Cara Analisa Hartanah Mengikut Harga Kaki Persegi

Dalam pelaburan saham, kita pasti biasa dengar istilah ‘Price-to-Earnings Ratio atau P/E Ratio. Begitu juga dalam pelaburan hartanah, wujudnya istilah ‘Price Per Square Feet’ (Price PSF) atau dalam bahasa Malaysia Harga Mengikut Kaki Persegi.

Jadi, apakah itu harga kaki persegi dan apa kepentingannya dalam pelaburan hartanah?

Sebagaimana isitilahnya,  PRICE PER SQUARE FEET (PSF) ialah satu indikator untuk menunjukkan sama ada unit tu terlalu mahal (overpriced), terlalu murah (undervalued) atau harganya terletak pada harga median normal sahaja.

Baca : Apa Itu P/E Ratio (Price-To-Earnings Ratio)?

“Dengan mengetahui berapa harga rumah mengikut kaki persegi, anda akan dapat membuat congakan rumah itu wajar dibeli berbanding rumah lain atau tidak.”

Cara Analisa Hartanah Mengikut Harga Kaki Persegi

Dalam industri oil and gas dan perbankan juga mempunyai median PE masing – masing. Ini sebagai indikator untuk melihat harga PE tersebut sebenarnya undervalued atau tidak.

Baca : iProperty.com.my Mendedahkan Tujuh Hartanah Kediaman Bertingkat Tinggi Di Malaysia Dengan Kadar Pulangan Hasil Sewa Tertinggi Pada 2019

Untuk mendapatkan penanda aras yang tepat bagi harga rumah mengikut kaki persegi berdasarkan kawasan, anda digalakkan untuk membuat carian di portal online seperti Brickz.my.

Website ini mengumpulkan data – data terkini dan data lalu transaksi hartanah berdasarkan data yang dikeluarkan JPPH.

Kredit Gambar: Edgeprop

Sebagai contoh, sebuah kondominium di Wangsa Maju yang dijual pada harga RM450/kaki persegi adalah jauh lebih murah berbanding kondominium undercon yang dijual pada harga RM800/kaki persegi.

Sekiranya keluasan purata kondominium itu adalah 1,000 kaki persegi, anda tahu bahawa harga yang dijual adalah RM450,000.

Sungguhpun anda jumpa kondominium yang dijual pada harga RM675,000 dengan keluasan 1,500 kaki persegi, itu bukan bermakna kondominium itu mahal, sebaliknya harganya adalah sama dengan kondominium 1,000 kaki persegi tadi. Kiraannya adalah :

  • RM450/kaki persegi X 1,500 kaki persegi
  • : RM675,000.

Info Tambahan Untuk Projek Baru

  • Harga per kaki persegi unit yang kecil adalah lebih mahal berbanding unit yang lebih besar.
  • Harga per kaki persegi untuk unit di tingkat atas adalah lebih tinggi berbanding di tingkat bawah.
  • Harga per kaki persegi untuk hartanah landed adalah lebih rendah berbanding high rise.
Kredit Gambar: Today Online

Baca : 8 Sebab Kenapa Rumah Kita Lebih Murah Berbanding Rumah Taman Sebelah

1. Unit Kecil vs Unit Besar

Adalah normal untuk sesebuah projek hartanah, pemaju akan membina unit kecil dan unit besar.

Harga unit kecil akan menjadi lebih mahal dan harga unit yang besar akan lebih murah mengikut harga per kaki persegi.

Sungguhpun pemaju hartanah menaikkkan nilai RM50 pada unit kecil, perbezaannya adalah tidak terllau ketara.

Contoh : Unit 600 kaki persegi dijual pada harga RM500/kaki persegi dan RM450/kaki persegi ialah RM300,000 dan RM270,000. Perbezaan RM30,000 adalah tidak terlalu tinggi.

2. Tingkat Atas vs Tingkat Bawah

Ini berkaitan dengan Progressive Interest Payment yang perlu dibayar pembeli sebelum pemaju hartanah mengeluarkan Vacant Posession (VP).

Bagi mengimbangi perbelanjaan yang perlu dikeluarkan, unit yang lebih tinggi biasanya dijual pada harga per kaki persegi lebih tinggi kerana pemilik unit tingkat atas membayar progressive interest payment yang lebih rendah berbanding pembeli unit tingkat bawah.

3. Landed vs High-Rise

Harga per kaki persegi unit high rise adalah lebih mahal berbanding landed kerana pemaju hartanah perlu kurangkan tawaran keluasan hartanah pada unit landed supaya price point kekal relevan.

Baca : Harga Median Rumah Teres Di 8 Kawasan Lembah Klang Sepanjang Tahun 2019

Biasanya, harga unit yang dijual berdasarkan kaki persegi lebih rendah berbanding median kawasan dan  median kondominium sekitar dikira murah.

Jadi, ini menjelaskan kenapa ada unit undercon yang dijual lebih laju berbanding projek hartanah sedia ada yang masih tidak terjual.

Ini kerana harga per kaki persegi unit tersebut lebih murah berbanding di kawasan dan projek sekitarnya.

Dengan mengetahui perbandingan harga rumah mengikut kaki persegi, barulah anda dapat nilai sebenar bahawa unit tersebut mahal atau murah, bagus untuk pelaburan atau gagal untuk pelaburan.

Baca : 5 Nasihat Untuk Anda Yang Nak Beli Rumah Waktu Market Tengah Down

Booking fee bukanlah kayu pengukur kerana hari ini, terdapat banyak pemaju hartanah yang menawarkan zero booking fee policy.

Apa yang penting adalah harga mutlak (absolute price) hartanah itu mengikut kaki persegi.

Perbandingan mengikut harga kaki persegi ini sangat sesuai dijadikan analisa untuk projek undercon.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman