Ini 5 Sebab Kenapa Anak Muda Perlu Melabur Sekarang Juga

Menyimpan dan melabur wang itu berbeza. Dua konsep yang nampak sama, tetapi sebenarnya berbeza terutama dari segi ciri produk serta pulangan yang diterima. Baca lagi Apa Itu Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan?

Kita melabur untuk melawan inflasi, kekalkan kuasa membeli dan mengembangkan wang lebihan.

Memang benar orang melabur sebab nak untung. Soalnya, ramai yang nak untung dengan senang tetapi tak nak lalui proses pengalaman untung rugi pelaburan.

Tapi kalau nak tahu, melabur pada usia muda adalah cara yang bijak untuk membina kekayaan di masa hadapan.

Tanpa disedari, ramai yang telah sia-siakan usia muda dengan tidak membuat simpanan dan pelaburan. Jom kita tengok 5 sebab anak muda perlu melabur sekarang juga.

1. Menentukan Masa Depan

Apabila melabur di usia muda, mereka mempunyai kelebihan dalam menentukan masa depannya sendiri. Pelaburan bukanlah mengenai kekayaan atau pun keuntungan semata-mata, ia juga melibatkan masa depan.

Sebagai contoh, mereka boleh memilih untuk hidup selesa lebih awal apabila komitmen besar seperti hutang rumah atau kereta berjaya dihabiskan lebih awal.

2. Menjamin Kehidupan Yang Lebih Baik

Ramai tahu apa yang mereka mahukan dalam kehidupan.

Ya, kita semua mahu “berjaya”, tetapi apakah maksudnya? Adakah ingin bersara awal, atau adakah anda berpuas hati dengan bekerja makan gaji sehingga berpuluh tahun lamanya seperti kebanyakan orang?

Sekiranya anak muda mula melabur pada usia muda, masa depan daripada segi kewangan akan menjadi lebih baik. Dengan erti kata lain, ia memberikan kita tahap kewangan yang mencukupi sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Jaminan kualiti hidup yang lebih baik sekiranya kita bebas kewangan pastinya diidamkan oleh ramai orang.

3. Bebas Mengatur Kewangan Sendiri

Salah satu sebab kenapa anak muda perlu melabur sekarang juga adalah mereka akan dapat kebebasan dalam mengatur kewangan sendiri. Secara ringkasnya, pelaburan di usia muda akan membuatkan kita menjadi lebih yakin dan mempunyai visi dalam membuat sebarang keputusan.

Kita juga dapat membina pengalaman baru dan menjadi berpengalaman dalam bidang ini. Lebih awal kita belajar, lebih banyak manfaatnya. Silap haribulan, kita pula jadi ikon anak muda yang menjadi ikutan ramai.

4. Membina Aset Yang Kukuh

Sebahagian besar anak muda biasanya menggunakan waktu remaja untuk membentuk tabiat buruk seperti membuat pinjaman, menghabiskan wang untuk sesuatu yang tidak perlu dan sebagainya.

Dengan melakukan pelaburan di usia muda, kita akan sibuk membina aset sedangkan orang lain sibuk membina liabiliti. Anak muda yang bijak biasanya akan mengelakkan diri daripada membazir dan berhutang.

5. Mendapat Pengalaman Berharga

Bagi anak muda yang memulakan pelaburan awal, mereka akan memperoleh banyak pengalaman yang berharga. Kalau merasa rugi lebih baik, barulah dapat menghayati erti sebenar pelaburan. Ini berbeza dengan mereka yang melabur pada usia yang lebih senja, mereka akan memiliki masa yang sedikit untuk menebus semula kerugian dalam pelaburan.

Bila bermula awal, boleh juga eksperimen dengan jenis-jenis pelaburan yang berbeza. Ada banyak instrumen seperti unit trust, saham, emas, robo-advisor atau kripto.

Sekiranya tersalah melabur sekalipun, masih ada masa yang panjang untuk memperbetulkan “kesalahan” tersebut.

Kesimpulannya, kita akan membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan sekiranya mula melabur di usia muda. Menjadi kaya mungkin memerlukan masa yang agak lama, tetapi bak kata pepatah “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”.

Pelaburan mirip lari marathon, “pelan-pelan kayuh”. Kita bersaing dengan diri sendiri. Bukan nak banding siapa untung paling tinggi.

Sumber Rujukan:

  1. Be The Budget
  2. Earnest

Baca juga:

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840