Adakah Isteri Yang Tak Bekerja Layak Menuntut Harta Sepencarian?

Secara umum, majoriti pasangan suami isteri yang beragama Islam telah mengetahui tentang perihal harta sepencarian atau harta milik bersama. Di mana kedua-dua pasangan mempunyai hak secara bersama atas harta yang mereka miliki sepanjang tempoh perkahwinan.

Walaubagaimanapun, pengetahuan tersebut hanya secara luaran sahaja dan tidak mendasar. Kerana tidak ramai pasangan suami isteri mengambil tahu atau faham konsep harta sepencarian yang diiktiraf di bawah Undang-Undang Keluarga Islam.

Ini termasuk mengenai sejauh mana hak masing-masing wujud dan boleh dituntut di mahkamah.

Maksud Harta Sepencarian

Merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, Seksyen 2 mentafsirkan “harta sepencarian” adalah:

Harta yang diperoleh oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

Ini bermaksud, apa-apa saja harta sama ada alih atau tak alih yang diperoleh suami dan isteri dalam tempoh perkahwinan mereka adalah harta sepencarian yang mewujudkan hak bersama mereka dalam harta tersebut.

Oleh itu, jika berlaku pembubaran perkahwinan, sama ada disebabkan bercerai hidup; talaq, fasakh atau taklik, atau disebebakan kematian salah seorang daripada pasangan, maka suami atau isteri berhak menuntut bahagiannya daripada segala harta yang mereka miliki bersama semasa dalam tempoh perkahwinan.

Malah ketika suami berpoligami juga, isteri berhak membuat tuntutan harta sepencarian!

Agama Islam mengiktiraf pemilikan setiap individu terhadap harta.

Setiap individu termasuk suami dan isteri berhak memiliki sebarang harta kerana ikatan perkahwinan Islam sama sekali tidak menafikan atau membataskan hak tersebut.

Islam menganggap harta sepencarian sebagai satu cara pengiktirafan harta yang boleh dimiliki oleh seseorang di atas daya usahanya untuk memiliki harta tersebut. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa, ayat 32:

“Orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan.”

Ayat ini menjadi dalil kepada kebenaran bagi pasangan untuk menuntut hak pemilikan harta terhadap harta sepencarian. Melalui ayat itu jelas, hak lelaki dan wanita terhadap pemilikan harta sepencarian itu sama, iaitu bergantung kepada apa yang diusahakan.

Persoalan yang timbul adalah, bagaimana pula bagi isteri atau wanita yang tidak bekerja dan tidak menyumbang secara jelas dari sudut kewangan terhadap pemilikan sesuatu harta tersebut?

Hak Isteri Dalam Harta Sepencarian

Sebenarnya, sumbangan atau usaha terhadap pemilikan harta dalam tempoh perkahwinan tidak terhad dalam bentuk kewangan sahaja.

Sebagai contoh, apabila si isteri tidak bekerja, tidak mempunyai wang sendiri dan tidak menyumbang secara langsung terhadap pemilikan rumah dengan membayar deposit rumah atau membayar ansuran bulanan, tidak bermaknanya si isteri tidak menyumbang langsung terhadap pemilikan rumah tersebut.

Sumbangan boleh jadi dalam bentuk memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga untuk memberi keselesaan kepada suami dalam memperoleh aset atau apa-apa perlakuan isteri yang memudahkan suami memiliki aset tersebut.

Ini juga dikenali sebagai sumbangan tidak langsung.

Jadi tidak timbul isu isteri yang tidak bekerja tidak berhak membuat tuntutan harta sepencarian.

Bahkan dalam Enakmen Negeri Selangor misalnya, Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 tetap mengiktiraf sesebuah harta tersebut termasuk dalam harta sepencarian, tidak kira sama ada melalui sumbangan tunggal salah seorang pihak ataupun sumbangan bersama.

Dan dalam perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian, lazimnya Mahkamah Syariah akan memberikan paling kurang satu pertiga bahagian harta sepencarian kepada bekas isteri sekiranya mereka tidak menyumbang secara langsung kepada harta tersebut.

Sekiranya ada sumbangan isteri yang dapat dibuktikan secara jelas semasa tempoh perkahwinan, maka bahagian yang berhak diterima akan naik lagi.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, seorang konsultan perwarisan harta Islam di sebuah syarikat amanah patuh Syariah.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.