersebut telah membuka banyak peluang kepada Datuk Habib untuk mengembangkan perniagaannya.

Semenjak tahun 1980-an, Datuk Habib telah mengeksport banyak perhiasan berlian ke Timur Tengah. Pada tahun 1986 pula, cawangan pertama di luar Pulau Pinang dibuka di Semua House, Kuala Lumpur. Bermula dari situlah, perniagaan Datuk Habib terus berkembang pesat.

Tersenarai Di Bursa Malaysia

Pada tahun 1998, Habib Jewels telah menjadi kedai perhiasan barang kemas pertama yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebelum dikeluarkan daripada Papan Utama pada tahun 2001.

Habib Jewels telah kembali ke tangan persendirian pada tahun 2005. Habib kemudiannya membuat pengambilalihan bernilai RM1.3 juta bersama dengan Chuan Hup Holdings Bhd dan Scomi Group. Ianya telah dinamakan semula sebagai Scomi Marine.

Hari ini, anak lelaki tunggal Datuk Habib iaitu Datuk Meer Sadik telah meneruskan legasi perniagaan ini. Pengambilalihan tersebut adalah melalui perkongsian di antara Datuk Meer Sadik dan isterinya, Datin Zarida.

Mereka telah menjalankan syarikat itu bersama-sama dan masing-masing nampaknya mempunyai minat yang sama. Tidak hairanlah kenapa kedai emas Habib Jewels merupakan di antara kedai emas terkenal dari dulu sampai sekarang.

Datuk Habib meninggalkan Habib Jewels yang berdiri kukuh dengan nama jenama yang tidak boleh dilupakan. Beliau membuktikan jika nak berjaya dalam perniagaan, kita perlu bijak merebut peluang. Semoga kita juga dapat mencontohi sikap sebegini. 

Sumber Rujukan: ite-habibjewels

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Harga Emas Tinggi Jejas Permintaan Terhadap Barang Kemas – Tomei

KUALA LUMPUR: Harga emas mencapai kemuncak awal tahun ini sebelum pembetulan dan kini dijangka kekal dalam lingkungan harga yang sama sehingga terdapat kepastian dalam pasaran.

Pengarah Urusan Tomei Consolidated Bhd, Datuk Ng Yih Pyng, berkata walaupun Tomei kekal positif terhadap emas dalam jangka masa panjang, harga yang tinggi menjejaskan permintaan barang kemas kerana pengguna menjadi lebih sensitif terhadap harga, manakala permintaan untuk produk pelaburan emas seperti wafer, syiling dan bar kilo telah meningkat.

“Dari segi margin, Tomei membuat jualan berasaskan nilai pasaran semasa dan tidak mengamalkan lindung nilai untuk inventorinya, selain syarikat membeli semula kuantiti emas yang setara setiap hari selepas jualan dibuat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan ke-21 syarikat itu

Sementara itu, beliau berkata platform emas digital Tomei, GoldNow yang dilancarkan secara tidak rasmi sebelum Tahun Baru Cina telah mencatatkan pengambilan yang menggalakkan walaupun sumbangannya kekal kecil iaitu kurang daripada satu peratus daripada jumlah perolehan kumpulan.

Dalam perkembangan lain, Tomei menjangkakan bakal mencatatkan peningkatan bersih daripada satu cawangan kepada dua cawangan menjelang akhir tahun ini, memandangkan peruncit barangan kemas itu mengambil strategi perluasan yang berwaspada namun selektif di tengah-tengah persekitaran pasaran yang tidak menentu.

Yih Pyng berkata, syarikat itu kini mengendalikan 63 cawangan dan sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah untuk potensi pengembangan.

Bagaimanapun, beliau berkata Tomei mungkin menangguhkan beberapa pembukaan yang dirancang dan turut mengkaji semula prestasi cawangan sedia ada.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah mengenai pengembangan tetapi mungkin perlu menangguhkan sebahagian daripada pengembangan berikutan situasi semasa di Asia Barat.

“Kami mungkin membuka beberapa outlet dan menutup beberapa cawangan yang tidak berprestasi, namun peningkatan bersih tidak akan lebih daripada satu atau dua,” katanya.

Beliau berkata, Tomei kekal berhati-hati mengenai prospek jangka pendek, memandangkan suku kedua dan ketiga dijangka lebih perlahan susulan musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya telah berakhir.

Menurutnya, sentimen pasaran juga telah menjadi lebih perlahan, tetapi syarikat akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memperkenalkan rangkaian produk baharu untuk menyokong permintaan.

Sementara itu, Pengerusi Tomei, Raja Tan Sri Aman Raja Ahmad, berkata kumpulan itu kekal fokus untuk mengekalkan nisbah hutang yang sihat dan aliran tunai kukuh dan menilai peluang perniagaan baharu dengan lebih teliti.

“Menggunakan analogi bola sepak, ini adalah fasa bertahan bukannya fasa menyerang untuk menjaringkan gol. Kami perlu memastikan nisbah hutang berada dalam keadaan baik dan aliran tunai kekal kukuh,” katanya.

-BERNAMA