Options Trading Halal Atau Haram? Dengarkan Penjelasan Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Masih ramai yang terlibat dalam Options Trading disebabkan percaya dengan cakap sifu. Asalnya niat mereka nak melabur dalam saham global patuh syariah (nak beli saham Microsoft, Facebook, Tesla) tetapi akhirnya terpengaruh untuk terlibat dalam instrumen Options disebabkan ianya memerlukan modal yang lebih kecil.

Jom fahami penerangan Dr. Zaharuddin Abd Rahman, pakar muamalat tanahair.

Dan berikut adalah transkrip perbualan di antara Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Yaakub Yusra, Pengarah Urusan MADAD yang giat membangunkan pusat tahfiz di utara tanah air dan juga rajin berkongsi ilmu di media sosial.

Ustaz Yaakub Yusra:

Persoalan-persoalan ini adalah yang berlaku InsyaAllah dalam masyarakat kita khususnya dan secara amnya. Antara benda yang kalau tuan-tuan tengok dengan data yang dikeluarkan yang terbaru pada 2018. 

Penghujung tahun 2018 dikeluarkan data sebanyak 1,116 kes yang dikeluarkan oleh bahagian komersial jenayah Bukit Aman. Orang-orang kita kena tipu dengan pelaburan yang pelik dan tidak sah. Orang kita juga rajin sungguh sehinggakan RM60 juta untuk pertengahan tahun 2018 sahaja orang sudah ditipu dan kena scam.

Jadi, perkara sebegini membuatkan skeptikal itu mungkin berlaku dan beralih kepada Forex, Futures Trading dan sebagainya dan terbaru tanya kepada Dr Zaharuddin berkaitan Options Trading ini.

Mungkin Options Trading ini kebanyakan pedagang baru (newbie) termasuk saya sendiri tidak berapa faham penjelasannya. Jadi hendak mohon kepada Al-Fadhil Dr untuk memberikan sedikit penerangan.

InsyaAllah tuan-tuan nanti dah faham, tuan-tuan akan jumpa dengan perkara-perkara ini. Akaun CDS pun mungkin hari ini kita baru tengok borang. Kemudian bercerita tentang Options. Ingat Options itu pilihan, bukan ya tuan-tuan. Yang pasti, pilihan di tangan anda, InsyaAllah.

Jadi kita minta Fadhil Dr Zaharuddin sebab Dr Zaharuddin ini adalah player dalam stock market (pasaran saham) ini.

Beliau bukan bercerita ala-ala gajah terbang (atau perkara yang tidak sahih), cerita macam-macam tetapi tidak melabur, akaun CDS pun tak ada, itu payah. Beliau adalah ahlinya (yang pakar) InshaAllah kita minta mudah-mudahan memberikan kefahaman buat kita. 

Dr Zaharuddin: 

Baik, berkenaan dengan Options Trading ini, ia merupakan alat kewangan yang canggih, ia adalah derivatif. Ciri-ciri derivatif ini susah sikit bagi orang yang tak biasa dalam kewangan ini untuk faham. Cuma ia adalah seperti satu kontrak yang mana saya diberi pilihan untuk beli atau tidak beli, untuk menyelesaikan pembelian saya atau tidak.

Contohnya saya cakap pada Ustaz, saya kata Motor Ustaz ini. Motor tak boleh, ia perlu sesuatu yang market harga pasarannya bergerak. Harga yang turun naik. Contohnya saham yang ustaz ada kan, saham ini saya nak beli daripada ustaz. Contohnya saya letak harga hari ini RM2. Saya kata mula letak RM2.

Untuk saya dapatkan pengesahan daripada Ustaz di mana Ustaz akan jual kepada saya. Dia ada tanggungjawab menjual kepada saya dengan harga RM2 bagi 1 unit. Jadi saya letak duit sikit, nah duit. Ini RM500 atau RM1,000 untuk saya dapatkan sijil itu.

Jadi, saya dapatlah sijil dia itu. Sijil yang menyatakan saya ada hak untuk beli saham tadi daripada si fulan ataupun ustaz ini dengan harga RM2 bagi 1 unit.

Jadi, dia ada kewajipan untuk tunaikan permintaan saya kalau saya kata hendak teruskan tapi saya ada tempoh. Tempoh luput atau pun tempoh bila berakhir. Saya punya hak itu.

Maka saya tengoklah, contohnya tempoh saya adalah 90 hari. Dalam 90 hari, harganya naik turun RM2, jadi RM1.90, RM1.80, RM1.95, RM2.10, jadi kalau harga pada hari yang ke-90 itu harga itu jadi mahal iaitu RM2.05, RM 2.10 atau RM 2.80, saya ada hak untuk beli dari Ustaz. Saya kata saya hendak beli (confirm), saya bayar pada dia, setiap satu unit RM2 sahaja.

Padahal harga pasaran RM2.80, so siapa yang untung? Saya yang untung. Dia rugi. Sebab saya sudah beli daripada dia, saya boleh jual di pasaran. Automatik saya untung RM0.80 per unit. Dia dapat apa? Dia rugi.

Katakanlah pula tiba-tiba scenario yang kedua, harga itu turun RM1.80. Saya tadi dah janji dengan dia, saya boleh beli dengan dia RM2. Tiba-tiba harga turun. Saya kata saya tak jadilah kalau begitu. Hendak laksanakan options ini. Maka dia kata tak apa, okay. Tapi saya okay atau tidak?

Saya tidak okay sebab saya bayar dia RM1,000 tadi. Premium untuk dapatkan sijil itu. Saya rugi, dia untung kan? Dia dapat RM1,000 macam tu sahaja. Nampak tak? Itu Options Trading. Halal ke haram? Panjang ceritanya.

Saya sudah sebut tadi. Ini adalah Majma’ al-Fiqh al-Islami, Kesatuan Ulama Fiqh sedunia, kemudian AAOIFI (Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions), semua kata ini tidak harus kecuali mana-mana Institusi Kewangan Islam yang buat benda itu untuk lindung nilai.

Lindung nilai ini terlibat untuk Institusi Kewangan Islam atau pun kalau tuan-tuan terlibat dalam perniagaan import eksport barang daripada luar negara atau ke luar negara. Contohnya saya nak beli barang dari Vietnam, contohnya kain. Saya beli secara banyak.

Mereka jual menggunakan harga mata wang Dollar, maka saya takut. Saya sudah simpan duit sebanyak 1 juta contohnya untuk beli semua kain-kain itu tapi saya takut nanti pertukaran mata wang asing menjadikan saya kerugian.

Daripada 1 juta saya cukup, jadi tak cukup. Maka saya pun pergi ke bank, saya beritahu yang saya hendak buat Options untuk Currency Options. Bank kata boleh, saya pun bagi risiko tadi pada bank, bank pula akan buat dengan bank lain, bank lain pun akan buat dengan bank lain, bank lain pun akan buat dengan bank lain, ia pusing sampailah ke Alor Setar. Itu cerita lainlah. Tapi macam itulah keadaannya.

Maka saya tadi, tiba-tiba pada hari itu nanti, sebab saya bayar premium tadi tu, saya rasa seperti saya sudah keluarkan kos. Tapi kos itu berbaloi untuk saya selamatkan saya punya bisnes. Tapi saya bukan nak dapatkan untung daripada options yang saya buat ini. Saya cuma nak selamatkan saya punya bisnes.

Yang itu boleh, itu Islamic Bank (Perbankan Islam) buat. Bukan macam yang orang zaman sekarang buat di luar sana. Okay saya hendak mainlah, Kena, tak kena, kena, tak kena. Tak kena akan rugi. Kena akan untung.

Itu yang tidak boleh. Itu spekulasi yang berlebihan.  Yang untuk lindung nilai seperti yang saya sebut tadi. Itu sahaja jawapan saya.

Sumber Rujukan:

Nota :

Menurut laman Investopedia, mereka mendefinisikan Options seperti berikut:

Trading options is more like betting on horses at the racetrack: Each person bets against all the other people there. The track simply takes a small cut for providing the facilities. So trading options, like betting at the horse track, is a zero-sum game. The option buyer’s gain is the option seller’s loss and vice versa. One important difference between stocks and options is that stocks give you a small piece of ownership in a company, while options are just contracts that give you the right to buy or sell the stock at a specific price by a specific date.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Boleh Beli Jual (Trade) Emas Macam Saham?

GOLDETF: Emas Digital Patuh Syariah di Bursa Malaysia

Ramai yang suka trading saham pun tak perasan yang sekarang dah boleh “trade emas” terus di Bursa Malaysia, sama seperti beli saham biasa. Tak perlu buka akaun khas, tak perlu simpan jongkong emas dalam peti besi. Cukup guna akaun trading sedia ada dan cari kod GOLDETF (TradePlus Shariah Gold Tracker).

Bila harga emas tengah menaik (bullish momentum), ETF emas bagi peluang: masuk ikut setup kau sendiri: breakouts, pullbacks atau DCA. Semuanya boleh di-chart real‑time.

Ramai trader XAUUSD suka “trade gold” melalui platform CFD (Contract for Difference) macam MetaTrader, Exness, IC Markets. Masalahnya, instrumen CFD tidak patuh Syariah.

Sekejap, Apa Itu ETF?

ETF (Exchange-Traded Fund) ialah dana yang mengumpulkan duit pelabur untuk membeli aset tertentu seperti emas atau indeks saham. Ia diniagakan seperti saham di Bursa Malaysia sebab harga bergerak sepanjang hari dan boleh dibeli atau dijual melalui akaun trading biasa. Objektif ETF adalah untuk menjejak (track) prestasi sesuatu indeks atau komoditi, bukan memilih saham secara aktif.

Kos pengurusan ETF biasanya lebih rendah berbanding unit trust, walaupun masih ada caj kecil.

GOLDETF: Emas Digital Patuh Syariah di Bursa Malaysia

ETF emas dianggap sebagai ’emas digital’ kerana ia mengikuti harga emas dunia, tetapi diniagakan di Bursa Malaysia. Ini bermaksud pelabur boleh membeli dan menjual unit ETF ini sama seperti membeli saham menggunakan akaun trading biasa. Jika anda mencari pelaburan yang senang diurus, patuh Syariah, dan tidak perlu simpan emas fizikal, TradePlus Shariah Gold Tracker (GOLDETF) ialah pilihan menarik untuk dipertimbangkan.

Sejak Januari hingga kini, ETF emas ini telah mencatatkan kenaikan sekitar +26% sebelum mengambil kira kos dan yuran pengurusan.

Kelebihan

  • Tidak perlu menyimpan emas fizikal (tiada risiko kehilangan atau kos storan).
  • Boleh dijual bila-bila masa pasaran dibuka — seperti saham.
  • Patuh Syariah, sesuai untuk pelabur Islam.
  • Kos pengurusan lebih rendah berbanding unit trust aktif.

Risiko

  • Risiko kadar pertukaran mata wang USD kerana harga emas global ditetapkan dalam USD.
  • Untuk penebusan emas fizikal, terdapat syarat minimum dan kos logistik serta insurans yang perlu ditanggung pelabur.
  • Harga emas sangat dipengaruhi oleh faktor global seperti inflasi, kadar faedah, dan geopolitik.

Kesimpulan

Jika anda mahu pendedahan kepada pelaburan emas tanpa perlu memegang emas fizikal, GOLDETF ialah pilihan yang mudah dan patuh Syariah. Namun seperti biasa, pelaburan yang bijak bermula dengan ilmu, bukan kerana FOMO.

Disclaimer

Artikel ini bertujuan untuk pendidikan dan maklumat umum sahaja. Ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa hadapan. Sila buat penilaian sendiri atau rujuk penasihat pelaburan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Sumber rujukan utama: laman rasmi TradePlus, Bursa Malaysia dan prospektus GOLDETF. Maklumat prestasi (26% YTD) adalah berdasarkan data semasa diakses dan tertakluk kepada perubahan pasaran.