Pros Dan Cons Beli Rumah Dengan Skim Houzkey

Pada November 2017 yang lalu, Maybank Islamic Berhad telah memperkenalkan sebuah produk baru untuk bantu pemilikan hartanah di Malaysia.

Skim ini merupakan alternatif kepada pemilikan hartanah di kalangan anak muda, khususnya golongan M40 dengan pendapatan minimum RM5,000 pada ketika itu.

Baca : Transaksi Hartanah Di Malaysia Pada Suku Pertama 2020 Adalah Positif

Skim ini bergerak dengan cara sistem menawarkan sewa beli hartanah atau Rent-To-Own (RTO). Kita perlu sewa terlebih dahulu rumah yang ingin dibeli untuk satu tempoh masa yang dipersetujui.

Kredit Imej : Propsocial

“Pembeli tidak perlu menyediakan sebarang modal untuk deposit sebaliknya, hanya perlu membayar sewa hartanah selama 5 tahun sebelum memilih untuk membeli hartanah tersebut mengikut harga yang dipersetujui selepas 5 tahun.”

Satu perkara yang membanggakan adalah, produk RTO dari Maybank ini merupakan yang pertama menggunakan sepenuhnya platform digital bermula permohonan dan penyerahan dokumen sokongan.

Baca : 7 Perkara Ramai Pelabur Hartanah Tidak Beritahu Kita

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican, fokus Maybank adalah menawarkan produk dengan ciri-ciri menarik dengan tawaran berharga kepada pelanggan mereka.

Semenjak itu, skim HouzKEY ini menerima pelbagai reaksi dari golongan M40. Ada yang melihat skim ini merupakan jalan singkat untuk mereka akhirnya memiliki rumah sendiri.

Ada juga yang melihat skim ini berat sebelah kerana nilai masa wang selepas 5 tahun adalah berbeza dan merugikan pembeli.

Setakat hari ini, Maybank Islamic Berhad menerusi skim Houzkey telah membekukan sebarang sewa beli hartanah yang melibatkan hartanah dari pasaran subsale.

Hanya pemaju hartanah yang mempunyai reputasi tinggi sahaja menyertai skim ini kerana Maybank islamic Berhad dilihat ingin mengurangkan risiko projek hartanah terbengkalai dari pemaju hartanah biasa.

Projek hartanah melibatkan HouzKEY dibangunkan oleh pemaju hartanah ternama di Malaysia seperti Ecoworld Bhd, SP Setia, Mah Sing Properties, Gamuda Properties dan Sime Darby Property dan kebanyakan projek adalah yang berharga RM500,000 ke atas.

Baca : Skim MyHome: Peluang Pekerja Swasta Miliki Rumah Pertama

“Tahukah anda, skim HouzKEY merupakan inisiatif pihak bank dan bukannya pemaju hartanah.”

Kredit Gambar: Maybank2Own

Ciri-Ciri Skim HouzKEY

  • Tidak perlu deposit.
  • Tiada progressive interest.
  • Hampir tiada kos yang pembeli perlu keluarkan pada peringkat awal.
  • Setiap projek pembangunan mempunyai kuota 30% untuk setiap pemaju hartanah.
  • Ansuran bulanan dalam bentuk kutipan sewa adalah 50% kurang daripada bayaran bulanan biasa.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim HouzKEY

  • Pembeli sebenarnya tidak membeli sepanjang tempoh Rent-To-Own berjalan.
  • Hartanah tersebut akan dipulangkan kepada bank sekiranya pembeli tidak mahu meneruskan skim selepas satu tempoh tanpa ada apa – apa caj.
  • Harga jualan adalah harga semasa.
  • Teknik pembayaran yang unik untuk setiap pemaju hartanah. Ada 2.7% daripada SPA, tahun kedua – kelima adalah 3.5% daripada SPA.
  • Pembeli boleh memohon pinjaman sehingga 30 tahun.

Pros Dan Cons Beli Rumah Dengan HouzKEY

Kredit Gambar: Maybank2Own

Wujud kos tersembunyi dalam skim HouzKEY di mana sekiranya kita ingin membeli unit tersebut, kita kena bayar semula MOT Duit Setem. Sedangkan tanpa Rent-To-Own adalah percuma.

Baca : 73% Rumah Yang Tidak Terjual Adalah Dengan Harga Melebihi RM250,000

Konsep pembayarannya ada persamaan dengan membeli rumah dari pasaran subsale di mana kita akan membayar secara penuh selepas benar-benar ingin membeli unit tersebut.

Selain daripada itu, bukan semua rebat yang ditawarkan pemaju hartanah boleh ditebus dengan skim Rent-To-Own.

Misalannya rebat yang ditawarkan adalah 9%, maka 9% ini pembeli tidak akan dapat.

Kita perlu membayar tambahan 9% untuk lima tahun seterusnya berbanding orang lain.

Sekiranya harga hartanah jatuh selepas satu tempoh masa, kita akan rugi kerana dapatan hasil (capital gain) adalah rendah. Sungguhpun harganya jatuh sekalipun, mustahil untuk kita beli pada harga itu kerana harga jualannya adalah mengikut persetujuan awal.

Baca : Benarkah Harga Rumah Naik Setiap Dekad?

Skim HouzKEY mungkin bukanlah skim yang paling sempurna di Malaysia tetapi sekurang-kurangnya institusi perbankan wajar dipuji kerana mempunyai usaha untuk membantu pemilikan hartanah khusus kepada golongan M40.

Ya, memang skim ini sedikit rumit berbanding proses beli rumah konvensional, tetapi terdapat kelebihan yang lain yang patut kita pandang juga seperti pilihan untuk tidak meneruskan sewaan selepas 5 tahun dan reputasi pemaju yang terlibat dalam skim ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.